Tuesday, December 30, 2008
Anak lambat membaca?
Saya sepatutnya ke sekolah dalam setengah jam lagi untuk sorting pelajar form 4 2009 setelah result PMR 2008 keluar hari ini... namun saya ingin berkongsi cerita lagi di sini semoga tekanan dan kerisauan yg ada di hati ini boleh berkurang...
Pagi tadi saya menghantar anak2 saya kakak Adriana 6 thn, dan adik Haziq 4 thn (2009) ke Tadika Cendekiawan tempat diaorg belajar sebelum ini untuk minggu Orientasi 2009. Sepanjang perjalanan saya melihat si kakak agak takut dan gugup sedangkan sebelum ini everyday ke sekolah, mungkin sebab dah lama bercuti.
Saya tahu dari pemerhatian, Adriana seorang yg agak penakut dan pemalu. Dia kurang keyakinan diri walaupun sentiasa naik ke pentas membuat persembahan bersama kawan2 tadika. Setiap kali orang yg kurang dikenali menyoal sesuatu, dia seperti takut dan tidak yakin untuk menjawab...
Saya juga risau kerana Adriana belum mampu membaca dengan lancar... anak kepada abang saya 4 thn sudah mahir. Ada juga anak kawan2 yg mempunyai anak berumur lebih kurang Adriana, 5 atau 6 thn juga telah mampu membaca.. apa yg saya khuatirkan di zaman yg serba moden ini, banyak cabaran yg perlu anak saya lalui, lambat membaca dengan lancar mungkin menjadi faktor dia akan ketinggalan dalam pembelajaran...
Sebagai seorang ibu, saya amat risaukan kecemerlangan anak2 saya... saya dah banyak kali cuba membantunya membaca di rumah, pelbagai jenis buku telah saya belikan supaya dia dapat belajar, tapi ia belum cukup membantu... Adriana agak tertekan apabila saya memaksanya belajar membaca.. apabila 2-3 kali saya mendesak, dia akan menangis dan merajuk, langsung tidak mahu belajar lagi...
Adakah saya terlalu mendesak? Adakah saya terlalu risaukan perkara yg sebenarnya mudah? Saya risau dia akan ketinggalan berbanding rakan sebayanya.. saya risau dia akan terus pemalu dan penakut sampai dia dewasa... apa yg perlu saya lakukan?
Apabila bertanya rakan2 dan meminta pendapat diaorg.. ada kawan2 yg ok menyatakan jangan terlalu dipaksa anak2, dia akan tahu membaca dgn sendiri nanti.. lambat atau cepat saja, setiap kanak2 katanya mempunyai kebolehan yg berlainan, anak saya mgkin berkebolehan ke arah lain tapi dari segi kemahiran membaca dia lambat skit... ada juga kawan yg menasihati saya supaya perlahan2 menegur dan mengajar anak2... kadang2 apabila mereka memasuki alam persekolahan (tahun 1) mereka akan mula menunjukkan minat yg mendalam...
Saya berharap dan berdoa semoga ingatan dan kata2 kawan2 saya itu ada benarnya... sebagai seorang ibu kita tentunya mahu yg terbaik untuk anak2 kita... saya berharap di kelas tadika 6 thn ini Adriana akan terus maju dan dapat membaca sebelum dia memasuki alam persekolahan sebenar.. saya akan cuba sedaya upaya untuk membantunya...
kakak, mak sayang kakak dan adik... :)
Friday, December 26, 2008
selembar kisah
Hari ini walaupun ramai warga kerja yg bercuti sempena sambutan hari krismas, tapi kami guru2 dan staf sokongan smk putrajaya presint 8(1) dengan bangga mengikuti kursus perkembangan staff yg pertama untuk sesi 2009 yg diadakan di nilai spring, nilai.
Objektif kami pada hari ini ialah untuk menambah ilmu tentang pembinaan kajian tindakan yg perlu dibuat kalau boleh oleh semua warga kerja. Supaya kita boleh menilai kelemahan dan mencari jalan penyelesaian dgn kaedah yg sesuai.
Saya seronok mendengar ceramah drp Dr. Maimunah yg mewakili Cik Zalina yg tiba2 jatuh sakit. Apa yg ingin saya ceritakan di sini bukan berkenaan dgn maksud kajian tindakan sebab yg itu kita bleh dapat dari sumber yg sah, tapi kisah menarik yg diceritakan oleh Dr secara spontan semasa mengisi slot yg hampir tamat.
Kisahnya berkenaan dgn pegawai lelaki yg mmpunyai affair dgn peg perempuan especially apabila mengikuti kursus2 bersama, tidaklah spesifik kpd individu tertentu, tetapi kisah begini telah selalu kita baca di dada2 akhbar mahu pun majalah juga kisah yg benar2 terjadi di sekeliling kita... menurut Dr bukan berkahwin lagi yg dikesalkan krn lelaki memang dibenarkan berkahwin lebih dari satu, tetapi perbuatan curang terhadap isteri, isteri pula curang terhadap suami, sanggup menceraikan isteri yg tidak bekerja semata2 kerana mabuk cinta baru dan yg perempuan pula meminta cerai drp suami kerana org ke tiga...
Saya mendengar dgn hati yg penuh kesal... klu isteri yg tidak bekerja sanggup ditinggalkan, bagaimana pula dgn anak2 yg selama ini bergantung sepenuhnya kepada ayah mereka? tidak terfikir kah nanti bagaimana susahnya bekas isteri akan menanggung mkn minum anak2 dan persekolahan mereka? tidak terbayangkah apa yg akan terjadi kpd anak2 yg mungkin mengalami kemurungan dan tekanan kesan drp penceraian mereka? sedih mengenangkan ini semua krn isteri dan anak2 yg menjadi mangsa kerakusan nafsu seorng yg bernama suami.
Panjang pula cerita saya hari ini.. cuma ingin berkongsi secebis kisah semoga ia menjadi iktibar kpd diri kita sendiri...
Baiklah.. jumpa lagi di lain lembaran.
Saturday, December 20, 2008
Cuti semakin berakhir
Thursday, December 18, 2008
Gambar2 di CH
Cuti di Cameron Highland
Oleh sebab dah janji dgn Abe, nak bagi dia something sempena result 5A yg dia dpt dlm UPSR aritu, saya kira hadiah la utk dia bwk dia bercuti ke CH. Kami btolak jumaat petang and Aishah satu famili menunggu kami kt sana.. kitaorg dok kt rumah persekutuan, banglo Teratai namanya. Muat ler kitaorg semua sebab banglo tu beso...
To Aishah, Yad and Amin yg cute, thanx a lot kerana blanja rumah penginapan... len kali ajaklah kitaorg lagi... atau akak yg patut ajak korang kan.. bleh, bisa diatur.
PELAJAR2 UPPER6 AND FORM 5S4, SELAMAT MENINGGALKAN ALAM PERSEKOLAHAN
Saya agak sibuk di cuti sekolah ini, jadi suri rumah sepenuh masa... ada pula adik2 and 2 orang anak saudara... bertambah lah lagi kesibukan.. kena masak hari2...ehehe...biasanya masak ikut mood, ada mood nak masak, masak, xde mood, mkn la biskut cecah kopi... ehehe....sedap.
Ah lupa pulak... sebenarnya nak ucap selamat meninggalkan sekolah kepada semua pelajar2 upper 6 and form 5 2008 especially my ict's students di kelas 5S4..... selamat menjalani percutian yg panjang... mungkin aktiviti korang... kerja part time, dok umah tido, pegi bercuti, balik kg jaga nenek dgn atuk... or whatever...
Salam percutian...
Tuesday, December 9, 2008
Salam AidilAdha 8 Dis
Selamat hari raya aidiladha kpd semua kawan2 and pembaca blog sekalian... apa yg korang korbankan thn ni? Saya berkg di Banting selangor rumah famili asben.. di dalam keadaan hujan tak berhenti mencurah2 sehingga terjadi banjir di depan rumah macam sungai...
Air hampir masuk ke dalam rumah.. korban lembu dibuat hampir tghri sebab hujan x berhenti...
Si haziq, mandi siap berenang kt dalam air banjir tu... sewaktu balik kg saya kt besut hari tu pun air hujan banyak jugk kt depan rumah.. haziq dah berenang dah... masa tu asben nk marah2 jgk... tapi semalam takde pulak dia heran... dah tak kuasa nk marah kot... haziq bukannya dengar.. dia kata nak main air.. main je walau kena marah...
Walau apa pun, Alhamdulillah..segalanya berjalan lancar.
Sekali lagi salam aidiladha untuk semua.........
Gambar2 Jamuan Akhir Thn upper6
Sunday, December 7, 2008
Jamuan Akhir Tahun Tg 6 Atas 5 Nov
Pelajar2 upper 6 ada buat jamuan akhir thn pd ptg 5 nov lalu..... wahhhh... seronok bdk2 ni... termasuk la cikgu dia..... ehehehe.... dapat makan free...
Walaupun saya cuma AJK penyediaan tempat saja.. tapi ok lah.... banyak gak keje nyer... ramai jgk yg xde.. auzan, maryam, faderiaina, syazwan dan fizzuwani.... x lengkap rasanya bila 20 org pelajar tidak semua yg hadir....
Cikgu2 yg hadir cuma kak suzi, kak ct sara and kak salleha.... tima kasih sebab kalian sudi meluangkan masa ke majlis anak2 didik kita.. x dtg kan kecik ati lak budak2 ni ye tak? Walau pun ramai cikgu yg tak hadir, tapi cenderahati yg disediakan tetap akan diberi.. tunggu 22 disember lah.. baru jumpa balik...
Oklah... nanti saya letak kan gambar2 form 6 masa masak barbeque kt tepi umah saya... c u..
Monday, November 24, 2008
Selamat Bercuti Warga Sekolah
Selamat bercuti kepada semua warga sekolah... termasuk guru2 dan para pelajar (kerani tak termasuk ekkk sebab diaorg kena keja...ehehe.. jgn marah kak azah)...
Seronok ke cuti? sebelum cuti memang seronok... dah byk plan nak buat masa cuti ni.... nk rehat panjang... nk gi jalan2.. nk g ronda2... nk balik kg... nk rehat serehat2 nya... semua ada dah dalam kepala saya...
But... bila je cuti start... minggu pertama dah berduyun2 cikgu2 ke sek.. termasuk la saya.... pagi2 dah bangun... kemas rumah dlu... kendian bekfes... wat bekal utk anak2.. dalam kul 9.30 gerak ke sek bersama se kecik berdua tu.... keja banyak.. menanti di sek sana.
Sure u'll tertanya2.. apa keje cikgu di waktu cuti sek ni melainkan jaga peksa spm, stpm or marking paper kn? emmmm... korang xtau ye... banyak keje nya... masa ni la nak settle fail2 panitia, siapkan takwim panitia.. siapkan perancangan strategik, pelan taktikal,pelan operasi, headcount, tov utk 2009 dan bermacam2 lg yg korang sure tak tau la punya lah.....
Kepala dah berdenyut2 fikir2... saya kena wat video dokumentasi sek dgn nurul, aisah and shidah... diaorg bg tugas kt sy cari bhn je... lega skit...ehehehe.. jgn marah ek... pastu kena wat laman web sek pulak guna myportal. Br nk uruskan surat permohonan domain... tu pun susah betul...
Pepe pun... nanti saya sambung lagilah.... ada keje...
Tuesday, October 28, 2008
Sayang Sekolah
Students upper 6 menolong saya dgn tekun walaupun hujan tgh turun!... Bagus betul pelajar2 saya ni... memang bagus (ke korang nak markah exam lebih haaa??? emmmmm...)
Mj Anugerah Cendiakawan Educare: Persembahan Adriana!
Mj Anugerah Cendiakawan Educare: Persembahan Haziq!
Sunday, October 26, 2008
Harga minyak dah banyak turun, harga barang masih sama!!
Friday, October 24, 2008
Banyaknya 'Open House'
saja je insert gambar kakak kat sini... (tengah menunggu giliran utk persembahan di bangi sempena hari taska daerah sepang)
Salam....
Dalam kesibukan beraya masih menerima banyak jemputan ke rumah terbuka.... hari ni pun ada sambutan hari raya kat sekolah... waahhhhh meriah betul.... pelajar2 berpakaian kalahkan cikgu.. ehehe... jgn marah ye pelajar2 form 6...
Makanan mewah betul... banyak sangat... nasib baik pelajar2 tg6 ni semua terror masak jadi saya tak perlu risau memikirkan menu apa yg dibawa.... diaorng dah siap planned sendiri dah...
hari minggu ni pun byk jemputan... kt lorong rumah saya pulak ada sambutan hari raya jugak... rukun tetangga yg anjurkan... mana satu nak pergi.... kerja sekolah pun masih banyak yg perlu diurus.. menanda kertas jawapan pelajar utk final examination baru2 ni... adussshhhhh...dussshhhh...dushhhh.... banyak lagi rupanya kerja yg belum saya siapkan...
emmm... fkir2 balik.... buat skit2 la kan.... takyah nak tensionkan diri...
Tenkiu Kak Shima
Masih terkenang-kenang
Thursday, October 23, 2008
Selamat Hari Raya!
Emak (tengah, duduk) bersama anak2, cucu dan saudara mara semasa hari raya.
Assalamualaikum dan selamat pagi ( cehhh... macam ngajar kt kelas pulak)
Lamanya saya tidak menulis ke blog ini... wpun saya memang suka menulis, tapi masa dan kesibukan membataskan segala2nya.
Sebulan berpuasa.. di bulan Ramadhan saya memang langsung ketiadaan masa untuk menulis dan melawat blog sendiri... sibuk sgt dgn tugasan di sekolah.. di rumah pulak internet x dapat... so, tak dapat langasung melayari ke blog ni.
Syawal menyusul... SELAMAT HARI RAYA AIDIFITRI... dah nak abis pun bulan syawal.. tapi takpelah... masih sempat untuk mohon ampun dan maaf bagi sebarang kesalahana yg sengaja atau tidak sengaja dilakukan... insan biasa seperti saya tentunya punyai banyak kelemahan...
Oklah saya akan sambung lagi nanti... d bawah ni ada gambar2 masa hari raya dan gambar kawin adik saya Wati pada hari raya yg ke dua yg lepas..
Adik beradik saya seramai 13 org dari atas kiri eji, epih, a.man, awi
Bawah, a.meran, ayu, oda, k.ani, wati, sue, saya, ima dan amat (tiada dalam gambar).
Thursday, August 28, 2008
Syukur Alhamdulillah!!!
Syukur Alhamdulillah.. di sebalik kesibukan menanda kertas2 jawapan trial SPM, STPM dan ujian ogos.. di sebalik kepenatan menguruskan perpindahan rumah ke presint 9 (walaupun di hati agak keberatan kerana kenangan di rumah lama presint 8 masih terasa), tetapi saya masih ada masa untuk balik kg kerana emak yg sakit agak tenat....
Aduh... masa tu risau betul... nak balik kerja banyak perlu diselesaikan... soalan trial ICT SPM dan trial STPM... penat betul... lepas tu nak edit soalan lagi, edit pages, edit nombor, edit rajah... salah skit nanti kena bambu.. nak kemas rumah untuk pindah lagi...saya siapkan soalan sebaik dan secepat mungkin... berkejar balik ke kg pd malam khamis sebelum cuti sekolah... sampai esok pagi hari jumaat lebih kurang pukul 11 pagi... my hubby banyak kali berhenti sebab mengantuk...
Wednesday, August 13, 2008
Minggu yang memenatkan...
Bulan Jun hingga Julai.. dan sekarang Ogos menyusul... bulan2 ini saya amat penat... bekerja tanpa henti... bukan sahaja fizikal.. tapi mental juga...
Start pertengahan Jun.. saya mula pulun abis untuk settlekan kerja kursus pelajar2 ICT... pertengahan Julai, pentaksir kawasan akan mula bergerak ke sekolah2 untuk memantau this courseworks! Ada guru yg bertanya, kenapa tak siapkan dari form 4 klu kerja kursus ini utk 2 thn P&P? Bukan senang kak... saya kena ajar dulu setiap topic baru boleh siapkan kerja kursus... so, utk topic form 5, kena masuk form 5 dulu baru bleh buat.. ada sesetengah assignment tu memang sy mintak studs siapkan awal... bagi tempoh 2 minggu, sebulan blum tentu boleh hanta.... macam mana lagi nak buat? Penat cakap, penat mintak... ada yg masih boleh buat 'derk' je.... so how? Cikgu yg tension sampai nak pecah kepala...
Sampai satu tahap.. saya kuarantin kan pelajar selama 2 hari.. supaya mereka bleh settlekan semua sekali 15 aspecs yg perlu disiapkan.. termasuk menyiapkan ring file mereka... termasuk sign and evidences... adushhhh... tensen lagi.. masih ada yg sambil lewa... nak tandatgn pd report form pun nak kena cikgu jugak yg kerah sampai sakit tegak...
Now... Ogos masuk... lega sekejap after july,.. but skrg kena perah otak utk siapkan set2 soalan utk test ogos and trial stpm and spm.... adushhh... penatnya.. Tuhan sajalah yg tahu.. tpai mengenangkan memang ini lah realiti hidup seorang guru... saya kuatkan semangat... whatever pun saya kena siapkan soalan2 exam tersebut.... siapa lagi yg boleh buat? saya mengajar subjek ICT seorang diri... paper 1 pengajian am pula memang saya sorang juga yg ajar utk upper 6.... so, what to do? saya perlu ikhlas... cuma kepenatan yg teramat menjadikan saya alpa...
Sunday, August 3, 2008
Hari Lahir Haziq Ke-3 thn: 2 Ogos
Semalam 2 Ogos, merupakan hari lahir haziq yg ke 3 tahun... sudah besar si kecil ni... kalau dulu kakak suka panggil 'baby'... sekarang dah jadi 'adik'....
Mula2 tu ingat nak buat kat sekolah.. tapi birthdaynya jatuh pd hari sabtu... takpelah.. kami sambut kecilan jelah... beli sebiji kek dan sambut berempat je...
Selamat Hari Lahir ke 3 tahun adik Haziq... dan besar baby emak ye.... :):)
Adik dgn kek hari lahir ke 3.
Adik dan kakak sedang makan kek.
Tunggu...nanti emak beli hadiah utk adik ok.....
Saturday, August 2, 2008
Menyalahgunakan salinan IC dan maklumat peribadi...
Sejak sebulan lepas adik saya bgtau yg dia menerima surat saman dari syarikat telekomunikasi kerana kononnya tidak membayar bil... cemas jugk mendengarnya kerana melibatkan jumlah yg agak byk dan bg seorg yg gajinya cuma cukup2 makan... memang lah takut dgn ini semua...
Tapi rupanya bukan dia menggunakan nombor tersebut.. tetapi seseorg yg dikenali telah menyalahgunakan salinan ic dan maklumat peribadi adik saya utk kepentingan sendiri... dah siap daftar dan menggunakannya barulah diberitahu yg nama adik saya digunakan.... fikir adik saya... takpelah dia guna sebab dia berjanji akan membayar bil dan nama akan ditukar nanti bila ada masa... itu juga org yg dikenali.. takkan tergamak buat sesuatu yg boleh menyusahkan dia...
Tetapi rupanya dia tidak membyr sebilangan bil... agaknya dah dapat surat saman tapi tak dilayan... akhirnya pihak terbabit menggunakan alamat pada salinan ic adik saya utk menghantar surat saman seterusnya...
Manusia macam gini pun ada..... sudahlah tidak jujur... bila kita mintak bayar siap marah2... macam kita pulak yg salah.... bila adik saya pegi utk terminate no tersebut, rupanya ada satu lg bil dgn no lain masih menggunakan nama adik saya yg tidak dijelaskan... rasanya betul2 macam nak report polis saja... tapi kita fikir juga bagaimana dgn kepentingan org itu nanti.... ?
Dia pula sebaliknya, tak kisah.. kalau nama adik saya disenarai hitamkan pun... apa peduli dia kan? ada juga manusia yg bersikap begini...
Soleha... oh..Soleha...
tak tgk sampai abis lagi ni, tapi kawan2 dah ada yg cerita endingnya macam mana... yg sedihnya dengar citer si hensem tu meninggal dibunuh... uwaaaaa.......
Saturday, July 26, 2008
Video di Hari Sukaneka
Haziq yang taknak pegi perbarisan main kat taman.
kakak masa perbarisan, tapi tak jelas sebab kt tengah2.
Sukaneka di Tadika Cendiakawan Educare
Haziq main 2 permainan-isi air dalam cawan dan baling bola dalam bakul, begitu juga kakak Adriana- lari ikat kaki dan masuk air dalam botol.. gambar kakak tak sempat dirakam sebab adik asyik menangis je... macam2 ragam betul.. budak umur 3 tahun ni...
Friday, July 18, 2008
Kenangan Terindah
Pernahkah kalian kehilangan orang yang paling rapat? kehilangan itu pula yang berlaku dalam sekelip mata... akan ada sesuatu dalam hidup kita yang turut sama pergi bersamanya....
Saya telah kehilangan ayah yang dikasihi sekelip mata dalam suatu kemalangan jalan raya yang tidak diduga... setahun yg lalu.. tanggal 9 april 2007.. ayah saya telah meninggal dunia dalam kemalangan motosikal dan sebuah kereta. Kematian yg tidak diduga, tanpa sakit atau sebagainya... di dalam senyum dan tawa..arwah telah meninggalkan kami hanya dalam tempoh 2 jam..
Rasanya sesiapa yg pernah kehilangan org yg dikasihi di dalam keadaan begini yg akan merasai betapa sedih dan rindu yg tidak akan luput selamanya... bukan tidak menerima takdir dan ketentuan Tuhan... tetapi walau kita redha macam mana pun... sedih itu masih ada... hingga kini tiap kali melihat gambar arwah...melihat rumah separuh siap yg arwah tinggalkan.. gambar2 bersamanya sewaktu arwah masih hidup.. menjadikan saya cukup pilu... 30 puluh tahun lamanya saya mengenali arwah... seorang ayah yg amat penyayang.. baik hati dgn semua orang dan cucu-cucu yg hanya akan ditemui sewaktu anak2 balik bercuti.
Terlalu banyak kenangan indah jika ingin dilakarkan sebagai pengubat rindu kepada arwah... rasanya saya ingin scan semua gambar2 arwah dan jadikan sebagai satu video... sebagai pengubat rindu emak dan adik2 serta cucu2 kepada arwah ayah...
Ayah ... pergi mu tiada galang gantinya.. kehilanganmu amat dirasai saban hari.. semoga hidupmu di sana dicucuri rahmat dari Ilahi... kami amat menyayangimu ayah.
Tuesday, July 8, 2008
Politik Makin Celaru???
Kesibukan kebelakangan ini menyebabkan saya agak kesuntukan masa untuk membaca paper.. biasanya saya akan cuba curi masa everyday utk membaca isu2 semasa yg berlaku di dalam dan luar negara.. bukan kenapa.. my job memerlukan saya mempunyai info yg byk tentang isu yg berlaku yg terkini....
Ari minggu yg lepas sempat membelek utusan malaysia dan harian metro... ahhh... fikri saya terlalu byk isu politik dalaman yg kelihatan bercelaru dan mengelirukan... kita sebagai rakyat semakin keliru dengan keadaan ini.. sekiranya kita bijak berfikir dan banyak mengikuti perkembangan semasa, rasanya kita boleh membuat penilaian sendiri, rumusan yg lebih baik daripada info paper semata2....
Kecelaruan politik ini menyebabkan rakyat mungkin terfikir... adakah isu2 panas seperti kenaikan harga minyak dan barang yg semakin tinggi ingin ditutup? ditimbulkan pula isu2 lebih panas supaya rakyat terus lupa? ntahlah.. sebagai rakyat yg matang dalam menghadapi keadaan ini... kita boleh membuat conclusion sendiri... betul atau tidak... kita pun tentunya tidak pasti..??
Wednesday, July 2, 2008
Pelajar Sekarang Kurang Hormat Guru?
Apa yg nak saya cerita kat sini, student tersebut langsung tidak memandang muka saya apatah lagi memohon maaf kerana melanggar cikgu walaupun tidak sengaja. Terdetik juga di hati saya, "kurang ajarnya budak ni". Malu mempunyai pelajar yg tidak tau hormat pada guru seperti itu. Pernah saya menceritakan kisah ini di kelas2 yg saya ajar... ada pelajar yg menjawab, "sesetengah cikgu pun tak hormat kt pelajar"... belum pun kenal asam garam dunia dah berani mengatakan begitu begini kepada guru.
Macam mana agaknya guru hendak menghormati pelajar yg bercakap biadap dan kurang ajar seperti itu? Guru di sekolah ni, umpama pengasuh dia je... langsung takde kesedaran sivik.. nilai etika semua hilang entah ke mana... adakah pelajar sekarang langsung tidak hormat pada guru? Masih ramai lagi pelajar yg baik2... cuma segelintir yg bermasalah menjadikan keadaan ini agak buruk.
Saya pernah membuat praktikum di sebuah daerah di terengganu yg kemajuannya 60% kurang dari Putrajaya yg serba canggih ini... pelajar2 di sekolah itu amat menghormati saya walaupun saya cuma guru praktikum... tunduk dengan sopan dan salam yg penuh lemah lembut menjadi trend mereka di sana... Pelajar yg dikatakan bermasalah pun masih ada nilai kesopanan untuk memberi salam pada cikgu...
Agak berbeza keadaanya dgn di sini.. KENAPAKAH???
Dah Settle Pasal Telekom
Monday, June 30, 2008
Bil Telekom dah potong tapi bil sewa terus dihantar
Wednesday, June 11, 2008
Minyak Naik Lagi??
Mula2 dengar pasal ni saya seakan tidak percaya.. tapi apa nak buat, kena terima juga.. mahal ke murah ke.. hidup perlu diteruskan, minyak kereta mesti diisi.... kita perlu kerja.. perlu hantar anak ke sekolah.. perlukan transport.. semuanya menggunakan minyak petrol.
Semalam hubby membeli susu untuk haziq... harga biasa2 rm22.90 - 24.90, sekarang naik ke rm28. Terkejut badak saya dengan kenaikan itu...
Emmm... toksah cerita lah yg barang tidak akan naik... bila melibatkan minyak kenderaan ia melibatkan semua kos barang2.. makanan or whatever.. tak boleh nak salahkan peniaga juga, mereka menanggung beban kos operasi... so.. what to do? barang makanan basah kt pasar borong pun naik mendadak...
Sebagai pengguna, nak tak nak kita kena beli... kena makan juga.. cuma skrg kena lebih berjimat lah...
Letih betul nak memikirkan semua ini... beban hidup semakin bertambah dari hari ke hari.. orang yg berduit tak heran lah setakat dgn kenaikan 78 sen tu.. tapi bagi kita yg hidup cukup2 makan ni... besarnya jurang harga tersebut...
Sebagai pengguna.. kite lah yg berhak menentukan perjalanan hidup kita ni.. nak jimat tang mana.. nak kurang yg mana....
Sunday, May 25, 2008
Hepi Birthday to Me: 25 May
Zaman belajar kt USM dulu ada la juga kawan2 nk wish hepi birthday... kadang2 ada yg bawa pegi belanja makan2.... ada juga yg menghulurkan sesuatu as a gift...
Tapi bila dah kahwin ni... my hubby cuma ingat utk ucap selamat hari jadi... itupun kalau dia ingat lah... hadiah? toksah mimpi lah... kek? dulu masa baru2 kawin ada jugaklah dia belikan kek 1/2 kg tu... tapi kebelakangan ni... cukuplah setakat dia ucap je..
don't know why.. mungkin dia bukan seorang yg romantik... kadang2 kita bukan nak hadiah besar dan mahal pun... klu ikhlas memberi, hadiah RM2 pun kita tak kisah.. agaknya memang dia jenis yg tak kisah... hari jadi ke... hari ibu ke... kita ni takde pe maknanya...
itulah yg saya rasa... sedih dan terkilan.. saban tahun... di hari istimewanya kita ingat utk menghadiahkan sesuatu.. di hari bapa kita terfikir untuk memberinya yg istimewa.. tapi di hari jadi kita? ahhhh... mimpilah selama mana pun... baginya.. cukuplah dgn ucapan 'selamat hari jadi'...
takde something special pun...every year... year after year... semakin hilang.
Thursday, May 15, 2008
Kesan Akibat Kemarahan
Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut. "Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.
Pada hari yang Pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut.
Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya. Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal. Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakkan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.
"Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda."
Monday, April 21, 2008
Sikap pelajar sekolah?
Saturday, April 12, 2008
Hari minggu yang biasa-biasa
di kolam air panas Kg La, Besut
Wednesday, April 9, 2008
Taklimat..taklimat..kursus..kursus..
Salam sejahtera... saya baru kembali dari shah alam kerana menghadiri mesyuarat ketua panitia ict. Belum pun habis penat perjalanan, sekali lagi handset berbunyi, panggilan dari jabatan. Aduh.. berita kurang menggembirakan lagi.. minggu depan kena menghadiri taklimat berkenaan dengan pentaksiran subjek bersama dengan LPM. Bukan dekat2, ke penang pula kali ini. Claim perjalanan tak payah buat sebab orang jabatan dah sediakan tikat flight... eheheh. boleh la merasa naik flight kali ini...sebelum ini saya biasa pergi dengan bas je... kesian dekat diri sendiri.
Anyway, saya risau memikirkan kelas yang telah banyak ditinggalkan. Kelas peperiksaan pula tu.. tapi kalau saya tidak pergi, input penting yang akan diberikan oleh pihak LPM tak akan sampai ke pengetahuan saya. Biasanya kalau dah melibatkan banyak pihak, masalah kecairan maklumat akan berlaku.
Awal mei nanti, selama 4 hari saya akan mengikuti kursus dibawah kelolaan pihak IPG untuk subjek ict. Kelas akan ditinggalkan lagi. And then, pertengahan jun, ada kursus lagi untuk penataran kertas 2 selama 3 hari. Pada bulan julai pula, 3 hari lagi kursus untuk penggunaan visual basic. Banyaknya jumlah waktu kelas saya yang akan ditinggalkan. Jika dihimpunkan saya perlu mengganti kelas2 itu selama 2 minggu! Aduhai... apa yg perlu saya lakukan? i have no choice kecuali membuat kelas ganti utk waktu2 yang tertinggal itu.. silibus perlu dihabiskan, pentaksiran perlu dilakukan..so, what im going to do? penatnya memikirkan semua itu.. namun demi tugas... saya perlu mengikuti kursus2 itu untuk memantapkan penggunaan ict di kelas.. demi anak2 didik yg tercinta(walaupun ada antara mereka yg mungkin menyampah dgn saya), saya perlu mengadakan kelas ganti, kalau tidak mereka akan ketinggalan...
Ya Allah.. aku cuma memerlukan kekuatan dariMu!
Thursday, April 3, 2008
Mengimbas Kenangan Bersama Guru di Sekolah
Wednesday, April 2, 2008
Asam Garam Kehidupan
Hari ini saya terpaksa bercuti, bergilir dengan hubby kerana my first daughter demam + asma... kerap sangat dia sakit.. dont know why... maybe sebab pemakanan.. taktau lah.. pengalaman orang lain as a parent bagaimana pula?
Baru 3 bulan bersekolah tadika dgn umur baru 5 thn, my daughter dah berapa kali cuti sekolah, kalau demam je amik masa sampai 1-2 minggu.. ubat confirm abis punya sebab berapa kali diulang2 makan. Hidup ini kadang2 memerlukan ketabahan hati yg kuat.. kalau tak kuat, kita akan cepat membinasakan diri sendiri.
Sebenarnya banyak kerja yg perlu disiapkan di tempat kerja. Saya sangat risau kerana fail harta modal yang diamanahkan belum terisi.. not my fault because i have to wait for other person to submit to me. Bukan itu saja, buku rekod yg mesti ditulis everyday pun belum siap lagi..
oklah.. anyway.. saya akan sambung menulis kemudian, perlu tengok my daughter yg masih demam, dia perlu makan ubat..