About Me

My photo
Saya seorang guru ICT di Putrajaya sejak tahun 2002.

Friday, January 15, 2010

2010


Salam...

Januari 2010 disambut dgn pelbagai perkara yg banyak jg menyesakkan hati dan perasaan... tapi saya harus menempuh hari-hari yg berlalu ini dgn penuh semangat...

2 minggu lepas. kucing kesayangan kami sekeluarga, Mickey telah keluar dari rumah dan tidak balik seminggu lamanya... sebelum itu dia seperti sakit kerana kerap kencing merata dan langsung tidak mahu makan... selepas ikhtiar mencari menemui jalan buntu, kami cuma mampu menunggu Mickey balik sendiri sekiranya umurnya masih panjang.. pagi Isnin yg lpas.. lebih kurang 5.30 am sewaktu saya sibuk di dapur membuat persediaan utk anak2 ke sekolah, Mickey balik dgn rasa tidak bersalah, merenung saya dgn matanya yg kuyu... dia terlalu lemah.. tubuhnya terlalu kurus.. 2 kali ganda berat badannya menurun berbanding dgn gambar yg ada saya attachkan sebelum ini....

Entah kenapa, sayu benar hati saya melihat keadaan Mickey... ... tiba2 dia bergerak utk makan.. tapi selepas agak lama termenung di tepi bekas makanannya, dia cuma duduk memerhati... mengalir air mata ini kerana kasihan dgn tubuhnya yg kurus kering serta kelihatan amat tidak bermaya... pernahkah anda berjumpa dgn seekor kucing di luar sana yg tidak bertuan, kelaparan dan kurus kering kerana tidak mendapat makanan secukupnya? Kemudian menggesel2 kaki anda meminta simpati? Seperti itulah Mickey selepas dia kembali dari hilangnya yg agak lama...

Malam tadi saya dan asben mengambil keputusan utk membawa Mickey ke klinik haiwan.. tidak boleh ditangguh lagi kerana ia melibatkan nyawa Mickey... kalau sesuatu berlaku kepadanya, bukan Adriana sahaja yg akan menangis tapi sudah tentu saya juga.. sayang kami pada Mickey sudah seperti keluarga sendiri...

Kami ke Klinik Mesra Bangi.. selepas dirawat oleh doc beliau mengesyorkan supaya Mickey dimasukkan ke wad... kena tahan 2-3 hari sebab badan dia dan terhidrat.. kurang makan dan kurang air.. puncanya belum pasti tapi mungkin dari makanannya... apa pun, yg penting saya amat lega kerana sekurang2nya Mickey terjaga....

So... sekrang tunggu je call dari Klinik tersebut.. semoga Mickey akan sembuh...


No comments: