About Me

My photo
Saya seorang guru ICT di Putrajaya sejak tahun 2002.

Friday, May 28, 2010

biarlah ego itu pergi...

Saya suka membaca majalah Wanita, Mingguan Wanita atau apa2 majalah serta surat khabar berkenaan isu-isu semasa tentang ekonomi dan sosial.. semua itu saya lakukan demi untuk mengajar subjek Pengajian Am Kertas 1 di sekolah. Saya juga memang berminat mengetahui tentang isu2 rumahtangga yang kadang2 kesannya sampai ke hati... jantung berdegup kencang membaca kisah isteri didera, suami didera, isteri curang, suami berbuat maksiat di luar dan macam2 lagi.... emmm.. takut pun ada.. bukannya kita mahu perkara itu terjadi.. tetapi takdir Tuhan tiada siapa yang tahu....

Jika pergaduhan melibatkan suami dan isteri sebenarnya perlu ada pihak yang mengalah... tetapi kadang2 ego itu terlalu tinggi sehingga sanggup menggadaikan rumahtangga yg dibina atas dasar cinta semata2 untuk menjaga ego.. lelaki or perempuan sama saja... bila ego diletakkan paling tinggi di hati.. maka susahlah utk mengakui kesilapan apabila berlaku sebarang pertengkaran dengan pasangan....

Biarlah ego itu pergi.. saya pernah nasihatkan hati sendiri demi menjaga hati suami dan perhubungan yang telah lama dibina.... saya juga pernah nasihatkan seorang kawan dengan ayat yang sama kerana ego itu tidak ke mana... semakin dijaga ego itu semakin memudaratkan.. ia perlu ada untuk mengawal keadaan... tetapi kalau perlu biarlah ia dibuang untuk menjernihkan suasana....

No comments: