About Me

My photo
Saya seorang guru ICT di Putrajaya sejak tahun 2002.

Tuesday, August 23, 2011

Raya tidak lagi meriah...

As salam...


Semasa menaip entry ni, saya sedang menonton iklan raya... dulu waktu kecil2 dan remaja, menonton iklan raya pun sudah menaikkan semangat berkobar2 utk menyambut raya.. sekarang sejak berkahwin dan berkeluarga, mempunyai anak2 yg semakin membesar dan kehilangan ahli keluarga yg terapat menjadikan sambutan raya tidak lagi meriah...


Sudah berpuluh tahun sambut raya, tentulah lama2 bosan, kata kawan saya sengaja berlawak... saya cuma ketawa saja mendengarnya hujah2nya pasal smbutan raya yg dirasakan tidak lagi meriah ini.. bagi kawan saya, dia masih merasa kemeriahannya kerana katanya inilah waktu untuk semua ahli keluarga berkumpul dan bertemu setelah penat bekerja setiap tahun....


Bagi saya pula.. memang meriah rumah emak di kg tiap kali tibanya raya kerana semua adik beradik seramai 13 org akan berkumpul bersama ahli keluarga masing2... cuma apabila berkumpul begini, akan terasa ada seseorang yg tiada.. iaitu arwah AYAH dan arwah LUQMAN (anak kakak ke 2).... waktu inilah kami akan duduk bersama2.. menceritakan saat manis dan indah sewaktu ke dua arwah masih ada.. kalau menyambut raya apa yg mereka sukai...


Biasanya emak yg paling ba nyak bercerita kerana beliau paling rapat dgn arwah ayah.. setiap ingatan yg emak melontarkan menggambarkan betapa beliau menyayangi arwah selamanya...


Tahun ini saya akan beraya di kampung suami dulu sebelum balik ke rumah emak.. walaupun saya tidak ada di pagi raya, tapi saya tahu masih ramai lagi yg akan memenuhi ruang tamu rumah emak.... insyaAllah kami akan berjumpa di hari raya ke 2 atau k 3... :):)


No comments: