About Me

My photo
Saya seorang guru ICT di Putrajaya sejak tahun 2002.

Tuesday, December 30, 2008

Anak lambat membaca?

Salam...

Saya sepatutnya ke sekolah dalam setengah jam lagi untuk sorting pelajar form 4 2009 setelah result PMR 2008 keluar hari ini... namun saya ingin berkongsi cerita lagi di sini semoga tekanan dan kerisauan yg ada di hati ini boleh berkurang...

Pagi tadi saya menghantar anak2 saya kakak Adriana 6 thn, dan adik Haziq 4 thn (2009) ke Tadika Cendekiawan tempat diaorg belajar sebelum ini untuk minggu Orientasi 2009. Sepanjang perjalanan saya melihat si kakak agak takut dan gugup sedangkan sebelum ini everyday ke sekolah, mungkin sebab dah lama bercuti.

Saya tahu dari pemerhatian, Adriana seorang yg agak penakut dan pemalu. Dia kurang keyakinan diri walaupun sentiasa naik ke pentas membuat persembahan bersama kawan2 tadika. Setiap kali orang yg kurang dikenali menyoal sesuatu, dia seperti takut dan tidak yakin untuk menjawab...

Saya juga risau kerana Adriana belum mampu membaca dengan lancar... anak kepada abang saya 4 thn sudah mahir. Ada juga anak kawan2 yg mempunyai anak berumur lebih kurang Adriana, 5 atau 6 thn juga telah mampu membaca.. apa yg saya khuatirkan di zaman yg serba moden ini, banyak cabaran yg perlu anak saya lalui, lambat membaca dengan lancar mungkin menjadi faktor dia akan ketinggalan dalam pembelajaran...

Sebagai seorang ibu, saya amat risaukan kecemerlangan anak2 saya... saya dah banyak kali cuba membantunya membaca di rumah, pelbagai jenis buku telah saya belikan supaya dia dapat belajar, tapi ia belum cukup membantu... Adriana agak tertekan apabila saya memaksanya belajar membaca.. apabila 2-3 kali saya mendesak, dia akan menangis dan merajuk, langsung tidak mahu belajar lagi...

Adakah saya terlalu mendesak? Adakah saya terlalu risaukan perkara yg sebenarnya mudah? Saya risau dia akan ketinggalan berbanding rakan sebayanya.. saya risau dia akan terus pemalu dan penakut sampai dia dewasa... apa yg perlu saya lakukan?

Apabila bertanya rakan2 dan meminta pendapat diaorg.. ada kawan2 yg ok menyatakan jangan terlalu dipaksa anak2, dia akan tahu membaca dgn sendiri nanti.. lambat atau cepat saja, setiap kanak2 katanya mempunyai kebolehan yg berlainan, anak saya mgkin berkebolehan ke arah lain tapi dari segi kemahiran membaca dia lambat skit... ada juga kawan yg menasihati saya supaya perlahan2 menegur dan mengajar anak2... kadang2 apabila mereka memasuki alam persekolahan (tahun 1) mereka akan mula menunjukkan minat yg mendalam...

Saya berharap dan berdoa semoga ingatan dan kata2 kawan2 saya itu ada benarnya... sebagai seorang ibu kita tentunya mahu yg terbaik untuk anak2 kita... saya berharap di kelas tadika 6 thn ini Adriana akan terus maju dan dapat membaca sebelum dia memasuki alam persekolahan sebenar.. saya akan cuba sedaya upaya untuk membantunya...

kakak, mak sayang kakak dan adik... :)

2 comments:

NaD said...

huish garang nyer?? sampai ank menangis n merajuk...ish2...senang jer cikgu nk buat dia bace...cikgu bacekn buku 2 utk dia dlu pastu suruh dia ikut...mesti dia akan ikot nyer...xpown cikgu ajar dia pelan2..jgn paksa dia baca if dia xnk...cikgu bt lah dia rasa fun to read....

NaD said...

terasa mcm dah jadi pakar motivasi jer hahahahahaha...xper cikgu try dlu ye...hahahaha