About Me

My photo
Saya seorang guru ICT di Putrajaya sejak tahun 2002.

Friday, July 29, 2011

Penyakit apakah ini?

Hafiy Nur Haiqal
As'salam..

Lamanya tak menulis ke blog ini.. sejak pandai berfacebook.. dah malas pulak nak bukak blog.. tapi sebenarnya menggunakan blog ini lagi puas hati sebab bleh taip banyak2 cerita yg ingin dikongsi...

Saya baru lepas melahirkan anak ke 3 50 hari yg lalu... baby baru saya bernama Hafiy Nur Haiqal... saya ikutkan saja apa nama yg dimahukan oleh bapanya... sepanjang mengandungkan baby ke 3 ini alahan saya amat teruk.. tempoh 9 bulan itu cukup menyeksakan.. tidak lalu makan.. muntah yg tak berenti.. sakit2 sendi kaki dan tangan dan batuk yg berterusan....

Sehinggalah saya bersalin pd 11 Jun lepas (awal 3 minggu dari tarikh jangkaan kerana masalah tekanan darah tinggi).. batuk semakin teruk sehingga minggu ke 3 kelahiran anak saya.. seluruh badan sakit2... lepas tu, ia berhenti dgn sendiri dan berhenti terus pulak tuh... mungkin berkat pelbagai jenis ubat yg saya telan ikut org kasi.. :)..

Emmm.. ingatkan derita sakit seluruh badan ini berhenti setakat itu apabila batuk dh tiada.. namun rupanya dugaan Tuhan itu Maha Hebat... mungkin saya kuat tidak seperti yg saya fikirkan.. sakit sendi saya berulang.. kalau sebelum ini sewaktu mengandung sakit sendi jari tangan sahaja yg paling teruk hinggakan memegang marker pen pun sy tak mampu.. rupa2nya.. kali ini penyakit ini menjangkiti seluruh sendi... tangan, kaki, lutut (yg paling kronik kesakitannya), siku dan bahu...

Ya Tuhan..kali ini kesakitannya amat sangat.. ia akan menjangkiti setiap inci sendi2 saya.. kadang2 ia menyerang sendi kaki.. berjalan pun berdecot mcm org patah kaki... selepas itu ia berkurang dan serangan kesakitan yg melampau ini menyerang sendi bahu pula hinggakan hendak mengangkat baby pun tidak berdaya...

Ya Allah, penyakit apakah ini? Saya sudah ke beberapa klinik swasta mendapatkan ubat tahan sakit.. itu sahaja ubat yg mampu membuatkan saya bergerak skrg ini... semua doctor mensyaki penyakit arthritis atau SLE.. dah dpt reference letter dri klinik dan asben dah bawak ke klinik pakar putrajaya.. sudah seminggu saya masih menanti panggilan telefon dari sana kerana kata nurse di meja pendaftaran tu, temujanji hanya dibuat apabila mereka menelefon kepada pesakit... sampai bila saya bleh menunggu dgn kesakitan yg tidak berhenti? Mereka belum jg menelefon dan saya tidak tahu apakah status pesakit untuk mempercepatkan temujanji itu?

Baiklah saya akan sambung kemudian entry ini nnti.. sakit sendi tangan pula...





No comments: