About Me

My photo
Saya seorang guru ICT di Putrajaya sejak tahun 2002.

Thursday, December 3, 2009

Cepatnya masa berlalu....

Salam...

Tup..tup... dah awal disember... tak lama lagi januari muncul maka bermulalah kita pada tahun seterusnya 2010.. macam tak percaya yg usia sudah menjangkau lagi setahun.... usia makin bertambah.. anak je berlum tambah...ehehehe..

Cepatnya masa berlalu... rasanya seperti baru semalam saya menghantar si kakak, Adriana ke tadika Cendekiawan Educare bersama2 Haziq... next year yg bakal menjelang lebih kurang 3 minggu je lagi dia akan memasuki alam persekolahan iaitu Tahun 1... Haziq masih ke Cendekiawan... kt sana senang sebab sampai petang lagipun dia dah kt situ selama 2 tahun....cuma cikgu shidah kesayangan Haziq dah berpindah ke Presint 18.. kesian adik...ehehe..

Saya masih ke sekolah... selagi ada paper STPM selagi itulah saya setia menjejakkan kaki ke sana.. itu pun nasib baik dapat bergilir dgn Lita.. tenkiu Lita.. kalau tak penat juga..

Tahun depan dah ada 2 orang guru iaitu kawan2 saya yg akan bertukar sekolah.. sedih juga kerana mereka pun kawan baik kita jg... emm.. rezeki ada di mana2.. mungkin mereka diberi peluang untuk mengenal dunia di sek lain pulak... agak2nya bila saya pulak yg nak bertukar angin? ehehehe.. susah gak nak tentukan...

Oklah.. nanti saya sambung lagi...

4 comments:

Anonymous said...

ASSALAMUALAIKUM PUAN,

SAYA GURU CENDEKIAWAN EDUCARE. SAYA TERBACA ENTRY PUAN DI BAWAH MENGENAI MATA ADRIANA

Berita pahitnya satu, mata adriana mengalami rabun silau yg agak tinggi... kiri dan kanan, 250 dan 175... kata doc, bukan banyak tgk tv or selalu bermain komputer punca rabun silau itu, tetapi kerana bentuk anak matanya yg tidak bulat seperti anak mata normal.... nasihat doc, kami harus memastikan adriana menggunakan kaca mata supaya dia dapat membaca dan melihat dgn lebih jelas... kalau tidak, ia akan menjadi punca dia lambat membaca kerana adriana keliru untuk mengenalpasti huruf or nombor yg seakan sama.. contohnya, dia akan keliru dgn huruf O dan D.., 8 dan 6... dll...

BERMULA BULAN OGOS SAYA MEMBUAT UJIAN MEMBACA, MENULIS DAN PEMAHAMAN UNTUK ANAK2 CENDEKIAWAN EDUCARE 6 TAHUN. SAYA LAKUKAN SECARA ONE TO ONE MENGIKUT MASA TERLUANG SAYA. SAYA MEMILIH SATU BUKU CERITA BERKECUALI UNTUK UJI MURID SAMA ADA BENAR2 BOLEH MEMBACA ATAU TIDAK. ADA MURID DAPAT MENGHABISKAN BUKU DALAM TEMPOH 1 MINIT. RATA2 2 MINIT. SEBILANGAN MENGAMBIL MASA LEBIH. TETAPI ADRIANA SELEPAS 25 MINIT SEPARUH BUKU TAK DAPAT DIHABISKAN. SAYA BERHENTI UJIAN MEMBACA SEPARUH JALAN. SAYA TERTANYA2 DI MANA SILAPNYA.

YA! HARUS PUNCA IA LAMBAT MEMBACA KERANA IA KELIRU UNTUK MENGENALPASTI HURUF ATAU NOMBOR YANG SEAKAN SAMA. SYUKUR! PUAN TELAH BERTINDAK CEPAT MEMBAWA ADRIANA KE PAKAR MATA.

Unknown said...

hoho.. trimas cikgu kerana setia mjejakkan kaki cikgu ke skola.. khadiran cikgu amat bmakna kpd kami.. konon2 cam ade booster la.. walaupun tpakse mgorbankan masa n tnaga kat ktorang..cigu lita pun sama jugak.. trima kasih.. lain2 cikgu pun sama.. TERIMA KASIH CIKGU...

MIZANA said...

Terima kasih kepada guru cendekiawan yg memberi komen di atas.. paling2 besar, thanks a lot sebab telah mengajar anak saya tanpa berputus asa walaupun dia agak lemah berbanding kawan2 sebayanya... Alhamdulillah berkat ajaran guru2 di Cendekiawan, Adriana kini telah pun dapat membaca walaupun mungkin tidak selancar rakannya yg lain...

Cuma biasalah budak2, bukannya dpt pakai spek mata tu berterusan...

MIZANA said...

eheheh.. ok fadzli.... takpe.. bukannya susah sangat pun kami datang ke sekolah ni... ehehe.. susah senang cikgu2 ni demi anak2 murid tercinta.. pepe pun, belajar rajin2 ye.. good luck..