About Me

My photo
Saya seorang guru ICT di Putrajaya sejak tahun 2002.

Wednesday, October 20, 2010

masa semakin suntuk...

Hari ni masuk ke kelas 6 atas dengan rasa takut dan gementar bila melihat jumlah hari STPM dan SPM yg akan muncul hanya dlm tempoh sebulan lebih je lg....
Melihat wajah anak2 didik di dalam kelas... saya terfikir sudah cukup bersediakah mereka untuk menghadapi peperiksaan besar itu? Hopefully mereka sudah bersedia or sedang bersedia kerana masa akan berlalu dengan pantas tanpa disedari...
Selepas mencetak marksheet utk peperiksaan trial stpm utk ke dua2 kelas, hati agak berbunga2 melihat result yg melonjak naik walaupun ada beberapa org pelajar yg masih mendapat pngk di bawah 2.00... semoga mereka sempat membuat anjakan paradigma dan menghasilkan keputusan yg akan memuaskan hati mereka sendiri.. saya sebagai guru, apatah lagi.. kita yg melompat gembira apabila ramai pelajar mendapat keputusan cemerlang...
Tak sabar rasanya menunggu waktu itu datang... cuma agak risau dgn ICT kerana latih tubi yg diberi dirasakan belum cukup buat pelajar2 form 5 tersebut.. saya akan cuba sedaya upaya before SPM datang.. insyaAllah...

Tuesday, October 19, 2010

Lamanya membiarkan blog ini sepi..

Salam... lama betul saya membiarkan blog ini tidak diedit.. tiada entry sehinggakan ia telah dilupakan oleh pengnjung2.. dan yg paling sedih, saya sndiri terlupa password utk masuk... teruk sangatkah kesibukan saya di tempat kerja dan rutin harian?
Sebenarnya, tidaklah melampau sehingga tiada masa utk berehat dan menguruskan diri.. cuma sejak akhir2 ini saya agak malas membuka komputer... balik ajer rumah, saya dah kepenatan.. saya cuma nak lelapkan mata kalau tidak ada kerja sekolah yg dibawa balik... ada hari2 tertentu saya akan membuka facebook melihat2 kalau2 ada pos baru dr teman2... apakah facebook telah mencuri masa saya drp membuka blog ini? benarkah? ooohhhh... sudah tentu tidak sama sekali... saya cuma membuka facebook sekali sekala, mgkin 2 kali seminggu itupun dlm masa beberapa minit je... kenapa saya boleh membuka facebook tp tidak boleh memasukkan entry ke blog ini? sebab facebook lebih mudah.. taip satu ayat yg simple and kita dah bleh send... kt sini kena pjg skit, baru la sesuai...ehehe..
Oklah, kita berjumpa lg kalau saya ada masa.. byk benda nk dikongsi bersama... selamat menyambut final exam utk semua pelajar SMKPP8(1)... especially 6B ...

Friday, June 4, 2010

Selamat bercuti kepada semua warga sekolah!!!

Salam...
Kepada semua warga sekolah SMKPP8(1) selamat bercuti sekolah saya ucapkan.. semoga di hari percutian yang indah ini, anda akan menikmati hari-hari yang membahagiakan... kepada guru2 yang baru mendapat skrip pep pertengahan tahun, mulakan langkah anda di hari pertama percutian untuk menandakan skrip yg pertama.. hahahahah.. itulah tugas murni guru2.. tak pernah habis walaupun kedengarannya sedang bercuti...
Bukan setakat menanda jawapan peperiksaan ini.. cuti sekolah juga dihidupkan dengan kelas tambahan sepanjang cuti minggu pertama.. bertugas harian untuk guru2 yang telah mendapat kenaikan pangkat beserta dengan urusan2 lain yang sewaktu dengannya yang menyebabkan nanti berduyun2 lah guru2 dtg ke sekolah siap bawa semua anak2.. berpikniklah mereka kt sek sambil buat kerja..
Walau apa pun, semoga anda semua berbahagia dengan apa yg anda lakukan sepanjang cuti sekolah yg tak berapa nak panjang ini ye....:):)

Tuesday, June 1, 2010

Terbinakah bahagia....

Salam...
Minggu ni agak bizi dengan persediaan mengumpul bahan untuk video korporat sekolah yang akan dibuat oleh Uni LimKokWing.. Alhamdulillah ada yg membantu.. bukan apa.. saya dan Aishah memang bukannya pandai sgt menggunakan pelbagai software multimedia tu.. skit2 boleh lah.. tapi kalau nak cantik untuk tatapan PM lak tu.. emm memang susah lah... walau apa pun.. kami dah lega.. kerja kami sekarang cuma mendapatkan seberapa byk gambar yg ok utk dimasukkan dalam video tersebut.
Sambil2 buat kerja tadi.. saya terbaca paper tentang isu seorang isteri ditinggalkan suaminya kerana jatuh cinta kepada wanita lain yang baginya lebih serasi dan mampu membahagiakan dirinya.. emm.. kisah begini lagi.. saban hari di dada akhbar atau yang tidak dipaparkan di akhbar pun, byk isu2 begini di seluruh negara... kadang2 saya terfikir.... mampu bahagiakah seseorang itu jika membinasakan hati seorang insan yg lain? Pelik dengan sikap manusia ni...
Letakkan diri anda di tempat yang menjadi mangsa.. apakah perasaan yg anda rasa? Cuba letakkan pula diri anda pada si pemangsa (maksud saya yang meninggalkan isteri or yang bakal menjadi isteri baru).. apakah anda rasa akan terbina bahagia yg anda cari? Kita semua tahu, Tuhan itu Maha Adil dan Maha Mengetahui.. insyaAllah Allah akan membantu hambaNya yang dianiaya... sebak hati saya membaca kisah begini.. isteri yang ditinggalkan pula biasanya jenis yang amat setia demi anak dan rumahtangga yang dibina bertahun2 lamanya.. kadang2 demi sayang kepada keluarga juga isteri sanggup menelan semua kepahitan yang dilemparkan...
Saya rasa walau isu ini dikupas setiap hari pun, ia sukar dijelaskan mengapa terjadi.. saya pun tak pandai untuk mengupas lebih kerana saya bukanlah pakar di dalam bidang ini.. di dalam akhbar pun selalu ada.. majalah2 wanita apatah lagi....emmm.. takpelah, nanti sya sambung lagi...

Friday, May 28, 2010

biarlah ego itu pergi...

Saya suka membaca majalah Wanita, Mingguan Wanita atau apa2 majalah serta surat khabar berkenaan isu-isu semasa tentang ekonomi dan sosial.. semua itu saya lakukan demi untuk mengajar subjek Pengajian Am Kertas 1 di sekolah. Saya juga memang berminat mengetahui tentang isu2 rumahtangga yang kadang2 kesannya sampai ke hati... jantung berdegup kencang membaca kisah isteri didera, suami didera, isteri curang, suami berbuat maksiat di luar dan macam2 lagi.... emmm.. takut pun ada.. bukannya kita mahu perkara itu terjadi.. tetapi takdir Tuhan tiada siapa yang tahu....

Jika pergaduhan melibatkan suami dan isteri sebenarnya perlu ada pihak yang mengalah... tetapi kadang2 ego itu terlalu tinggi sehingga sanggup menggadaikan rumahtangga yg dibina atas dasar cinta semata2 untuk menjaga ego.. lelaki or perempuan sama saja... bila ego diletakkan paling tinggi di hati.. maka susahlah utk mengakui kesilapan apabila berlaku sebarang pertengkaran dengan pasangan....

Biarlah ego itu pergi.. saya pernah nasihatkan hati sendiri demi menjaga hati suami dan perhubungan yang telah lama dibina.... saya juga pernah nasihatkan seorang kawan dengan ayat yang sama kerana ego itu tidak ke mana... semakin dijaga ego itu semakin memudaratkan.. ia perlu ada untuk mengawal keadaan... tetapi kalau perlu biarlah ia dibuang untuk menjernihkan suasana....

lawatan ke zoo negara bersama cendiakawan

adik dan kakak di dalam bas dgn kawan2 dan guru pengiring


adik dan kakak dalam bas.

Salam.....

Baru2 ni, 22 mei bersamaan hari sabtu, haziq dan kakak telah menyertai rombongan lawatan ke zoo negara yang dianjurkan oleh Cendiakawan Educare.. lama dah takde aktiviti tahun ni... si kakak pun nak join sama.. maklumlah dia dah biasa dgn sekolah ni... emmm...

tidak disangka...

Alhamdulillah.. tahun ni apabila genapnya menginjak satu angka lagi umur saya asben telah membuat parti kejutan bersama beberapa orang ex studs ICT.... memang tak disangka kerana tidak tau mimpi apa dia terfikir nak wat makan2 tu.. selama 8 tahun perkawinan kami, ini la first time.. biasanya ucapan dgn sebiji kek je..
emmm.. bila dia buat perkara yg melangkaui biasa, saya terfikir pulak yg bukan2.. pesal ni? ada pepe ke nanti? emmm.. tak baik btul.. Alhamdulillah tahun ini dia teringat nak buat... mungkin tahun depan kalau umur panjang ada lagi.. kalau takde pun takpelah.. ikut kemampuan dan masa...
Thanks a lot hubby.. I Love U....

Saturday, May 15, 2010

Benar, kita perlu memohon maaf apabila kita bersalah..

Salam....
Tidak aneh dalam kehidupan hari ini sekiranya seseorang yang berbuat salah tidak memohon maaf dari orang yg disakiti hatinya... susah benarkah untuk kita memohon maaf sekiranya kita benar2 bersalah? jatuhkah ego? murah ke maruah? jika sayalah oragnya yang disoal soalan begini sudah pasti saya berkata benar.... saya orang yang mudah memaafkan dan mudah meminta maaf.. walau ada ego.. ego itu diletak di kaki sementara kita menantikan suasana yg tegang menjadi kendur.. cuaca yg mendung menjadi cerha...
Emmm.... kadang2 susah untuk menduga kerana hati manusia ini berlainan sifatnya..
Sekiranya kita mema ng melakukan kesalahan, berkta benarlah walau ia menyakitkan hati, tapi kita tentunya tidak mati untuk mengaku satu kesalahan...
Aduhhh.. poning kepala ni... takpelah... nanti saya smabung lagi...

Friday, April 23, 2010

Arwah Muhd Luqman Hakim, dalam kenangan..

gambar Hakim pd malam sebelum beliau dijumpai lemas.. diambil dari hs kakak arwah, Ira.





Hakim yg kelakar, banyak mulut dan lasak teramat... kami pasti merindui keletah mu...


Salam, gambar-gambar di atas adalah arwah Hakim (5 tahun) anak saudara saya yg meninggal pada 18 April 2010 kerana dijumpai lemas di parit berhampiran rumahnya di Kg Temila, PAsir Putih.. ..tiada kata2 yg mampu diucapkan membayangkan kesedihan kami sekeluarga.,.. berat mata memandang berat lagi bahu memikul... biarpun redha dengan ketentuan Tuhan, tapi saya tahu kesedihan dan ralat yg bersarang di hati ke dua ibu bapanya... Hakim... kami tetap menyayangi dirimu.. Syurga menanti Hakim di sana...

Tuesday, April 6, 2010

Rumahku Syurgaku..

ruang tamu
bilik tidur utama

tangga tengah


ruang parking...

Rumah di Desa Bestari Sepang dah hampir 90% siap.. emm.. Alhamdulillah..

Monday, March 8, 2010

dah siap skit

kabinet dapur dah siap.. tapi lum tgk lg pemasangan keseluruhan ok ke tak... ini tool kabinet...


ruang depan tambah tiles and baiki atas skit nak bg sama dgn rumah jiran sebelah.. emmm...

kisah sedih awal 2010

Salam...
Sewaktu awal 2010 menjengah.. kisah sedih pertama ialah dengan peristiwa tragik kebakaran rumah Pn Siti Fatimah, Penolong Kanan sekolah.. bfore that.. seminggu sebelum 2010 datang.. kami satu sekolah dikejutkan dengan kehilangan suami kepada Ustazah Suriana Mohamad yang meninggal di Jordan. Dengan usia yang masih muda dan anak-anak yg masih kecil dan memerlukan belaian ibu dan bapa, arwah pergi meninggalkan keluarga apabila jatuh sakit secara tiba2... apa2 pun memang itu ketentuan Tuhan dan kita tidak boleh menolak takdirNya...
Hari sabtu yg lepas.. 7 Mac.. kami dikejutkan sekali lagi dengan pemergian suami kepada Pn Gowri juga sahabat saya di SMK Putrajaya Presint 8(1) ini... seperti tidak percaya apabila mendapat mesej dari Pn Suguna pada Jumaat malam memberitahu suami Gowri sedang tenat di Hospital Serdang.. saya tidak sempat melawat mendiang kerana suami mengajak balik ke kg pada hari yg sama.... sampai ke sekolah pagi tadi baru saya tahu yg beliau juga telah pergi meninggalkan isteri dan 2 org anak yg masih kecil.. ketentuan Tuhan tiada siapa yg dapat menolaknya... apabila sampai masanya, walaupun di usia yg muda kita akan pergi jua...
Ssepanjang 2 bulan lebih 2010 menjengah.. banyak peristiwa tragik yg berlaku.. saya masih terkejut dan seperti tidak percaya dengan segala yg berlaku.. walau apa pun.. kita harus berpegang pada ketentuan Tuhan.. Qadak dan QadarNya tiada siapa pun yg dapat menolak...
Berbanyak TAKZIAH kepada Pn Gowri dan keluarga...

Saturday, February 27, 2010

Tahniah Pelajar STPM 2009

Salam...
Lama betul tak menulis ke blog ini... sibuk sangat lah this year.. ini tengah menyiapkan soalan ujian bulan mac.. this week tak bleh nak ke mana walaupun cuti 3 hari sebab sibuk ke sana sini uruskan pasal rumah di desa bestari serta nak siapkan soalan peksa... minggu depan 4 hari ke bpk.. ada mesyuarat penterjemahan subjek ICT ke bahasa melayu.. adushhh... pening kopala den.. apa taknya.. 2 set soalan lum siap lagi.. nak hantar reso lg.. nak stapler lg.. masuk plastik lg.. poning2...
Haaaa di smping poning2 ni.. nak ucapkan sebesar2 TAHNIAH kepada semua pelajar STPM yang telah mengambil result pada hari khamis 25 feb lalu... ada yg menangis kegembiraan.. ada juga yg bersedih kerana keputusan tidak seperti yg dijangka.. walau apapun keputusan yg kamu terima.. pelajar2 sekalian... kamu masih berpeluang untuk menyemak semula atau mengulang sekiranya tidak berpuas hati.. kamu juga boleh mengulang sebagai calon persendirian.. terpulang yg mana satu kamu rasa selesa...
Hakikatnya itulah saban tahun situasi yg mencemaskan bagi kami guru2... kami marah.. kami bising.. membebel kerana tidak mahu antara anda yg menangis sewaktu tiba masa mengambil result... walau apa pun.. TAHNIAH sekali lg utk semua.. kepada yg kurang bernasib baik.. anda masih berpeluang membaiki keputusan anda ok.. so.. dont cry2... dunia belum kiamat....
Ok.. sampai berjumpa lagi...

Friday, February 19, 2010

Ubahsuai dah nak siap...

belakang dapur lebih kurang 2 kaki ditinggalkan, so muat la nak kuar masuk in case de sabun jatuh ker..


tingkap tandas kt bilik tepi dapur dah dicantikkan..


tiles and konkrit dapur yg lum siap sepenuhnya..


dapur diambil dari tepi.. takler luar mana.. tapi bolehlah.. lapang skit berbanding dapur asal...




Thursday, January 28, 2010

Gambo kenangan sek ren


Gambar kenangan masa di SK Tembila Besut Terengganu semasa belajar di sekolah rendah..
rindunya nak kembali ke sek rendah.. main dgn kawan2... belajar dgn cikgu Nik and cikgu MatNoor (dalam gambar).. mana la dah pegi sume kawan2 saya ini? Rindu kt cikgu2 ni.. diaorg sume guru yg best....
klau anda terror, cuba teka yg mana satu saya?? eheheh....

Wednesday, January 20, 2010

Ubahsuai rumah di Desa Bestari..


pintu dapur asal.. diubah jadi ruang antara dapur baru ke tpt mkn..


dapur lama diubah jadi ruang makan


ada lebihan tanah kt belakang, tmbah 10 kaki utk dapur baru..


proses2 ubahsuaian sedang dilakukan..


Salam... ini gambar2 rumah yg dalam proses ubahsuaian.. boleh tahan jugak kos ubahsuai ni.. terkejut seluruh urat saraf..ehehe..tapi ada yg lagi dahsyat.. smpai dah jadi lain dari rumah asal dh.. cantik la.. cuma kos nya taktau la cecah berapa puluh ribu.. ntah2 sama dgn kos beli rumah tu..ehehe. tapi kami cuma mampu buat macam ni je.. :):)






Tuesday, January 19, 2010

Terima kasih

Tenkiu Farhan, Fazreen and yg tidak bernama... memang terasa kehilangan apabila ia mati kerana kita menyayangi binatang peliharaan kita seperti keluarga sendiri..
Mungkin boleh mengambil/membeli kucing yg lain.. tapi asben kata, tak payah lah dulu... masa jaga Mickey dulu.. sudah puas mengajar dia buang air, makan, minum dan tidur di tempat yang disediakan... nak bela kucing baru.. makan masa pula kata asben.. saya dan anak2 diam jerlah... lagipun masih teringat2 pd Mickey lagi...
Tiap2 hari ada je perkara yg ingin my husband ceritakan pasal Mickey.. dia kata ingat tak macam mana Mickey setia menanti tiap kali kami balik kerja. Nampak je kereta masuk parking.. Mickey terus meluru datang.. menggesel2 kan badan pd kaki kakak dan berebut2 dengan Haziq untuk masuk ke dalam rumah.. ini kerana kami memang tak benarkan dia berada di dalam rumah sewaktu seharian kami takde.. takut dia berak or kencing dalam rumah... so kelaparan la Mickey menanti kami balik..
Bila berehat2 kt ruang tamu.. laju je Mickey baring dan tidur di atas riba tiap kali kita memanggil namanya... lepas tu tergolek kt atas kerusi sambil menggoyang2kan ekornya yg panjang... selalu kena marah dgn kakak katanya Mickey ni pemalas betul.. asyik nak baring je....
Bila mengenangkan keletah Mickey yg manja, yg faham apabila namanya dipanggil dan bagaimana keadaan dia sewaktu jatuh sakit... saya memang amat sedih...kakak pun sedih.. Haziq pun sama dan ayah mereka juga.....
Oklah.. nanti saya sambung lagi...

Sunday, January 17, 2010

Mickey telah pergi

Salam...
Semalam doc dari Klinik Mesra telah memaklumkan Mickey kesayangan kami telah pergi buat selama2nya lebih kurang 4.15 ptg.... sebak rasa dihati.. kasihannya Mickey.. mereka tak mampu menyelamatkannya kerana banyak organ dalamannya yang telah rosak...
Saya akan sambung nanti cerita ini.. bagaimanapun, kehilangan Mickey amat besar buat kami....:(

Friday, January 15, 2010

2010


Salam...

Januari 2010 disambut dgn pelbagai perkara yg banyak jg menyesakkan hati dan perasaan... tapi saya harus menempuh hari-hari yg berlalu ini dgn penuh semangat...

2 minggu lepas. kucing kesayangan kami sekeluarga, Mickey telah keluar dari rumah dan tidak balik seminggu lamanya... sebelum itu dia seperti sakit kerana kerap kencing merata dan langsung tidak mahu makan... selepas ikhtiar mencari menemui jalan buntu, kami cuma mampu menunggu Mickey balik sendiri sekiranya umurnya masih panjang.. pagi Isnin yg lpas.. lebih kurang 5.30 am sewaktu saya sibuk di dapur membuat persediaan utk anak2 ke sekolah, Mickey balik dgn rasa tidak bersalah, merenung saya dgn matanya yg kuyu... dia terlalu lemah.. tubuhnya terlalu kurus.. 2 kali ganda berat badannya menurun berbanding dgn gambar yg ada saya attachkan sebelum ini....

Entah kenapa, sayu benar hati saya melihat keadaan Mickey... ... tiba2 dia bergerak utk makan.. tapi selepas agak lama termenung di tepi bekas makanannya, dia cuma duduk memerhati... mengalir air mata ini kerana kasihan dgn tubuhnya yg kurus kering serta kelihatan amat tidak bermaya... pernahkah anda berjumpa dgn seekor kucing di luar sana yg tidak bertuan, kelaparan dan kurus kering kerana tidak mendapat makanan secukupnya? Kemudian menggesel2 kaki anda meminta simpati? Seperti itulah Mickey selepas dia kembali dari hilangnya yg agak lama...

Malam tadi saya dan asben mengambil keputusan utk membawa Mickey ke klinik haiwan.. tidak boleh ditangguh lagi kerana ia melibatkan nyawa Mickey... kalau sesuatu berlaku kepadanya, bukan Adriana sahaja yg akan menangis tapi sudah tentu saya juga.. sayang kami pada Mickey sudah seperti keluarga sendiri...

Kami ke Klinik Mesra Bangi.. selepas dirawat oleh doc beliau mengesyorkan supaya Mickey dimasukkan ke wad... kena tahan 2-3 hari sebab badan dia dan terhidrat.. kurang makan dan kurang air.. puncanya belum pasti tapi mungkin dari makanannya... apa pun, yg penting saya amat lega kerana sekurang2nya Mickey terjaga....

So... sekrang tunggu je call dari Klinik tersebut.. semoga Mickey akan sembuh...