About Me

My photo
Saya seorang guru ICT di Putrajaya sejak tahun 2002.

Tuesday, June 1, 2010

Terbinakah bahagia....

Salam...
Minggu ni agak bizi dengan persediaan mengumpul bahan untuk video korporat sekolah yang akan dibuat oleh Uni LimKokWing.. Alhamdulillah ada yg membantu.. bukan apa.. saya dan Aishah memang bukannya pandai sgt menggunakan pelbagai software multimedia tu.. skit2 boleh lah.. tapi kalau nak cantik untuk tatapan PM lak tu.. emm memang susah lah... walau apa pun.. kami dah lega.. kerja kami sekarang cuma mendapatkan seberapa byk gambar yg ok utk dimasukkan dalam video tersebut.
Sambil2 buat kerja tadi.. saya terbaca paper tentang isu seorang isteri ditinggalkan suaminya kerana jatuh cinta kepada wanita lain yang baginya lebih serasi dan mampu membahagiakan dirinya.. emm.. kisah begini lagi.. saban hari di dada akhbar atau yang tidak dipaparkan di akhbar pun, byk isu2 begini di seluruh negara... kadang2 saya terfikir.... mampu bahagiakah seseorang itu jika membinasakan hati seorang insan yg lain? Pelik dengan sikap manusia ni...
Letakkan diri anda di tempat yang menjadi mangsa.. apakah perasaan yg anda rasa? Cuba letakkan pula diri anda pada si pemangsa (maksud saya yang meninggalkan isteri or yang bakal menjadi isteri baru).. apakah anda rasa akan terbina bahagia yg anda cari? Kita semua tahu, Tuhan itu Maha Adil dan Maha Mengetahui.. insyaAllah Allah akan membantu hambaNya yang dianiaya... sebak hati saya membaca kisah begini.. isteri yang ditinggalkan pula biasanya jenis yang amat setia demi anak dan rumahtangga yang dibina bertahun2 lamanya.. kadang2 demi sayang kepada keluarga juga isteri sanggup menelan semua kepahitan yang dilemparkan...
Saya rasa walau isu ini dikupas setiap hari pun, ia sukar dijelaskan mengapa terjadi.. saya pun tak pandai untuk mengupas lebih kerana saya bukanlah pakar di dalam bidang ini.. di dalam akhbar pun selalu ada.. majalah2 wanita apatah lagi....emmm.. takpelah, nanti sya sambung lagi...

No comments: