About Me

My photo
Saya seorang guru ICT di Putrajaya sejak tahun 2002.

Tuesday, December 30, 2008

Anak lambat membaca?

Salam...

Saya sepatutnya ke sekolah dalam setengah jam lagi untuk sorting pelajar form 4 2009 setelah result PMR 2008 keluar hari ini... namun saya ingin berkongsi cerita lagi di sini semoga tekanan dan kerisauan yg ada di hati ini boleh berkurang...

Pagi tadi saya menghantar anak2 saya kakak Adriana 6 thn, dan adik Haziq 4 thn (2009) ke Tadika Cendekiawan tempat diaorg belajar sebelum ini untuk minggu Orientasi 2009. Sepanjang perjalanan saya melihat si kakak agak takut dan gugup sedangkan sebelum ini everyday ke sekolah, mungkin sebab dah lama bercuti.

Saya tahu dari pemerhatian, Adriana seorang yg agak penakut dan pemalu. Dia kurang keyakinan diri walaupun sentiasa naik ke pentas membuat persembahan bersama kawan2 tadika. Setiap kali orang yg kurang dikenali menyoal sesuatu, dia seperti takut dan tidak yakin untuk menjawab...

Saya juga risau kerana Adriana belum mampu membaca dengan lancar... anak kepada abang saya 4 thn sudah mahir. Ada juga anak kawan2 yg mempunyai anak berumur lebih kurang Adriana, 5 atau 6 thn juga telah mampu membaca.. apa yg saya khuatirkan di zaman yg serba moden ini, banyak cabaran yg perlu anak saya lalui, lambat membaca dengan lancar mungkin menjadi faktor dia akan ketinggalan dalam pembelajaran...

Sebagai seorang ibu, saya amat risaukan kecemerlangan anak2 saya... saya dah banyak kali cuba membantunya membaca di rumah, pelbagai jenis buku telah saya belikan supaya dia dapat belajar, tapi ia belum cukup membantu... Adriana agak tertekan apabila saya memaksanya belajar membaca.. apabila 2-3 kali saya mendesak, dia akan menangis dan merajuk, langsung tidak mahu belajar lagi...

Adakah saya terlalu mendesak? Adakah saya terlalu risaukan perkara yg sebenarnya mudah? Saya risau dia akan ketinggalan berbanding rakan sebayanya.. saya risau dia akan terus pemalu dan penakut sampai dia dewasa... apa yg perlu saya lakukan?

Apabila bertanya rakan2 dan meminta pendapat diaorg.. ada kawan2 yg ok menyatakan jangan terlalu dipaksa anak2, dia akan tahu membaca dgn sendiri nanti.. lambat atau cepat saja, setiap kanak2 katanya mempunyai kebolehan yg berlainan, anak saya mgkin berkebolehan ke arah lain tapi dari segi kemahiran membaca dia lambat skit... ada juga kawan yg menasihati saya supaya perlahan2 menegur dan mengajar anak2... kadang2 apabila mereka memasuki alam persekolahan (tahun 1) mereka akan mula menunjukkan minat yg mendalam...

Saya berharap dan berdoa semoga ingatan dan kata2 kawan2 saya itu ada benarnya... sebagai seorang ibu kita tentunya mahu yg terbaik untuk anak2 kita... saya berharap di kelas tadika 6 thn ini Adriana akan terus maju dan dapat membaca sebelum dia memasuki alam persekolahan sebenar.. saya akan cuba sedaya upaya untuk membantunya...

kakak, mak sayang kakak dan adik... :)

Friday, December 26, 2008

selembar kisah

Salam...

Hari ini walaupun ramai warga kerja yg bercuti sempena sambutan hari krismas, tapi kami guru2 dan staf sokongan smk putrajaya presint 8(1) dengan bangga mengikuti kursus perkembangan staff yg pertama untuk sesi 2009 yg diadakan di nilai spring, nilai.

Objektif kami pada hari ini ialah untuk menambah ilmu tentang pembinaan kajian tindakan yg perlu dibuat kalau boleh oleh semua warga kerja. Supaya kita boleh menilai kelemahan dan mencari jalan penyelesaian dgn kaedah yg sesuai.

Saya seronok mendengar ceramah drp Dr. Maimunah yg mewakili Cik Zalina yg tiba2 jatuh sakit. Apa yg ingin saya ceritakan di sini bukan berkenaan dgn maksud kajian tindakan sebab yg itu kita bleh dapat dari sumber yg sah, tapi kisah menarik yg diceritakan oleh Dr secara spontan semasa mengisi slot yg hampir tamat.

Kisahnya berkenaan dgn pegawai lelaki yg mmpunyai affair dgn peg perempuan especially apabila mengikuti kursus2 bersama, tidaklah spesifik kpd individu tertentu, tetapi kisah begini telah selalu kita baca di dada2 akhbar mahu pun majalah juga kisah yg benar2 terjadi di sekeliling kita... menurut Dr bukan berkahwin lagi yg dikesalkan krn lelaki memang dibenarkan berkahwin lebih dari satu, tetapi perbuatan curang terhadap isteri, isteri pula curang terhadap suami, sanggup menceraikan isteri yg tidak bekerja semata2 kerana mabuk cinta baru dan yg perempuan pula meminta cerai drp suami kerana org ke tiga...

Saya mendengar dgn hati yg penuh kesal... klu isteri yg tidak bekerja sanggup ditinggalkan, bagaimana pula dgn anak2 yg selama ini bergantung sepenuhnya kepada ayah mereka? tidak terfikir kah nanti bagaimana susahnya bekas isteri akan menanggung mkn minum anak2 dan persekolahan mereka? tidak terbayangkah apa yg akan terjadi kpd anak2 yg mungkin mengalami kemurungan dan tekanan kesan drp penceraian mereka? sedih mengenangkan ini semua krn isteri dan anak2 yg menjadi mangsa kerakusan nafsu seorng yg bernama suami.

Panjang pula cerita saya hari ini.. cuma ingin berkongsi secebis kisah semoga ia menjadi iktibar kpd diri kita sendiri...

Baiklah.. jumpa lagi di lain lembaran.

Saturday, December 20, 2008

Cuti semakin berakhir

Salam...


Tup..tup..pejam celik, pejam celik tak sampai 3 minggu sekolah akan dibuka semula...
Selamat tinggal cuti...
Ada topik yg menarik untuk dikongsi bersama.. tapi hold dulu lah.. ada keja nak dibuat, maklumlah, sekarang surirumah sepenuh masa...ehehehe

Thursday, December 18, 2008

Lagi Gambar2 di CH


Amat dan Haziq..



Syafiq and Abe...







Gambar2 di kilang tea Boh, CH.

Gambar2 di CH


Ini anak Aishah, Amin didukung oleh Syafiq anak buah saya.


Haziq and Adriana dgn Ayahsu diaorg, Amat.



Haziq yg bergaya...ehehe..




Amat, Adriana, Abe and Syafiq berlatar belakang kan ladang teh.

Cuti di Cameron Highland

Jumaat lepas, Aishah and her husband Yad mengajak saya satu famili bercuti ke cameron hghland... sebenarnya saya dah kerap benar ke sana, boleh dikatakan every year (mcm xde tempat lain nak pegi ek? ehehe).... tapi anak2 buah yg ada kt umah ni belum penah sampai ke sana...

Oleh sebab dah janji dgn Abe, nak bagi dia something sempena result 5A yg dia dpt dlm UPSR aritu, saya kira hadiah la utk dia bwk dia bercuti ke CH. Kami btolak jumaat petang and Aishah satu famili menunggu kami kt sana.. kitaorg dok kt rumah persekutuan, banglo Teratai namanya. Muat ler kitaorg semua sebab banglo tu beso...

To Aishah, Yad and Amin yg cute, thanx a lot kerana blanja rumah penginapan... len kali ajaklah kitaorg lagi... atau akak yg patut ajak korang kan.. bleh, bisa diatur.

PELAJAR2 UPPER6 AND FORM 5S4, SELAMAT MENINGGALKAN ALAM PERSEKOLAHAN

Salam....

Saya agak sibuk di cuti sekolah ini, jadi suri rumah sepenuh masa... ada pula adik2 and 2 orang anak saudara... bertambah lah lagi kesibukan.. kena masak hari2...ehehe...biasanya masak ikut mood, ada mood nak masak, masak, xde mood, mkn la biskut cecah kopi... ehehe....sedap.

Ah lupa pulak... sebenarnya nak ucap selamat meninggalkan sekolah kepada semua pelajar2 upper 6 and form 5 2008 especially my ict's students di kelas 5S4..... selamat menjalani percutian yg panjang... mungkin aktiviti korang... kerja part time, dok umah tido, pegi bercuti, balik kg jaga nenek dgn atuk... or whatever...

Salam percutian...

Tuesday, December 9, 2008

Salam AidilAdha 8 Dis

Salam...

Selamat hari raya aidiladha kpd semua kawan2 and pembaca blog sekalian... apa yg korang korbankan thn ni? Saya berkg di Banting selangor rumah famili asben.. di dalam keadaan hujan tak berhenti mencurah2 sehingga terjadi banjir di depan rumah macam sungai...

Air hampir masuk ke dalam rumah.. korban lembu dibuat hampir tghri sebab hujan x berhenti...

Si haziq, mandi siap berenang kt dalam air banjir tu... sewaktu balik kg saya kt besut hari tu pun air hujan banyak jugk kt depan rumah.. haziq dah berenang dah... masa tu asben nk marah2 jgk... tapi semalam takde pulak dia heran... dah tak kuasa nk marah kot... haziq bukannya dengar.. dia kata nak main air.. main je walau kena marah...

Walau apa pun, Alhamdulillah..segalanya berjalan lancar.

Sekali lagi salam aidiladha untuk semua.........

Gambar2 Jamuan Akhir Thn upper6


muka2 orang kuat jamuan akhir tahun upper 6 di rumah saya... hafiz dgn leesyafiqah.. berpeluh2 si hafiz membakar ayam... lee pula.. muka dan mcm nk mkn org..ehehe.. jgn marah.... penat tu..


sapa ek yg perasan lawa ni ye? ehehehehe... macam2 gaya ada...


tukang amik gambo yg pakai baju merah kt tengah2 tu (control ayu nmpak?) pelajar2 lelaki di sebelah munzir, farhan n yong.. mkn kenyang2 dik non...)







Sunday, December 7, 2008

Jamuan Akhir Tahun Tg 6 Atas 5 Nov

Salam...

Pelajar2 upper 6 ada buat jamuan akhir thn pd ptg 5 nov lalu..... wahhhh... seronok bdk2 ni... termasuk la cikgu dia..... ehehehe.... dapat makan free...

Walaupun saya cuma AJK penyediaan tempat saja.. tapi ok lah.... banyak gak keje nyer... ramai jgk yg xde.. auzan, maryam, faderiaina, syazwan dan fizzuwani.... x lengkap rasanya bila 20 org pelajar tidak semua yg hadir....

Cikgu2 yg hadir cuma kak suzi, kak ct sara and kak salleha.... tima kasih sebab kalian sudi meluangkan masa ke majlis anak2 didik kita.. x dtg kan kecik ati lak budak2 ni ye tak? Walau pun ramai cikgu yg tak hadir, tapi cenderahati yg disediakan tetap akan diberi.. tunggu 22 disember lah.. baru jumpa balik...

Oklah... nanti saya letak kan gambar2 form 6 masa masak barbeque kt tepi umah saya... c u..