About Me

My photo
Saya seorang guru ICT di Putrajaya sejak tahun 2002.

Thursday, December 31, 2009

Orientasi Haziq di Cendekiawan


sengih nakal si Haziq nur haiqal...


haziq tido lena disamping mickey yg pun sama lenaaaa sampai terlentok kepalanya..ehehe





Haziq pula ada orientasi di tadika Cendekiawan.. dah masuk 5 tahun.. belum pun 2010 tapi si adik ni beria2 menyatakan yg dia dah besar sebab umur dia dah 5 tahun!!.. macam biasalah haziq.. suka buat lawak.. ehehe..


Nasib baik haziq dah 2 thn belajar di sana... so Alhamdulillah dia dapat membiasakan diri dengan cepat.. kawan2 dah ramai kat situ.. cikgu2 pun dia dah kenal.. cuma risau juga jika kenakalannya menjadi masalah kepada orang lain.. hopefully tidak... :)






Hari Orientasi kakak di SK P8(1)

kakak sewaktu mencuba seragam sekolah yg blum dibasuh..




gambar2 sewaktu Adriana dan kawan2 beratur untuk pegi exam pagi tadi....


Salam.. lama tak menulis.. takde apa nak diceritakan kecuali isu2 semasa.. masa banyak dihabiskan dengan mengemas rumah.. hari ini adalah hari orientasi Adriana di SK Putrajaya P8(1).. Alhamdulillah berjalan dengan lancar je.. ehehe.. comel pulak si kakak apabila memakai seragam sekolah..ehehe..
Si kakak masuk kelas 1 Alamanda bersama beberapa org anak kawan2 sama sekolah dgn saya.. anak kak suzi and anak kak ratiah..
Selamat belajar di Tahun 1 kakak... :):)






Friday, December 11, 2009

Tamat akhirnya...

Alhamdulillah.. semua exam dah tamat.. STPM and SPM.... good luck sume pelajar2 ye.... tunggu jerlah result korang nanti pepe pun itulah keputusan hasil kerja keras korang selama berapa bulan? minggu? or hari? emm.. takkan hari kot.. kurang2 mingu2 kan...? pasni pegilah cari kerja part time, jgn dok goyang kaki jer.. carilah duit boleh topup skit apabila dapat ke mana2 uni nanti.. belajarlah berdikari.. belajar lah merasai kesusahan ibu dan ayah bekerja saban hari untuk menampung keperluan anda sekeluarga.. belajarlah jadi orang susah yg tak kisah bekerja walaupun gajinya murah dan kerjanya penat... belajarlah anda sekalian.. belajarlah menghayati kehidupan sebenarnya kerana kita ini hidup tidak selama2nya bahagia dan mewah sentiasa... beringat2lah sebelum Tuhan menguji anda dengan ujian yang lebih hebat yg belum tentu anda semua mampu hadapi....
Alahai..kembali bercakap tentang saya ye.. saya pulak kebosanan bila bercuti sekolah ni.. kerja masih ada yg lum settle sebenarnya cam yearly lesson plan.. untuk ting 4 and 5.. fail panitia lum di update utk 2010.. tapi saya macam malas lak nak wat kerja kt rumah.. kalau ke sekolah laju je kerja jalan.. sambil pot pet pot pet dgn kawan sealiran, kerja still jalan dgn sukses... ehehe... dah cuti2 ni bosan la pulak.. alahai....... nak wat apa ye?
Oklah, nanti saya sambung lagi.. ingat nak balik ke besut next week... banjir pun dah takde.. cuti sek semua org dah balik kg.. saya lum lagi.. so kena balik jgk lah next week jenguk emak yg dah lama tak tengok...
Teringat baca paper pagi tadi kisah seorang anak yg sanggup menghantar ibunya ke rumah orang tua tanpa dipedulikan sehingga orang tua itu meninggal di sana semata2 kerana ibunya pernah menjadi pelacur... emm... apa2 pun dia masih ibumu teman... ingatlah titik peluh si tua itu yg membesarkan engkau sehingga menjadi org berguna.. seperti yg dikatakan oleh si arif.. dosa yg dilakukan ibunya adalah urusan dia dengan Allah.. kita sebagai manusia tidak berhak menjatuhkan hukum sendiri.. tapi kadang2 saya terfikir juga, adakah tindakan yg dilakukan anaknya itu disokong oleh hasutan keluarganya? mungkin isterinya or famili yg tidak dapat menerima seorang mertua yg bekas seorang pelacur? tapi yg paling mungkin, nilai kemanusiaan di dalam diri si anak memang tiada...
Beringat2lah.. ingatan untuk diri sendiri kerana kadang2 saya risau saya tidak mempedulikan emak di kg.. kadang2 dgn kesibukan sendiri saya juga sering terlupa mengutus berita, bertanya khabar akan kesihatan emak? terlupakah saya yg emak di kg keseorangan tanpa seorang suami...? sekurang2nya masih ada anak2 yg mengingati emak... emm.. tentulah saya ingat.. cuma kadang2 terleka dgn dunia sendiri.. em... insafi diri sendiri kerana saya pun manusia biasa yg sering terlupa...

Thursday, December 3, 2009

Cepatnya masa berlalu....

Salam...

Tup..tup... dah awal disember... tak lama lagi januari muncul maka bermulalah kita pada tahun seterusnya 2010.. macam tak percaya yg usia sudah menjangkau lagi setahun.... usia makin bertambah.. anak je berlum tambah...ehehehe..

Cepatnya masa berlalu... rasanya seperti baru semalam saya menghantar si kakak, Adriana ke tadika Cendekiawan Educare bersama2 Haziq... next year yg bakal menjelang lebih kurang 3 minggu je lagi dia akan memasuki alam persekolahan iaitu Tahun 1... Haziq masih ke Cendekiawan... kt sana senang sebab sampai petang lagipun dia dah kt situ selama 2 tahun....cuma cikgu shidah kesayangan Haziq dah berpindah ke Presint 18.. kesian adik...ehehe..

Saya masih ke sekolah... selagi ada paper STPM selagi itulah saya setia menjejakkan kaki ke sana.. itu pun nasib baik dapat bergilir dgn Lita.. tenkiu Lita.. kalau tak penat juga..

Tahun depan dah ada 2 orang guru iaitu kawan2 saya yg akan bertukar sekolah.. sedih juga kerana mereka pun kawan baik kita jg... emm.. rezeki ada di mana2.. mungkin mereka diberi peluang untuk mengenal dunia di sek lain pulak... agak2nya bila saya pulak yg nak bertukar angin? ehehehe.. susah gak nak tentukan...

Oklah.. nanti saya sambung lagi...

Thursday, November 26, 2009

Konvokesyen Adriana di Cendekiawan Educare


Persembahan kakak.. jadi bunga untuk persembahan 'Stone Soup'.



Persembahan Haziq dan kawan2.. lagu 60an....pakai baju kotak2, spek mata hitam, lengan baju berlipat..ehehe.. 'tarian pom-pom'.. sebijik macam org zaman tu..ehehe



Adriana sewaktu terima sijil tadika..Tahniah kakak!!



Haziq sewaktu terima hadiah pelajar cemerlang.. dapat nombor 2 bagi pelajar berumur 4 tahun..ehehe.. tahniah dik!!


Gambar2 di atas ialah sewaktu majlis Graduasi adriana dan persembahan akhir tahun pelajar2 Cendekiawan Educare pada 21 Nov 2009 bersamaan hari Sabtu... emmmm...

bercuti lagi di Glory pulak







Salam...

Ini gambar2 kami bercuti di Glory beach resort PD, haziq dan adriana suka sangat mandi kolam smpai berjam2 tak nak naik... emm.. penat melayan!



Selamat bercuti kepada semua guru dan pelajar

Salam....

Lama tak menulis ke sini kerana agak sibuk menghadapi peperiksaan STPM dan SPM (waaahhhh.. macam saya pulak yg exam kan?)

APa pun, selamat bercuti kepada semua.. kepada yg setia datang ke sekolah untuk menyiapkan kerja2 akhir tahun dan bertugas sewaktu peperiksaan, tahniah diucapkan kerana anda masih lagi menjadi warga sekolah yg penuh komitmen menjalankan tanggungjawab yang diberi..

SELAMAT BERCUTI dan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA.

Monday, November 2, 2009

mengintai di sebalik tirai kamar...

Salam.. saya bercuti hari ini.. malam tadi kepala amat sakit sampai saya muntah2 2-3 kali selepas balik dari banting... dont know what happen to me... tapi sejak 2 menjak ni, kalau tak rest skit, kepala mesti mau sakit yg bukan alang kepalang.. pastu muntah2 sampai lembik.. tak smepat nak pegi jumpa yg pakar lagi pasal ni.. after amik 2 biji panadol terus lena... awal2 dulu saya makan pil tahan sakit.. tapi risau gak org kata tak elok kalau kerap sangat mkn pil tu...

Punca kenapa saya amik pil tahan sakit? sebab kedua2 lutut saya sakit serentak.. x bleh nak pegi kelas, naik turun tangga.. pijak anak tangga satu2 sampai bila nak smpai kalau kelas kat tingkat 3? emmm.. seksa betul rasanya... saya dah jumpa doc berkenaan sakit yg ini.. macam2 reason diberi:

1) of course lah sebab berat badan berlebih (dah tau ni.. (: (: )
2) terlalu kerap buat senaman yg melibatkan penggunaan lutut (garu kepala..macam tak je?)
3) mungkin banyak kali jatuh tang lutut (ini betul)
4) kerap bersukan zaman2 dulu n jatuh lagi (mungkin betul jgk)

Saya pun makin sedar diri (dulu pun sedar jgk...ehehe).. nampaknya usia semakin bertambah.. banyak lah penyakit yg mula menghampiri... emm... cecah juga saya ke usia 30 an ye... teringat kawan2 zaman sek dulu.. zaman di usm dan di kpli dlu.. pe kabar la semua org ye...

Emm... so.. saya cuma mampu mengintai dari tirai kamar ini sahaja... sejak semua org telah mempunyai famili sndiri.. masing2 sibuk dgn rutin harian... tiada masa lagi seperti dulu2.. bergelak ketawa sesama rakan mengisi masa terluang mahu pun sewaktu berkongsi ilmu masing2 sewaktu sesi perbincangan... kini saya tidak mampu lagi untuk menghubungi semua org... mereka semua sibuk dgn agenda sendiri... rindu nya pada zaman itu... :):)

Gambar konvo Su kt UNIKL







Salam... lama dah tak update blog.. sibuk banyak sejak dekat2 nak spm and stpm ni..
kt atas saya letak beberapa keping gambar konvo adik saya fiza suziana yg belajo kt unikl kt picc...


Tuesday, October 20, 2009

Bercuti ke PD


mickey, kucing kesayangan kami yg kesedihan bila ditinggalkan..


mickey kata, dari bersedih baik aku tido lagi best.. ehehehe..



kakak, adik dan ayah sewaktu mandi manda di swimming pool, corus hotel


haziq dan adriana seronok giler kt kolam smpai xnak naik walau dah 2 jam berendam.

Salam... waktu cuti deepavali.. kami pun amik kesempatan bercuti satu malam je kt corus hotel... haziq dan adriana dah lama mintak nak mandi sungai.. lepas tu asben kata baik bawak ke hotel, bleh mandi kt swimming pool.. ok skit boleh berlama2...
so, petang ahad kami bertolak ke PD, check in kt corus hotel.. petang tu at 4.30, budak2 tu dah tak sabar2 nak mandi.. and gedebung!!!!! seronok betul depa mandi.. smpai tangan kaki dan biru pun si haziq masih belum mahu naik ke bilik lagi....eheheh.
Kt atas tu ada sedikit gambar yg saya amik masa kt sana... smpai jumpa lagi..

Thursday, October 15, 2009

Selamat bercuti kepada seluruh warga SMKP8(1)

Esok & ari senin sek cuti... yabedabedu!!!!!!... seronok nya rasa.. macam nak melompat2... eheheh.. kenapa saya seronok sgt? sebab saya rasa teramat letih.. sudah beberapa bulan bekerja tanpa henti dari pagi sampai ke ptg.. everyday.. tak penah berenti.. kerja bertimbun, otak berserabut... dan saya dah lama teringin memohon cuti sehari untuk merehatkan minda yg dah macam tergendala ni... Alhamdulillah.. walaupun saya tak sempat mohon cuti rehat, pihak sek telah memberikan cuti sempena perayaan deepavali...

Anyway.. kerja masih ada.. saya belum menyiapkan 2 set soalan untuk final exam... saya juga kena fkirkan soalan mana nak amik untuk exam pra spm... saya juga kena fikirkan macam mana lagi pendekatan yg boleh saya guna untuk memastikan pelajar2 stpm terus mengulangkaji pelajaran mereka dgn 'smart'.. masing2 punya cara tersendiri.. mereka tau kekuatan mereka di mana..

Monday, September 28, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri










Salam...

Walaupun sambutan hari raya aidilfitri sudah seminggu berlalu.. namun saya ingin mengambil kesempatan di sini, memohon maaf kepada semua pembaca blog saya di atas keterlanjuran kata, kepetahan bicara yang mungkin kadang2 menyakiti hati anda.. maaf yang sejujurnya dari hujung rambut ke hujung kaki.. saya pasrah kerana saya cuma manusia biasa yg tidak sempurna kadang2 terlepas kata yang mengguris hati dan perasaan orang lain..

Walau apa pun, kemeriahan di aidilfitri masih menggamit hati.. seronok beraya di kg suami dan juga kg sendiri... namun saya tidak sempat melawat ke pusara arwah ayah kerana agak sibuk ke sana sini apabila bapa saudara saya meninggal dunia pada hari raya ke tiga (abang kepada emak)... kemeriahan raya pudar seketika kerana mengenangkan arwah yang selalu berseloroh dengan saya dan suami setiap kali kami singgah ke rumah arwah yg betul2 terletak di hujung jambatan kg gong duek, besut tiap kali sebelum or selepas berkelah di kolam air panas kg La.

Alfatihah kepada yang telah pergi.. kita pun menghitung hari juga.. tidak tau bila akan menyusul giliran kita pula sebagai hambaNya.. banyak lagi rasanya dosa yg tidak terhapus... kerap pula kita dengar berkenaan dgn kemalangan jalan raya yg meragut banyak nyawa.. ramai pula tu mangsa pada tahun ini.. mencecah hingga 200 orang lebih... saya cuma mampu mengeleng kepala.. bukan silap siapa2.. tapi diri sendiri sebagai pengguna... tiap kali perayaan, pemandu yg memandu macam org gila ada di mana2 lebuh raya... bila jalan sesak... sure banyak kereta yg potong Q dan memotong di lorong kecemasan.. langsung tidak endah dgn orang lain.. buat muka bodoh sombong.. buat muka toyeee je bila ada memandu lain menegur.. bukan itu saja.. memotong sewaktu jalan tidak selamat pun ramai.. itu lah penyebab terjadinya kemalangan secara berdepan.. kalau bukan silap kita.. silap or kecuaian pemandu lain pula yg menjadi penyebab kita kemalangan..

Entahlah, pemandu malaysia.. anda sahaja yg tahu bagaimana anda di jalan raya.. walau berjuta duit kerajaan dilaburkan untuk melaksanakan pelbagai ops sikap... tapi statistik kemalangan dan kematian meningkat saban tahun.. hukuman perlu ditambah, pastikan tidak ada budaya rasuah supaya lesen terbang tidak boleh didapati sewenang2nya.. ramai yg terbang sebab mereka pun dapat lesen terbang... emmm..

oklah.. sampai jumpa lagi.

Walau apa pun, Selamat Hari Raya kepada semua, maaf zahir dan batin...


Thursday, September 17, 2009

kenangan bulan pose lagi...

Bila teringat kenangan di bulan pose... hanya satu yg benar2 menyentuh hati dan perasaan saya.. hingga kini and mungkin selamanya.. apa dia ye? Tentulah kenangan bersama arwah ayah yg tercinta...

Arwah sgt suka minum air kelapa muda, kami tak perlu membeli nya di kedai sebab di sekitar rumah kami byk pokok kelapa yg berbuah.. arwah ayah akan mengait kelapa muda ni beberapa biji menggunakan galah panjang yg ada cangkuk tajam dihujungnya.. dia sendiri akan mengopek dan mengeluarkan air dan isinya jika ia sesuai dimasukkan ke dalam air kelapa tu...

Arwah sgt tertib sewaktu makan tetapi yg nyata yg saya ingati ialah arwah tidak boleh makan berseorangan.. mesti ada kawan yg makan bersama.. biasanya emak or abang2 saya lah...

Saya teringat sewaktu saya masih menuntut di Maktab Perguruan Besut (sekrang Institut Perguruan Sultan Mizan), waktu itu saya amik KPLI dalam bidang Teknologi Maklumat selama setahun pada tahun 2001... tahun 2000 sebelumnya saya baru menamatkan pengajian di USM dgn kos Sains Komputer...

Jarak rumah saya dari maktab tersebut cuma lebih kurang 2 km saja kerana maktab ini kedudukannya cuma di kg sebelah kg saya je.. tiap hari minggu arwah ayah akan dtg mengambil saya di asrama selepas waktu kerja dgn motor yamaha buruknya.

Bila tiba time pose.. emak dan ayah tidak pernah 'miss' untuk datang ke asrama tempat saya menginap, menghantar juadah berbuka pose... waktu ini bila difikirkan kembali, ada dosa saya yg tidak terucap yg saya lakukan diam2 di dalam hati... semoga saya telah dapat menebus dosa2 saya itu terhadap arwah ayah sebelum beliau meninggal dunia..

Agak2nya apa yg dikatakan dosa itu.. emm... begini... emak setia hari menghantar lauk mungkin 2 jenis, kuih, nasi and ais batu... everyday.. saya amat gembira dgn tindakan mereka, tapi apa yg menyebabkan saya berdosa kepada emak dan arwah ayah ialah hati saya banyak berdetik dgn perasaan malu apabila saya sediakan makanan itu untuk dijamah bersama2 dgn kawan2 di asrama.... apa yg saya malukan? juadah yg tidak sedap? makanan ala kadar? or what? emm... malu rasanya pd diri sendiri bila saya memikirkan kesombongan saya pd wkatu itu, sehingga terlupa PENGORBANAN emak dan ayah yg setiap petang dtg membawa juadah kesukaan saya.. emak sanggup memasak seawal jam 4 ptg supaya beliau sempat menghantarnya kpd saya before berbuka pose....

Sebenarnya tidak ada apa yg perlu dimalukan.. cuma perasaan bodoh sombong saya sendiri menjadikan saya malu dan segan dgn kawan2.. apa penyebabnya? Cuma bekas makanan yg emak gunakan untuk mengisi juadah tersebut... bekasnya sopek di sana sini, kadang2 bekas dgn tutupnya tidak sama jenis, kadang2 emak terpaksa ikat dgn gelang getah saja tupperware tersebut sebab bekas dan penutupnya lain jenis... kadang2 ada kesan yg tak dpt ditanggalkan menjadikan ia nmpak kotor tapi sebenarnya tidak.... Kenapa saya berdosa?? Kerana hadirnya perasaan malu dgn keadaan tersebut sehingga kadang2 saya segan untuk menghidangkannya kpd kawan2... bila hadirnya perasan malu di dalam hati terhadap sesuatu yg diberikan oleh ibu dan bapa kita, seolah2 kita tidak ikhlas menerima, seolah2 kita menghina mereka (itulah apa yg saya rasa skrg)... berdosanya saya kerana merasa begitu.. terlupakah saya pd waktu itu pengorban ke dua ibu bapa saya yg snaggup dtg membawa makanan kesukaan saya? betapa mereka sanggup bersusah payah setiap hari menghantarnya.. tidak bersyukurkah saya waktu itu mempunyai ibu dan ayah yg sebenarnya amat mengambil berat walaupun hidup dalam serba kekurangan?

Apa pun, kini saya telah lama menyedari kesilapan tersebut.. saya cuba menebus dosa2 saya dgn berbuat baik sehabis daya terhadap mereka berdua.. walaupun arwah ayah pergi terlalu awal sebelum saya sempat membalas budi dan jasanya yg telah dikorbankan untuk kami.. namun saya berharap semoga dalam detik yg singkat selama 4 sethn sebelum arwah meninggal itu saya telah membahagiakan arwah. Saya tidak pernah lupa memberikan arwah angpau raya walaupun sedikit, menelefon arwah sepanjang masa dan berbual dgn arwah dgn cara yg paling hormat.. banyak lagi rasanya yg perlu saya lakukan untuk membalas pengorbanan yg telah arwah lakukan demi kehidupan kami adik beradik, tapi Tuhan lebih sayangkan beliau... Dia hanya memberikan tempoh selama lebih kurang 4 tahun selepas saya bekerja tetap dan mampu menggunakan wang sendiri untuk memberikan arwah sesuatu yg beliau tidak pernah dapat selama hidupnya... tapi rasanya arwah pergi terlalu awal... dia belum pun merasa nikmat kehidupan dari anak2 yg sedang membesar... Ya Allah... Kau tempatkanlah arwah ayahku di sisi orang2 yg solehah.. moga kebaikan yg beliau lakukan sewaktu hidupnya menjadikan beliau antara orang2 yg istimewa... Al Fatihah...

kenangan di bulan puasa

Salam...

Walau pun cuti dah bermula, sek dah tutup, puasa dah nak abis (sedih pulak), raya tengah menghampiri... tapi saya ingin juga berkongsi cerita... kenangan2 indah di bulan puasa before bergelar seorang isteri and seorang ibu....

Zaman kecik2.. saya puasa pun tak penuh... (diakui dgn sejujurnya.. ehehe).. time hari sek je, sure balik umah bukak.. paling penting air sejuk dari tempayan emak... sedap hingga menjilat jari.. nak tau kenapa selalu tuang pose lepas balik sek? sebab saya kepenatan kerana terpaksa berjalan kaki dari sek rendah yg jaraknya lebih kurang 3.5 km dari rumah... waktu tu kan kecik lg.. mana tahan ooo... ehehe.. dugaan hebat betul...

Biasanya sapa yg telah membatalkan pose dia pada hari tu, dia tak bleh join makan sama org bukak pose.. emak memang akan jentik jari kami kalau masuk dapur mau makan jugak... so, tugas org2 yg tak pose ini ialah menjaga adik yg paling kecil, jaga dia, main dgn dia jgn bagi nangis sehingga emak ayah and abang kakak yg pose dah siap makan... pastu giliran kami pula, memang tinggal baki jerlah...ehehe.. tak kisah pun..

Apa menu best waktu berbuka zaman kecik2 dulu? emmm... oleh sebab keluarga kami susah... dapat makan ayam kg gulai sekali seminggu pun dah dikira bertuah.. sodapnya ayam kg... nak dpt ayam proses, bukan susah, tapi of courselah arwah ayah tak mampu nak beli... biasanya, kuih emak akan masak sendiri.. tak cukup kalau beli di kedai, banyak mulut yg nak diisi. Biasanya emak akan gilir2 masak sama ada kuih puteri mandi, onde-onde, pengat pisang, sira pisang (kami org besut 2 masakan ni berbeza), cendol (ini beli pun takpe sebab masa tu murah).. kadang2 cekodok pisang pun jadi... kadang2 emak buat pengat ubi keledek or sira keledek je sebab sayur jenis ubi ni pun murah kt kg kami masa tu.... kalau ada duit sikit... merasa la kami makan kuih 'sag gupa' yg dijual di gerai ramadan. Emak taktau buat kuih yg satu ni...

Pepe pun, apa je menu yg emak masak, simple and kurang menyelerakan bagi orang lain tapi sangat lazat bagi kami sekeluarga.... nyummm...nyummm...

Itulah kenangan terindah waktu kecil2 dulu.. masa org tgh makan kami main kat atas 'selepat pucuk' kt depan rumah... seronok... main tido2 dgn adik2 sambil melihat langit.. sejuk belakang badan... aman tenteram and selesa rasanya..

Masa sahur lak.. biasanya emak akan bangun seawal jam 4 pagi.. dia pasti akan tanak nasi baru sebab arwah ayah tidak suka makan nasi yg dipanaskan dari waktu berbuka...kami adik beradik yg masih kecil ni memang liat sgt untuk bangun pagi... waahhhh.. apa lagi... suara nyaring emak akan bergema seantero dunia ler... kadang2 kalau tersengguk waktu menunggu emak cedokkan nasi, kami akan terkena lagi sipi2 hujung jari emak naik ke pipi... waktu itu, makan sahur dgn ikan kering goreng and berulamkan petai dgn budu pun sodap jo..... ehehe... (sekarang pun sodap juga terutama kalau mkn beramai2).

Wednesday, September 9, 2009

Soalan Trial susah???

Waahhhh.. ..sejak abis exam trial spm and stpm (for my subjects lah).. bertubi2 keluhan didengari daripada a lots of my studs... soalan trial susah kata depa... susah sgt2 ke paper PAM 1? aiiihh.. rasa macam biasa je soalan tu kluar.. cuma mgkin sebab soalan dasar dalam negara banyak dikeluarkan pelajar2 ni rasa susah... maklum la baru abis belajar.. tensen wat presentation lum abis.. tup2 soalan tu lak yg ditanya dalam trial..

Sabar adik2 ku.. (adik2 tiri?? ehhe).. kita tnggu result korang kluar dlu... soalan susah tak bermakna korang tak dapat jawab kan.. mana tau result nanti lebih gempak???

Soalan ICT pun dikatakan sukar.. susah.. tak faham soalan2 yg ditanya... tak tau bab apa.. macam2 reason budak2 ni.. insyaAllah... korang sebenarnya bleh jawab.. cuma kurangnya keyakinan diri menjadikan korang takut.. takut pada bayang2 kegagalan.. betuii tak?

Dnt werriii... result akan menyusul bfore raya... insyaAllah...

Tuesday, September 8, 2009

Persiapan raya???

Persiapan raya lum mula pepe pun lagi... macam biasa kuih je yg siap dah... SIAP ORDER!!! ehehehheeh... tapi tak byk la, tahun ni bajet ciput nooo... sejak 2 menjak duit umah telah dipotong memang terasa betapa kempisnya sarung duit saya....

Baju raya kita tak pyah cakap laa... ada dah yg jahit awal tahun ni.. guna jerla yg tu jadi baju raya.. asben punya baju raya lagi dahsyat, baju melayu beliau warna ijau yg raya 3 tahun lepas punya...kui...kui.. bukannya pakai sgt pun baju melayu tu.. ok la tu.. gilir2 baju melayu yg ada 3 kaler tu, tahun ni ijau, tahun depan meroon balik, tahun lagi satu purple... then rotate balik ke ijau...ehehehe....

Anak2 nya baju raya.. adriana dah siap wat la... ejas skit je kain lebih2 tu jdi la baju kurung dia.. bukannya dia nak pakai baju kurung pun, kejap je nanti nak tukar baju lain... risau pulak nanti dia nak ke sekolah next year.. tak suka pakai baju kurung macam mana? Baju melayu haziq lum beli lagi.. yg tahun lepas dah tak bleh pakai.. bukan tak muat, elok je masuk sebab haziq kurus je cuma sluar and bajunya sudah senteng!!! pendek sebab haziq dah tinggi... so saya kena dapatkan yg baru la sepasang utk dia....

kasut raya? mak dah ayah ni tak payah nak fikir la... pakai je kasut yg ari2 bwk gi keje tu.. yg ptg anak2 ni... kaki pun cepat panjang budak2 ni.. .kena beli kasut raya baru la jawabnya.. takpelah.. saya tunggu gaji 10 sept nanti baru bleh pegi beli...

uwaaahhhh.. gaji sept 10 aribulan??? awalnya???? lepas raya ikat perut la kita.... emmmmm...

selamat berterawih semua.

Selamat Berpuasa dan Selamat Menjalani Peperiksaan Percubaan SPM & STPM

Salam...


Saya agak sibuk, sukar untuk mencuri masa menulis ke blog ini sekarang.. masa amat membataskan tindakan saya pada tahun ini....

Anyway.. selamat berpuasa kepada semua yang masih sudi menjengah ke blog ini...

And kepada pelajar-pelajar saya yang sedang menduduki peperiksaan percubaan SPM dan STPM, selamat menjawab soalan yang agak mencabar pada tahun ini ye... susah skit je.. mana tau exam sebenar nanti lagi senang.. at least, mental dan fizikal dah get ready utk 'speed' dah.. emm... GOOD LUCK!!

Wednesday, August 19, 2009

lama tertinggal : hi tea smk p8(1)



Gambar2 masa hi tea Kelab Guru sekolah... saya dah lupa lak tarikhnya.. eheh

Demam Peperiksaan!!!!

Salam...
Wahhh..... semenjak dua menjak ni... takde dah orang yg menjenguk ke blog saya ni... im refered especially to my students.. emmmm... nampak gayanya semua students saya tengah mengalami demam..... memang sekarang ni pun musim demam panas, demam selesema, demam denggi and demam H1N1... my students lak demam exam!.... Langsung dah tak bleh toleh kiri kanan.. makan tak kenyang, mandi tak basah.. tidur tak lena.. gara2 risau exam yg semakin hampir...
Selepas takde kt sekolah selama 4 hari kerana mengikuti kursus programming and multimedia di capitol hotel.. this week pula saya sibuk dengan penyelarasan akhir kerja kursus ict... hari senin dan selasa lepas dah pergi menyelaras ke smk p16 dan smk p11 1... esok ketua pentaksir kawasan akan datang menyelaras ke sekolah saya pula dengan mengambil seramai 10 orang calon sebagai bahan pentaksiran.. ketua pentaksir negeri tak boleh mentaksir sekolah mereka sendiri ye!!! so.. the result is valid!...
Berbalik kepada my students... now tengah berlangsung pra trial spm and pra trial stpm... taktau lah perubahan apa yg telah dipelajari oleh pelajar2 ni... hopefully mereka dah semakin sedar.. di sebalik kerisauan peningkatan pandemik H1n1.. sama ada boleh mengambil exam dengan tenang atau sebaliknya.. saya berharap pelajar2 ini sedar yg mereka perlu bersedia 100% mental dan fizikal untuk menghadapi peperiksaan awam tidak lama lagi....
Sebagai guru yang every year mendapat pelajar yang menduduki peperiksaan besar seperti SPM dan STPM... saya juga mengalami kerisauan yang hampir serupa dengan students saya... tipulah jika saya kata saya tidak risau dengan perubahan peratusan subjek bagi sekolah.. tapi yg lebih utama ialah saya perlukan kekuatan agar dapat menerima hakikat yg mungkin ada pelajar saya yg gagal dalam subjek yang saya ajar.. saya juga perlu membuat persediaan mental yang kuat...
Tiada guru yg mengharapkan pelajar2nya gagal.. tapi jika ditakdirkan begitu.. saya juga perlu menerimanya dengan hati terbuka... dan berfikirlah sebaik2nya bagaimana perlu menghadapi mereka2 yg akan menyoal kita akan perubahan yg berlaku itu..
Anyway... saya tau students saya akan berjaya sekiranya mereka bersedia 100%... saya kenal students saya... saya tau mereka boleh berjaya... dengan sedikit usaha yg lebih + tawakal kepada Allah SWT... insyaAllah tiada yg mustahil untuk dicapai....
Satu lagi, mungkin saya perlu memberi mereka kepercayaan yang tidak berbelah bagi.. kepada pelajar STPM, sebagai pelajar yg telah matang dari semua segi... saya mendoakan mereka bijak berfikir menentukan corak masa depan yg mereka inginkan... kepada pelajar SPM... selagi ada usaha.. selagi itulah kejayaan bakal ditemui.. tiada yg tidak boleh kecuali anda sendiri yg telah menyucuk minda anda dengan perkataan "TIDAK BOLEH"... once dah terlekat kukuh,.. susah nak ditarik balik... kalau berjaya pun, parut lukanya masih ada...
GOOD LUCK to EVERYBODY!

Wednesday, August 5, 2009

lagi gambar birthday Haziq di cendekiawan









gambar2 Haziq masa sambut birthday kt sek...

Pentaksiran kerja kursus memeningkan

Walaupun sudah 2-3 kali membuat pentaksiran ict di sek juga di sek2 lain.. saya masih lagi pening kepala... tensen.. sakit hati.. dan macam2 lagi...

Emmm... nasib lah badan, nak buat macam mana.. dah ini namanya kerja, betul tak? Anyway... keje kursus form 5 hampir siap.. tinggal saya nak settlekan ring files dia org dgn sempurnakan semua report2 form yg perlu dilengkapkan oleh pentaksir sek... bukan skit2... ada byk form kena tick.. Adushhhh.. loteih btul... hari2 masa full...


Sunday, August 2, 2009

Birthday Haziq Nur Haiqal yg ke 4








gambar2 Adriana dan Haziq di hari sukaneka cendiakawan.


Haziq potong kek yang disponsored atuk dia semalam.


Salam...

Cukup lama saya tidak menulis ke blog ini kerana melalui masa2 yg sukar sebagai seorg pekerja, ibu dan isteri... kesibukan rutin saban hari sentiasa memadamkan niat saya untuk menambah entry baru..

Anyway... hari ini adalah hari lahir Haziq yg ke 4 thn.. epi birthday haziq.. love u so much... x sempat nak buat kenduri ke apa utk dia.. anyway.. kami sediakan sedikit mknn ringan utk kawan2 sekelas haziq di cendekiawan educare.. ayah dia dah siap beli kek anta kt cikgu dia kt sek...

kat sini saya attach gambar2 haziq and adriana..

Sunday, June 28, 2009

Bekerja 6 hari seminggu

Letihnya bekerja 6 hari seminggu! Itu je yg saya nak kongsi kali ini... rasanya bulan Jun saya takde rest langsung!
Oklah.. taknak tulis banyak.. nak baring jap, baru lepas gosok baju keje utk seminggu....sakit pinggang berdiri dekat 2 jam... nanti saya sambung lg.

Wednesday, June 24, 2009

Macam mana nak buat side income?

Susah betul sekarang ni bila ingat2kan semua perbelanjaan makin bertambah... terkejut saya dgn bil air sejak tarif baru air dinaikkan... bil bulan lepas mencecah sehingga rm50!!! macam tak percaya sedangkan kami sekeluarga cuma berada di rumah waktu malam je... ntah sapa yg guna air ntah... antu sebelah rumah kot?

Lepas tu bulan ni juga bayaran hutang pinjaman dgn perumahan dah kena tolak dari slip gaji... emm... telan air liur 2-3 kali jugak lah walaupun dah tau yg satu ari nanti saya kena bayar juga loan rumah yg dibeli tu... cuma agaknya saya belum bersedia utk melihat rm1200 dipotong dgn penuh gaya dari slip gaji...adushhh,.... yg ralat sgt.. rumah belum dapat lagi.. dah called pemaju, katanya rumah dah siap cuma tunggu CF je lgi.... patutnya bulan mac aritu kami dah boleh dpt kunci rumah... adushhhh... potongan quarters masih lagi dibuat.. atas nama asben... emmm.. bila laaa nak dpt kunci rumah ekkk? loteihhh nak fikirkan pasal ni....

Last2 tu saya terfikir, tak bleh jadi juga ni kalau harapkan makan gaji je.. jawabnya tiap hujung bulan kena ikat perut la... kena wat side income jgk ni... apa bisnes yg bleh saya buat ekk? nak jual tudung? dah ramai sgt cikgu2 kt sek jual tudung... nak jual kain pasang? potong jalan knor lak kan.. jgn marah knor ye... eheh... nak buat kuih..? saya memang tak berbakat dalam bab masak memasak... memang fail punyalah.. setakat wat cekodok pisang blehlah... apa lagi agaknya bisnes yg saya bleh buat? or nak jadi agen insuran .. nk join MLM? jualan langsung? emmm... saya bukan spesies yg pandai bercakap and mempengaruhi org lain... abis2 nanti saya yg termalu sendiri diperli2 org....

emm.. kawan2 sekalian... apa yg perlu saya buat? buat part time keje malam2 keje kt pam stesen? emm.. dah ramai abang la, abg myanmar and abg indon yg keje kt tpt2 mcm tu skrg ni..... so apa yg bleh sya buat? ngaja tuisyen? ok jg... tp sapa studs yg nak dtg belajar dgn cikgu ict mcm sya ni? sy bukan cikgu maths or sains yg merupakan subjek popular utk tuisyen... p.am form 6? lagi lah xde stud yg nk amik tuisyen...

emm... teruk gak ni sampai xleh fikir nak tambah duit mcm mana... jual dadah cepat dpt duit kot? eheheh... tak perlu la buat keje x halal mcm tu kan...

takpe2... saya akan cuba cari jalan... macam mana ni ye... fikir..fikir..fikir.... menyapu sampah pun ok jg.. tapi ada ke majikan yg nak amik saya bekerja? ...fikir...fikir... saya fkir dulu....

Tuesday, June 23, 2009

kisah2 cuti sekolah...

anak Ima yg baru berusia lebih kurang 50 hari, Erika... anak buah baru...

anak buah baru lagi... anak Wati yg lahir 7 bulan.. Umairah.. gambar ni dia berusia lebih kurang 2 minggu.

anak Wati, Umairah sewaktu berusia beberapa jam (after pembedahan).

Haziq di kolam air panas Kg La, Hulu Besut.

Adriana berangan kejap kt kolam air panas La.

Adriana posing sebelum bertolak balik ke Besut sempena cuti sekolah.

Eji di hari konvokesyen kt PICC, Putrajaya dgn emak dan Sue.





KHAS BUAT NADIATUL

Nad, cikgu dah update blog ni... kesian lagi tak?
eeheheh

Tahniah kepada semua bekas pelajar yg berjaya ke ipta dan ipts

Salam...

Saya amat bz sepanjang minggu cuti sekolah kerana berulang alik ke kg dan hospital kerana adik saya Wati bersalin tak cukup bulan terpaksa dibedah pada usia kandungan 7 bulan lebih atas faktor2 keselamatan ibu dan anak...

So, banyak juga duit yg keluar, masa juga banyak habis pada perjalanan balik ke kg.... maklumlah kg kan jauh...

Lama betul tak update blog ni...

Anyway... kepada semua bekas pelajar smk p8(1) yg telah berjaya mengharungi cabaran dan menempatkan diri setaraf dgn org lain ke ipta dan ipts..... tahniah tulus ikhlas dari cikgu..

Buat farhana, najwa, fhirdaus, nuruddin, emir, sayyid haziq, elaine, danial, adri, syamimi, tahniah kerana berjaya menyambung pelajaran, walau di mana kamu berada.. ingatlah yg kamu perlu ikhlas dan jujur dalam mencari ilmu... buat christina dan izni, tahniah berganda dari cikgu kerana kamu ingin menyambung pelajaran bersama cikgu buat ke dua kalinya..

Buat leesyafiqah, farhan, hafiz, yong, nadiatul, syafiqah, hawa, mariam, syazwan, fitriyah, anis, auzan, munzir, fizzuwani, izzati, najwa, aqillah, fatin, walau di mana kamu menyambung pelajaran pun, tahniah sekali lagi dari cikgu... belajar rajin2... belajar bersungguh2, jgn sia2kan amanat emak dan ayah... jgn sia2kan harapan guru2 yg ingin melihat kamu berjaya... tak kisahlah kat mana pun kamu sekarang.. yg ptg dahulukan impian dan harapan kamu utk mencapai kejayaan...

Adik2 sekalian... TAHNIAH and GOOD LUCK!

Friday, May 29, 2009

Sambutan hari guru peringkat smk p8(1)


persembahan guru; en. Rosmizi


persembahan guru dan pelajar


persembahan staff sokongan


persembahan guru, En. Mohamad


persembahan kumpulan nasyid pelajar


persembahan dikir barat pelajar


persembahan permulaan pelajar 6b dan guru


menanti majlis bermula


ucapan aluan dari ketua pelajar, mohd afiq raship.



Salam...

pada hari yg aman damai dan tenteram ini walau byk keje kena buat, tapi smkp8(1) telah membuat majlis sambutan sempena hari guru.... walaupun agak sederhana tetapi meriah.. thanks a lot untuk pelajar2 yg memberikan cikgu hadiah... thun depan bleh kasi lagi ye?
ehheeh.. kt sini saya letakkan gambar pagi tadi...


Alamak, takleh tulis byk laa... ngantuk giler ni...nak kena tido jap la..nanti sy edit balik post ni...adushhh..mata asyik terpejam je walau tgn tgh menaip ni...




DAH EDIT at 31 mei.