About Me

My photo
Saya seorang guru ICT di Putrajaya sejak tahun 2002.

Monday, March 8, 2010

kisah sedih awal 2010

Salam...
Sewaktu awal 2010 menjengah.. kisah sedih pertama ialah dengan peristiwa tragik kebakaran rumah Pn Siti Fatimah, Penolong Kanan sekolah.. bfore that.. seminggu sebelum 2010 datang.. kami satu sekolah dikejutkan dengan kehilangan suami kepada Ustazah Suriana Mohamad yang meninggal di Jordan. Dengan usia yang masih muda dan anak-anak yg masih kecil dan memerlukan belaian ibu dan bapa, arwah pergi meninggalkan keluarga apabila jatuh sakit secara tiba2... apa2 pun memang itu ketentuan Tuhan dan kita tidak boleh menolak takdirNya...
Hari sabtu yg lepas.. 7 Mac.. kami dikejutkan sekali lagi dengan pemergian suami kepada Pn Gowri juga sahabat saya di SMK Putrajaya Presint 8(1) ini... seperti tidak percaya apabila mendapat mesej dari Pn Suguna pada Jumaat malam memberitahu suami Gowri sedang tenat di Hospital Serdang.. saya tidak sempat melawat mendiang kerana suami mengajak balik ke kg pada hari yg sama.... sampai ke sekolah pagi tadi baru saya tahu yg beliau juga telah pergi meninggalkan isteri dan 2 org anak yg masih kecil.. ketentuan Tuhan tiada siapa yg dapat menolaknya... apabila sampai masanya, walaupun di usia yg muda kita akan pergi jua...
Ssepanjang 2 bulan lebih 2010 menjengah.. banyak peristiwa tragik yg berlaku.. saya masih terkejut dan seperti tidak percaya dengan segala yg berlaku.. walau apa pun.. kita harus berpegang pada ketentuan Tuhan.. Qadak dan QadarNya tiada siapa pun yg dapat menolak...
Berbanyak TAKZIAH kepada Pn Gowri dan keluarga...

No comments: