About Me

My photo
Saya seorang guru ICT di Putrajaya sejak tahun 2002.

Monday, December 5, 2011

Dugaan itu adalah cabaran

As'salam..

Lama tidak menulis di blog ini... kadang2 singgah untuk membacanya.. terlupa untuk mengemaskini kerana masa seolah2 cemburu.. tidak membenarkan saya menulis entry ke sini...

Apakah perkembangan terkini? Saya agak banyak maslaah... masalah yg sukar untuk dikongsi bersama... kerana kadang2 bukan semua org faham masalah yg kita hadapi.. kadang2 ia tidak menjadi masalah pun kpd org lain.. hmmm... sukarnya kehidupan apabila masalah tidak pernah surut.. seksanya jiwa raga apabila kita rasa kita tidak cukup kuat menghadapinya... kesakitan kian datang apabila kita terlalu melayan perasaan.. kadang2 tersentuh hati.. kenapa aku yang menghadapi? Sedangkan Allah SWT telah menyatakan tiap2 masalah itu ada jalan keluarnya.. mohon saja pda Allah.. bersabar dengan dugaanNya kerana Allah itu cuma mahu menduga kekuatan iman hambaNya.. saya harus kuat.. saya harus tabah.. demi keluarga.. saya harus menguatkan keyakinan diri bahawa Allah Maha Adil.. Allah akan membantu hambaNya yang teraniaya... keyakinan pada Allah membantu kita menjadi manusia yang redha dengan ketentuanNya..

Ya Allah.. sesungguhnya setiap sesuatu itu adalah hikmah yg tersembunyi.. beri aku kekuatan Ya Allah supaya tidak nanti aku mempersoalkan ketentuanMu.. beri aku ketabahan Ya Allah supaya aku yakin tiap2 satu masalah itu ada jalan keluarnya yang terbaik.. Ya Allah beri aku keyakinan bahawa Engkau Maha Adil... balasanMu akan sedia cuma sama ada di dunia atau di akhirat.. Ya Allah.. berikan aku kesihatan yang baik supaya aku dapat terus beribadat kepadaMu memohon semoga aku ditunjukkan jalan yang lurus... kuatkan imanku Ya Allah supaya aku terus dapat sujud pada Mu memohon jalan2 yang baik... Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui atas segala sesuatu.... Amin...

Saturday, October 29, 2011

Apa yang perlu kita lakukan?

Seorang teman bercerita, dia menghadapi masalah keluarga yang agak kronik kerana pasangannya sangat gemar bermain dan bersuka-suka dengan orang lain di luar... dek kerana tabiatnya yg seolah2 ketagih memerlukan belaian orang lain itu.. pasangan teman saya ini selalu marah2 dengan segala tingkah laku sahabat saya itu... semuanya jadi tak kena.. semuanya salah.. pada pandangan saya, satu saja masalah nya.. kerana dia telah mendapat keseronokan dari luar.. jadi apa pun yg berlaku di rumah menjadi masalah baginya.. jadi panas... jadi semua tak seronok.. tak best lagi.. anak2 merengek nak bermain bermanja.. dia akan marah.. pasangannya menegur tingkalakunya yg tak kena pun dia marah... padahal masalah itu berpunca dair diri sendiri.. dia seronok dgn aktiviti luarnya.. itu agak saya lah...

Teman saya kata, mereka telah berjumpa dengan pakar perubatan Islam... hasilnya ada yg menghantar sihir kepada mereka supaya rumahtangga mereka berantakan.. porak peranda dan bercerai berai... kasihan kepada mereka... sahabat saya rela berkorban.. sanggup berbuat apa sahaja utk menyelamatkan rumahtangga mereka walaupun sepanjang perkahwinan mereka, itulah yang berlaku.. sentiasa dikhianati dan dianiaya oleh pasangan yg sepatutnya menjadi pelindung di waktu susah dan senang... saya sangat2 kasihankan sahabat sy itu.. tapi apa yg mampu sya buat? Harapan saya semoga pasangannya ingin berubat sehingga sembuh sekiranya mereka benar2 disihirkan sehingga menyebabkan sahabat sya dibenci oleh pasangannya.. menyampah dan meluat bila tengok.. serba tak kena.. semua jadi salah.. makin lama makin benci.. apa lagi yg mampu dilakukan oleh beliau? PErgi berubat dan dalam masa yg sama meohon kepada Allah supaya memberikan jalan keluar yg terbaik untuk masalah ini.. saya doakan yg terbaik utnuk mereka..

Sesungghnya Allah MAha Berkuasa atas segala sesuatu... dia yg akan menunjukkan kita jalan sebenarnya... insyaAllah.. banyaklah berdoa smeoga dipermudahkan jalan.. ditunjukkan kebenaran... Ya Allah... bantulah sahabat sya itu...



Tiada lagi keinginan

Salam...

Sejak akhir2 ini saya tak terasa ingin menulis ke blog.. mungkin terlalu sibuk atau saya memang malas nak bukak Internet...

Banyak masalah yang membelenggu diri..

Thursday, September 22, 2011

Berikanlah kekuatan...

Melayari kehidupan dengan menerima tekanan dari pelbagai sudut menyebabkan saya hampir2 menjadi orang lain.. Allah itu Maha Berkuasa... setiap kali kita memohon semoga diberikan jalan, ditunjukkan kebenaran... luas terbentang di depan mata realiti yg sebenarnya... setiap kali itu juga hati menjadi remuk redam... hancur bagai dihentam batu... kemudian apabila masa beredar, ia kembali pulih.. kita boleh hidup dan menerima seadanya ketentuan Tuhan itu..... kemudian, ia kembali lagi... menoreh kembali luka yang pernah tergores.. mengalirkan airmata dan sendu kita sebagai manusia biasa... selepas itu kita kembali boleh menerimanya.. hiduplah kita di dalam sebuah kenyataan yang akan sntiasa mengguris hati dan perasaan... itulah namanya kehidupan... redha dengan perjalanan itu kerana Allah tidak menjadikan kita hidup sentiasa berbahagia....

Sejak makan ubat utk RA ni, sy dh tak ambil lg ubat tahan sakit...tapi kesannya kepada hafiy..hopefully dia tak kembung perut, cuma beraknya sentiasa cair....

oklah.. nak buat soalan final... esok ada jamuan raya kt sekolah.. tak sabar nk makn nasi dagang mak syirah...nyum..nyumm..:):)







Saturday, September 17, 2011

Rheumatoid arthritis (RA)

" RA is a tough disease and it takes a tough person to live with it.."...

Sekuat mana pun hati saya menerima perkhabaran ini.. tapi airmata tetap juga mengalir apabila saya melayari internet dan membaca statement di atas... hati terasa sebak dan tembok kukuh yg saya bina di dalam diri retak jua...

" RA is a chronic, long-term disease that occurs because the body's immune system doesn't work the way it should. ..."

Itulah rupanya penyakit yg saya hidapi setelah berbulan2 mengalami sakit sendi... Alhamdulillah kerana akhirnya saya tahu apa yg berlaku.. walaupun bukan perkhabaran gembira yg diberikan doktor pakar dari Hospital Putrajaya.. tapi sekurang2nya skrg saya tidak lagi berteka teki...

Hanya kekuatan dalam diri yg saya perlukan untuk menghadapi semua ini... sejak hari itu.. saya banyak melayari internet untuk memahami sendiri apakah penyakit RA ini...

" Rheumatoid arthritis (RA) is a long-term disease that leads to inflammation of the joints and surrounding tissues. It can also affect other organs.. "

Kalau boleh saya tidak mahu menangis.. saya mahu kuatkan semangat dan redha dengan ketentuan Tuhan.. tentulah ada hikmah tersendiri di sebalik ini semua.... cuma apabila melihat anak2.. hati terasa sebak terutama melihat se kecik Hafiy yg amat memerlukan belaian dari ibunya.. bukan saya tidak boleh menjaga Hafiy.. tapi saya memerlukan kekuatan dan tenaga untuk mengangkat dan mendukungnya.. sedangkan setiap hari Hafiy semakin berat dan tenaga tangan ini tidak cukup kuat...

".. When the immune system attacks the body like it does in RA, it leads to the symptoms that people with RA experience — from joint pain and stiffness to fatigue. Over time, the joints can become permanently damaged. Without proper treatment, this kind of damage can lead to disability. New, targeted therapies in RA provide hope for people with this condition... "

Doakan saya mampu dan tabah menghadapi semua ini... insyaAllah dengan bantuan ubatan dan terapi dari doktor.. saya berharap ia akan semakin berkurang walaupun tidak sembuh.. insyaAllah...



Sunday, September 11, 2011

Kembali bertugas

As salam.. sekejapnya masa berlalu.. sejak hari khamis lepas saya dah selamat kembali bertugas di sek.... dalam fikiran, cepatnya 3 bulan? belum puas rasanya duduk melepak kt rumah sambil menonton tv dan menjadi suri rumah sepenuh masa.. kalau lah diberi peluang dan berkemampuan, ingin rasanya saya menjadi suri rumah je...ehehe..

Kembali bekerja bermakna kembali menerima tekanan dari pelbagai sudut.. pelajar yg akan menghadapi exam, kerja yg bertimbun dan silibus yg perlu dihabiskan.. apa2 pun, itulah hakikat sebuah tugas.. mahu tak mahu, hati harus menerima dgn ikhlas kerana ini yg saya mahukan... keikhlasan sahaja yg mampu membuat kita bertahan walau sehebat mana dugaan melanda...

Ok.. habis tentang kerja..SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN untuk semua kenalan di alam maya ini.. takut terlupa sampai habis syawal....

Minggu depan saya akan mendapat keputusan ujian darah tentang penyakit yg saya hidapi skrg.. semoga bukan seperti yg saya fikirkan..insyaAllah.. walau apa pun keputusan yg diberikan doktor nnati.. saya berharap saya akan menjadi insan yg paling kuat dan tabah menerimanya.. kalau saya tidak kuat.. apatah lagi orang yg hendak memberi sokongan... doakan semoga saya tabah mengharungi segala dugaan yg Maha Esa...


Tuesday, August 23, 2011

Raya tidak lagi meriah...

As salam...


Semasa menaip entry ni, saya sedang menonton iklan raya... dulu waktu kecil2 dan remaja, menonton iklan raya pun sudah menaikkan semangat berkobar2 utk menyambut raya.. sekarang sejak berkahwin dan berkeluarga, mempunyai anak2 yg semakin membesar dan kehilangan ahli keluarga yg terapat menjadikan sambutan raya tidak lagi meriah...


Sudah berpuluh tahun sambut raya, tentulah lama2 bosan, kata kawan saya sengaja berlawak... saya cuma ketawa saja mendengarnya hujah2nya pasal smbutan raya yg dirasakan tidak lagi meriah ini.. bagi kawan saya, dia masih merasa kemeriahannya kerana katanya inilah waktu untuk semua ahli keluarga berkumpul dan bertemu setelah penat bekerja setiap tahun....


Bagi saya pula.. memang meriah rumah emak di kg tiap kali tibanya raya kerana semua adik beradik seramai 13 org akan berkumpul bersama ahli keluarga masing2... cuma apabila berkumpul begini, akan terasa ada seseorang yg tiada.. iaitu arwah AYAH dan arwah LUQMAN (anak kakak ke 2).... waktu inilah kami akan duduk bersama2.. menceritakan saat manis dan indah sewaktu ke dua arwah masih ada.. kalau menyambut raya apa yg mereka sukai...


Biasanya emak yg paling ba nyak bercerita kerana beliau paling rapat dgn arwah ayah.. setiap ingatan yg emak melontarkan menggambarkan betapa beliau menyayangi arwah selamanya...


Tahun ini saya akan beraya di kampung suami dulu sebelum balik ke rumah emak.. walaupun saya tidak ada di pagi raya, tapi saya tahu masih ramai lagi yg akan memenuhi ruang tamu rumah emak.... insyaAllah kami akan berjumpa di hari raya ke 2 atau k 3... :):)