About Me

My photo
Saya seorang guru ICT di Putrajaya sejak tahun 2002.

Thursday, August 11, 2011

Hafiy pula sakit...

Saya tidak sempat memasukkan entry ni seawal kisahnya kerana letih dan tertekan dengan tak cukup tidur dan sakit kepala.... minggu lepas, 2-3 hari sebelum sabtu 6 ogos.. hafiy sekecik yang baru berusia 55 hari tu menangis meraung setiap kali hendak membuang air besar.. hampir 3 malam berturut2 saya tidak dapat tidur kerana hafiy menangis.. saya dan suami mati2 ingatkan dia kembung perut... berapa banyak kami letak minyak yuyi cap limau... bila dah kepenatan barulah si kecik tu tidur....


Malam ke 4.. barulah saya perasan muncul satu ketulan di buntut si hafiy yg rupa2nya menjadi penyebab kenapa hafiy sakit apabila nak buang air... benjolan tu hampir menyerupai bisul.. saya bawak 2-3 kali ke klinik Lita Alis presint 9, kemudian doktor terus rujuk ke kecemasan hosp putrajaya kerana kata doktor bahaya sebab yang mendapatnya ialah baby yg belum pun cukup 2 bulan...


Di kecemasan doktor kt sana tak terus buat operation.. masuk wad dulu satu malam yg menambahkan lg bilangan malam saya tidak boleh tidur.. si hafiy meraung2 sampai ke pagi mungkin terlalu sakit.... Hanya Tuhan yang tahu betapa letih dan penatnya badan ini....


Hari Sabtu tengahari.. 4 orang doktor muda datang untuk buat minor operation membuang bisul tersebut.. nurse injek ubat tidur kt Hafiy.. lepas Hafiy lena.. saya dihalau keluar dari blik tersebut, doktor kata kalu saya tunggu pun saya tak sanggup tengok, nanti saya yg menangis.. so saya keluar dan menunggu di bilik TV... dalam setengah jam kemudian baru siap selepas penat saya mendengar raungan si Hafiy... Alhamdulillah.. pepe pun, yg penting bengkak nya sudah tiada lagi.. nanah dan darah doktor dah keluarkan jadi Hafiy tidak sakit lgi tiap kali mahu membuang air...


Terima kasih untuk semua doktor2 di wad kecemasan dan wad 2C yg merawat Hafiy pada hari tersebut... kalau tidak dibedah, sampai bila pun saya taktau bila bengkak bisul tu akan surut sendiri....


Hari ini Hafiy dah ok cuma saya kena ke klnik kesihatan everyday untuk cuci luka tersebut... 12 Ogos ke hosp pjaya pula untuk doktor check... hari ni kami ada appointment kt klinik utk monthly checkup Hafiy.. so, seminggu ni penuh aktiviti ke klinik yg menambahkan hari2 penat saya.... Tapi Alhamdulillah.. segalanya selamat...


No comments: