About Me

My photo
Saya seorang guru ICT di Putrajaya sejak tahun 2002.

Tuesday, January 19, 2010

Terima kasih

Tenkiu Farhan, Fazreen and yg tidak bernama... memang terasa kehilangan apabila ia mati kerana kita menyayangi binatang peliharaan kita seperti keluarga sendiri..
Mungkin boleh mengambil/membeli kucing yg lain.. tapi asben kata, tak payah lah dulu... masa jaga Mickey dulu.. sudah puas mengajar dia buang air, makan, minum dan tidur di tempat yang disediakan... nak bela kucing baru.. makan masa pula kata asben.. saya dan anak2 diam jerlah... lagipun masih teringat2 pd Mickey lagi...
Tiap2 hari ada je perkara yg ingin my husband ceritakan pasal Mickey.. dia kata ingat tak macam mana Mickey setia menanti tiap kali kami balik kerja. Nampak je kereta masuk parking.. Mickey terus meluru datang.. menggesel2 kan badan pd kaki kakak dan berebut2 dengan Haziq untuk masuk ke dalam rumah.. ini kerana kami memang tak benarkan dia berada di dalam rumah sewaktu seharian kami takde.. takut dia berak or kencing dalam rumah... so kelaparan la Mickey menanti kami balik..
Bila berehat2 kt ruang tamu.. laju je Mickey baring dan tidur di atas riba tiap kali kita memanggil namanya... lepas tu tergolek kt atas kerusi sambil menggoyang2kan ekornya yg panjang... selalu kena marah dgn kakak katanya Mickey ni pemalas betul.. asyik nak baring je....
Bila mengenangkan keletah Mickey yg manja, yg faham apabila namanya dipanggil dan bagaimana keadaan dia sewaktu jatuh sakit... saya memang amat sedih...kakak pun sedih.. Haziq pun sama dan ayah mereka juga.....
Oklah.. nanti saya sambung lagi...

No comments: