About Me

My photo
Saya seorang guru ICT di Putrajaya sejak tahun 2002.

Monday, December 5, 2011

Dugaan itu adalah cabaran

As'salam..

Lama tidak menulis di blog ini... kadang2 singgah untuk membacanya.. terlupa untuk mengemaskini kerana masa seolah2 cemburu.. tidak membenarkan saya menulis entry ke sini...

Apakah perkembangan terkini? Saya agak banyak maslaah... masalah yg sukar untuk dikongsi bersama... kerana kadang2 bukan semua org faham masalah yg kita hadapi.. kadang2 ia tidak menjadi masalah pun kpd org lain.. hmmm... sukarnya kehidupan apabila masalah tidak pernah surut.. seksanya jiwa raga apabila kita rasa kita tidak cukup kuat menghadapinya... kesakitan kian datang apabila kita terlalu melayan perasaan.. kadang2 tersentuh hati.. kenapa aku yang menghadapi? Sedangkan Allah SWT telah menyatakan tiap2 masalah itu ada jalan keluarnya.. mohon saja pda Allah.. bersabar dengan dugaanNya kerana Allah itu cuma mahu menduga kekuatan iman hambaNya.. saya harus kuat.. saya harus tabah.. demi keluarga.. saya harus menguatkan keyakinan diri bahawa Allah Maha Adil.. Allah akan membantu hambaNya yang teraniaya... keyakinan pada Allah membantu kita menjadi manusia yang redha dengan ketentuanNya..

Ya Allah.. sesungguhnya setiap sesuatu itu adalah hikmah yg tersembunyi.. beri aku kekuatan Ya Allah supaya tidak nanti aku mempersoalkan ketentuanMu.. beri aku ketabahan Ya Allah supaya aku yakin tiap2 satu masalah itu ada jalan keluarnya yang terbaik.. Ya Allah beri aku keyakinan bahawa Engkau Maha Adil... balasanMu akan sedia cuma sama ada di dunia atau di akhirat.. Ya Allah.. berikan aku kesihatan yang baik supaya aku dapat terus beribadat kepadaMu memohon semoga aku ditunjukkan jalan yang lurus... kuatkan imanku Ya Allah supaya aku terus dapat sujud pada Mu memohon jalan2 yang baik... Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui atas segala sesuatu.... Amin...

Saturday, October 29, 2011

Apa yang perlu kita lakukan?

Seorang teman bercerita, dia menghadapi masalah keluarga yang agak kronik kerana pasangannya sangat gemar bermain dan bersuka-suka dengan orang lain di luar... dek kerana tabiatnya yg seolah2 ketagih memerlukan belaian orang lain itu.. pasangan teman saya ini selalu marah2 dengan segala tingkah laku sahabat saya itu... semuanya jadi tak kena.. semuanya salah.. pada pandangan saya, satu saja masalah nya.. kerana dia telah mendapat keseronokan dari luar.. jadi apa pun yg berlaku di rumah menjadi masalah baginya.. jadi panas... jadi semua tak seronok.. tak best lagi.. anak2 merengek nak bermain bermanja.. dia akan marah.. pasangannya menegur tingkalakunya yg tak kena pun dia marah... padahal masalah itu berpunca dair diri sendiri.. dia seronok dgn aktiviti luarnya.. itu agak saya lah...

Teman saya kata, mereka telah berjumpa dengan pakar perubatan Islam... hasilnya ada yg menghantar sihir kepada mereka supaya rumahtangga mereka berantakan.. porak peranda dan bercerai berai... kasihan kepada mereka... sahabat saya rela berkorban.. sanggup berbuat apa sahaja utk menyelamatkan rumahtangga mereka walaupun sepanjang perkahwinan mereka, itulah yang berlaku.. sentiasa dikhianati dan dianiaya oleh pasangan yg sepatutnya menjadi pelindung di waktu susah dan senang... saya sangat2 kasihankan sahabat sy itu.. tapi apa yg mampu sya buat? Harapan saya semoga pasangannya ingin berubat sehingga sembuh sekiranya mereka benar2 disihirkan sehingga menyebabkan sahabat sya dibenci oleh pasangannya.. menyampah dan meluat bila tengok.. serba tak kena.. semua jadi salah.. makin lama makin benci.. apa lagi yg mampu dilakukan oleh beliau? PErgi berubat dan dalam masa yg sama meohon kepada Allah supaya memberikan jalan keluar yg terbaik untuk masalah ini.. saya doakan yg terbaik utnuk mereka..

Sesungghnya Allah MAha Berkuasa atas segala sesuatu... dia yg akan menunjukkan kita jalan sebenarnya... insyaAllah.. banyaklah berdoa smeoga dipermudahkan jalan.. ditunjukkan kebenaran... Ya Allah... bantulah sahabat sya itu...



Tiada lagi keinginan

Salam...

Sejak akhir2 ini saya tak terasa ingin menulis ke blog.. mungkin terlalu sibuk atau saya memang malas nak bukak Internet...

Banyak masalah yang membelenggu diri..

Thursday, September 22, 2011

Berikanlah kekuatan...

Melayari kehidupan dengan menerima tekanan dari pelbagai sudut menyebabkan saya hampir2 menjadi orang lain.. Allah itu Maha Berkuasa... setiap kali kita memohon semoga diberikan jalan, ditunjukkan kebenaran... luas terbentang di depan mata realiti yg sebenarnya... setiap kali itu juga hati menjadi remuk redam... hancur bagai dihentam batu... kemudian apabila masa beredar, ia kembali pulih.. kita boleh hidup dan menerima seadanya ketentuan Tuhan itu..... kemudian, ia kembali lagi... menoreh kembali luka yang pernah tergores.. mengalirkan airmata dan sendu kita sebagai manusia biasa... selepas itu kita kembali boleh menerimanya.. hiduplah kita di dalam sebuah kenyataan yang akan sntiasa mengguris hati dan perasaan... itulah namanya kehidupan... redha dengan perjalanan itu kerana Allah tidak menjadikan kita hidup sentiasa berbahagia....

Sejak makan ubat utk RA ni, sy dh tak ambil lg ubat tahan sakit...tapi kesannya kepada hafiy..hopefully dia tak kembung perut, cuma beraknya sentiasa cair....

oklah.. nak buat soalan final... esok ada jamuan raya kt sekolah.. tak sabar nk makn nasi dagang mak syirah...nyum..nyumm..:):)







Saturday, September 17, 2011

Rheumatoid arthritis (RA)

" RA is a tough disease and it takes a tough person to live with it.."...

Sekuat mana pun hati saya menerima perkhabaran ini.. tapi airmata tetap juga mengalir apabila saya melayari internet dan membaca statement di atas... hati terasa sebak dan tembok kukuh yg saya bina di dalam diri retak jua...

" RA is a chronic, long-term disease that occurs because the body's immune system doesn't work the way it should. ..."

Itulah rupanya penyakit yg saya hidapi setelah berbulan2 mengalami sakit sendi... Alhamdulillah kerana akhirnya saya tahu apa yg berlaku.. walaupun bukan perkhabaran gembira yg diberikan doktor pakar dari Hospital Putrajaya.. tapi sekurang2nya skrg saya tidak lagi berteka teki...

Hanya kekuatan dalam diri yg saya perlukan untuk menghadapi semua ini... sejak hari itu.. saya banyak melayari internet untuk memahami sendiri apakah penyakit RA ini...

" Rheumatoid arthritis (RA) is a long-term disease that leads to inflammation of the joints and surrounding tissues. It can also affect other organs.. "

Kalau boleh saya tidak mahu menangis.. saya mahu kuatkan semangat dan redha dengan ketentuan Tuhan.. tentulah ada hikmah tersendiri di sebalik ini semua.... cuma apabila melihat anak2.. hati terasa sebak terutama melihat se kecik Hafiy yg amat memerlukan belaian dari ibunya.. bukan saya tidak boleh menjaga Hafiy.. tapi saya memerlukan kekuatan dan tenaga untuk mengangkat dan mendukungnya.. sedangkan setiap hari Hafiy semakin berat dan tenaga tangan ini tidak cukup kuat...

".. When the immune system attacks the body like it does in RA, it leads to the symptoms that people with RA experience — from joint pain and stiffness to fatigue. Over time, the joints can become permanently damaged. Without proper treatment, this kind of damage can lead to disability. New, targeted therapies in RA provide hope for people with this condition... "

Doakan saya mampu dan tabah menghadapi semua ini... insyaAllah dengan bantuan ubatan dan terapi dari doktor.. saya berharap ia akan semakin berkurang walaupun tidak sembuh.. insyaAllah...



Sunday, September 11, 2011

Kembali bertugas

As salam.. sekejapnya masa berlalu.. sejak hari khamis lepas saya dah selamat kembali bertugas di sek.... dalam fikiran, cepatnya 3 bulan? belum puas rasanya duduk melepak kt rumah sambil menonton tv dan menjadi suri rumah sepenuh masa.. kalau lah diberi peluang dan berkemampuan, ingin rasanya saya menjadi suri rumah je...ehehe..

Kembali bekerja bermakna kembali menerima tekanan dari pelbagai sudut.. pelajar yg akan menghadapi exam, kerja yg bertimbun dan silibus yg perlu dihabiskan.. apa2 pun, itulah hakikat sebuah tugas.. mahu tak mahu, hati harus menerima dgn ikhlas kerana ini yg saya mahukan... keikhlasan sahaja yg mampu membuat kita bertahan walau sehebat mana dugaan melanda...

Ok.. habis tentang kerja..SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN untuk semua kenalan di alam maya ini.. takut terlupa sampai habis syawal....

Minggu depan saya akan mendapat keputusan ujian darah tentang penyakit yg saya hidapi skrg.. semoga bukan seperti yg saya fikirkan..insyaAllah.. walau apa pun keputusan yg diberikan doktor nnati.. saya berharap saya akan menjadi insan yg paling kuat dan tabah menerimanya.. kalau saya tidak kuat.. apatah lagi orang yg hendak memberi sokongan... doakan semoga saya tabah mengharungi segala dugaan yg Maha Esa...


Tuesday, August 23, 2011

Raya tidak lagi meriah...

As salam...


Semasa menaip entry ni, saya sedang menonton iklan raya... dulu waktu kecil2 dan remaja, menonton iklan raya pun sudah menaikkan semangat berkobar2 utk menyambut raya.. sekarang sejak berkahwin dan berkeluarga, mempunyai anak2 yg semakin membesar dan kehilangan ahli keluarga yg terapat menjadikan sambutan raya tidak lagi meriah...


Sudah berpuluh tahun sambut raya, tentulah lama2 bosan, kata kawan saya sengaja berlawak... saya cuma ketawa saja mendengarnya hujah2nya pasal smbutan raya yg dirasakan tidak lagi meriah ini.. bagi kawan saya, dia masih merasa kemeriahannya kerana katanya inilah waktu untuk semua ahli keluarga berkumpul dan bertemu setelah penat bekerja setiap tahun....


Bagi saya pula.. memang meriah rumah emak di kg tiap kali tibanya raya kerana semua adik beradik seramai 13 org akan berkumpul bersama ahli keluarga masing2... cuma apabila berkumpul begini, akan terasa ada seseorang yg tiada.. iaitu arwah AYAH dan arwah LUQMAN (anak kakak ke 2).... waktu inilah kami akan duduk bersama2.. menceritakan saat manis dan indah sewaktu ke dua arwah masih ada.. kalau menyambut raya apa yg mereka sukai...


Biasanya emak yg paling ba nyak bercerita kerana beliau paling rapat dgn arwah ayah.. setiap ingatan yg emak melontarkan menggambarkan betapa beliau menyayangi arwah selamanya...


Tahun ini saya akan beraya di kampung suami dulu sebelum balik ke rumah emak.. walaupun saya tidak ada di pagi raya, tapi saya tahu masih ramai lagi yg akan memenuhi ruang tamu rumah emak.... insyaAllah kami akan berjumpa di hari raya ke 2 atau k 3... :):)


Thursday, August 11, 2011

Hafiy pula sakit...

Saya tidak sempat memasukkan entry ni seawal kisahnya kerana letih dan tertekan dengan tak cukup tidur dan sakit kepala.... minggu lepas, 2-3 hari sebelum sabtu 6 ogos.. hafiy sekecik yang baru berusia 55 hari tu menangis meraung setiap kali hendak membuang air besar.. hampir 3 malam berturut2 saya tidak dapat tidur kerana hafiy menangis.. saya dan suami mati2 ingatkan dia kembung perut... berapa banyak kami letak minyak yuyi cap limau... bila dah kepenatan barulah si kecik tu tidur....


Malam ke 4.. barulah saya perasan muncul satu ketulan di buntut si hafiy yg rupa2nya menjadi penyebab kenapa hafiy sakit apabila nak buang air... benjolan tu hampir menyerupai bisul.. saya bawak 2-3 kali ke klinik Lita Alis presint 9, kemudian doktor terus rujuk ke kecemasan hosp putrajaya kerana kata doktor bahaya sebab yang mendapatnya ialah baby yg belum pun cukup 2 bulan...


Di kecemasan doktor kt sana tak terus buat operation.. masuk wad dulu satu malam yg menambahkan lg bilangan malam saya tidak boleh tidur.. si hafiy meraung2 sampai ke pagi mungkin terlalu sakit.... Hanya Tuhan yang tahu betapa letih dan penatnya badan ini....


Hari Sabtu tengahari.. 4 orang doktor muda datang untuk buat minor operation membuang bisul tersebut.. nurse injek ubat tidur kt Hafiy.. lepas Hafiy lena.. saya dihalau keluar dari blik tersebut, doktor kata kalu saya tunggu pun saya tak sanggup tengok, nanti saya yg menangis.. so saya keluar dan menunggu di bilik TV... dalam setengah jam kemudian baru siap selepas penat saya mendengar raungan si Hafiy... Alhamdulillah.. pepe pun, yg penting bengkak nya sudah tiada lagi.. nanah dan darah doktor dah keluarkan jadi Hafiy tidak sakit lgi tiap kali mahu membuang air...


Terima kasih untuk semua doktor2 di wad kecemasan dan wad 2C yg merawat Hafiy pada hari tersebut... kalau tidak dibedah, sampai bila pun saya taktau bila bengkak bisul tu akan surut sendiri....


Hari ini Hafiy dah ok cuma saya kena ke klnik kesihatan everyday untuk cuci luka tersebut... 12 Ogos ke hosp pjaya pula untuk doktor check... hari ni kami ada appointment kt klinik utk monthly checkup Hafiy.. so, seminggu ni penuh aktiviti ke klinik yg menambahkan hari2 penat saya.... Tapi Alhamdulillah.. segalanya selamat...


Tuesday, August 2, 2011

Selamat Menyambut Ramadhan!

As'salam.... salam Ramadhan.. selamat berpuasa kepada semua umat Islam... Alhamdulillah sekali lagi kita diberi kekuatan dariNya untuk menyambung lagi ibadah puasa pada tahun ini...


Semalam berbukak puasa dgn ayam golek dgn kuih bom je... asben pegi ke pasar ramadhan Putrajaya..katanya tak banyak gerai mcm thn 2 lepas.... itu je lauk yg sempat dibeli...emm..


Akhirnya juga Klinik Pakar Putrajaya menghubungi saya untuk temujanji bgi mengesan penyakit sendi yg saya hidap ni.. 24 Ogos temujanji utk ambik darah dan 14 September berjumpa dgn doktor.. walaupun lmbat sekurang2nya rasa ada harapan.. tidak lagi saya berharap dan menunggu sesuatu yg tak pasti.. apa saja keputusan hasil ujian darah itu nanti akan saya terima dgn redha.. yg penting saya boleh mendapat ubat mengurangkan kesakitan yg saya hadapi skrg...

Saturday, July 30, 2011

Belum sempat ke klinik..

Saya perlu ke klinik untuk mengambil ubat yg sesuai.. ingat hari ni mungkin sempat pergi.. tapi tak sempat lagi... rasanya dah beberapa kali asben berjanji nak bawk ke klinik... tapi mcm biasa.. janji cuma tinggal janji.. taktau la sampai bila lagi saya mampu menunggu orang bawakkan... nampak gayanya saya perlu pergi sendiri... cuma bagaimana cara itu yg perlu saya fikirkan...

Hari ini saya mkaan ubat tahan sakit agak lewat.. so, kesannya lambat skit hilang.. sepanjang hari saya bleh pelan2 lakukan kerja2 rumah yg tertunggak... contohnya.. masak kek... hehehe... 2 biji kek gula hangus dh saya siapkan.. 1 jadi, 1 lg kurang jadi terlebih tepung la pulak.. tapi still sedap jgk lah... kemudian sempat pula saya masak kek marbles.. tapi tak jadi.. bantat.. rasanya sebab resepinya saya tak ikut betul2....

Nak upload gambar kek gula hangus yg sodap dan cantik dia punya sarang semut tu tak leh pulak.. kamera rosak... nantilah saya buat lg.. and saya letak gambar kt sini.. fuhhhh... bangga bila buat kek sesedap yg dibuat org pro.. ehehe... cuma sedihnya anak2 tak suka sgt kek ini... saya dgn adik jer lah yg makan....

Oklah... nanti saya sambung lagi.. jari2 saya ni tak bleh lama2 menaip.. kebas dan ngilu makin terasa...


Friday, July 29, 2011

Penyakit apakah ini?

Hafiy Nur Haiqal
As'salam..

Lamanya tak menulis ke blog ini.. sejak pandai berfacebook.. dah malas pulak nak bukak blog.. tapi sebenarnya menggunakan blog ini lagi puas hati sebab bleh taip banyak2 cerita yg ingin dikongsi...

Saya baru lepas melahirkan anak ke 3 50 hari yg lalu... baby baru saya bernama Hafiy Nur Haiqal... saya ikutkan saja apa nama yg dimahukan oleh bapanya... sepanjang mengandungkan baby ke 3 ini alahan saya amat teruk.. tempoh 9 bulan itu cukup menyeksakan.. tidak lalu makan.. muntah yg tak berenti.. sakit2 sendi kaki dan tangan dan batuk yg berterusan....

Sehinggalah saya bersalin pd 11 Jun lepas (awal 3 minggu dari tarikh jangkaan kerana masalah tekanan darah tinggi).. batuk semakin teruk sehingga minggu ke 3 kelahiran anak saya.. seluruh badan sakit2... lepas tu, ia berhenti dgn sendiri dan berhenti terus pulak tuh... mungkin berkat pelbagai jenis ubat yg saya telan ikut org kasi.. :)..

Emmm.. ingatkan derita sakit seluruh badan ini berhenti setakat itu apabila batuk dh tiada.. namun rupanya dugaan Tuhan itu Maha Hebat... mungkin saya kuat tidak seperti yg saya fikirkan.. sakit sendi saya berulang.. kalau sebelum ini sewaktu mengandung sakit sendi jari tangan sahaja yg paling teruk hinggakan memegang marker pen pun sy tak mampu.. rupa2nya.. kali ini penyakit ini menjangkiti seluruh sendi... tangan, kaki, lutut (yg paling kronik kesakitannya), siku dan bahu...

Ya Tuhan..kali ini kesakitannya amat sangat.. ia akan menjangkiti setiap inci sendi2 saya.. kadang2 ia menyerang sendi kaki.. berjalan pun berdecot mcm org patah kaki... selepas itu ia berkurang dan serangan kesakitan yg melampau ini menyerang sendi bahu pula hinggakan hendak mengangkat baby pun tidak berdaya...

Ya Allah, penyakit apakah ini? Saya sudah ke beberapa klinik swasta mendapatkan ubat tahan sakit.. itu sahaja ubat yg mampu membuatkan saya bergerak skrg ini... semua doctor mensyaki penyakit arthritis atau SLE.. dah dpt reference letter dri klinik dan asben dah bawak ke klinik pakar putrajaya.. sudah seminggu saya masih menanti panggilan telefon dari sana kerana kata nurse di meja pendaftaran tu, temujanji hanya dibuat apabila mereka menelefon kepada pesakit... sampai bila saya bleh menunggu dgn kesakitan yg tidak berhenti? Mereka belum jg menelefon dan saya tidak tahu apakah status pesakit untuk mempercepatkan temujanji itu?

Baiklah saya akan sambung kemudian entry ini nnti.. sakit sendi tangan pula...





Thursday, March 17, 2011

happy birthday kakak ke 8

As salam..

Kakak sambut birthday ke 8 tahun pada 4 mac lepas... saya baru ada kesempatan untuk menulisnya di blog ini... happy birthday kakak.. semoga kakak menjadi orang yang berguna dunia dan akhirat ye...

Wednesday, March 2, 2011

pemergian seorang pakcik

Assalamualaikum...

Hari ahad lepas, saya mendapat khabar sedih lagi apabila dimaklumkan akan pemergian abang sulung kepada emak saya yg saya panggil arwah dgn panggilan 'ayah long' akibat penyakit jantung... sebenarnya beliau telah berada di ICU hospital KT selama beberapa hari.. menurut emak, keadaan arwah sudah tenat dan beliau koma masa di ICU tersebut..... saya tidak dapat balik menjenguk kerana masa yg suntuk serta tidak boleh memohon cuti lama.. walau apa pun, dari kejauhan ini saya tidak lupa mendoakan kesejahteraan arwah di alam sana.... saya kerap melawat arwah kalau balik ke kg emak di kg Lepan Kejor, Besut.... kadang2 kalau waktu itu musim buah2an seperti durian, arwah tidak pernah lokek menyimpannya utk kami sekiranya tahu kami akan singgah... semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.. Alfatihah...
Hari ini pula, pakcik kepada suami, meninggal dunia di Banting Selangor... emm.. ajal maut akan menjemput kita tidak mengira masa.. semoga Allah mencucuri rahmat juga utk arwah...Amin.

Friday, February 25, 2011

selamat datang 2011

Selamat datang 2011.. walaupn mungkin agak terlewat untuk diucapkan kerana skrg ini sudah masuk ke bulan ke 2 dan menghampiri mac.. namun tidak salah rasanya saya membuka juga lembaran 2011 supaya nmpak blog ini masih bernyawa...
Walaupun bulan feb baru saja menghampiri tirainya.. bermacam peristiwa telah berlaku.. kesibukan di sek menjadikan saya terlupa kepada byk perkara tentang diri sendiri... sepanjang bulan jan dan sekarang feb kerja melambak2 sehingga tidak terkejar kaki dan taangan.. kalu bleh tambah lagi tangan ni ok juga.. tapi jd alien la pulak...ehehe...
Yg paling menimbulkan kesan di awal thn ini ialah keputusan STPM yg baru diumumkan pd 21 feb lalu... cepat btul result stpm ni keluar.. kdg2 terfikir juga... jumlah calon makin berkurang ke? Bagaimana keputusan yg diperoleh? Alhamdulillah... peratus masih sama dgn thn lepas.. wpun bukan 100% tetapi kami guru-guru bersyukur kerana ada byk peningkatan...
Kepada pelajar yg kurang berjaya.. jgn putus asa.. anda masih berpeluang untuk membaiki keputusan tersebut dengan mengulang semula secara persendirian... peluang masih terbuka.. rebutlah peluang itu... jgn biarkan airmata anda menitis sia2.. perjalanan yg masih jauh ini biasalah ada byk onak dan duri.. setiap jalan yg kamu lalui tidak selalunya lebuhraya saja.. kadang2 kamu anda bertemu juga dgn denai beronak duri yg perlu ditebas dgn parang dan pisau.. kdg2 kamu akan berjumpa dgn lurah bergunung yg curam dan menakutkan.. mungkin kamu terpaksa berenang di lautan yg berombak ganas kerana itulah laluan perjalanan yg sukar yg terpaksa di tempuh.. yg penting pelajar2 ku sekalian.. kalian harus tabah... kuatkan semangat... sewaktu perjalanan yg sukar itu kamu mungkin terjatuh, tercedera.. patah kaki, luka di dahi, dikejar jerung yg ganas, digigit pacat dan lintah.. tapi kamu harus juga melalui itu smeua kerana itulah namanya perjalanan mengejar ilmu pengetahuan.. yg penting.. hati kamu mesti KUAT, TABAH, SEMANGAT JITU dsbnya sehingga destinasi yg kamu tujui akhirnya kamu temui.. tidak kisahlah terlambat sedikit drp orang lain kerana perjalanan kamu mungkin lebih sukar dari mereka... mereka mungkin mampu naik filght sahaja, terus smpai ke destinasi... tak kisahlah, janji destinasi impian kamu nampak di depan mata..
Emmm... melihat airmata yg tumpah.. sama ada kegembiraan atau kedukaan.. hati seorang guru ini berdetik dgn pelbagai perasaan.. sbg seorang guru.. tidak mungkin hati sy mampu menahan kesedihan melihat kekecewaan seseorang pelajar yang mungkin terkhilaf semasa menjawab peperiksaan.. tapi apa lagi yg mampu kami lakukan selain mengharapkan kalian semua sabar menerima segalanya dan bangkitlah jgn kecewa kerana peluang menebus kesilapan sentiasa ada...
Saya akan smbung lagi bicara seterusnya utk next entry.. kena siapkan soalan utk ujian mac pula..