About Me

My photo
Saya seorang guru ICT di Putrajaya sejak tahun 2002.

Monday, September 28, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri










Salam...

Walaupun sambutan hari raya aidilfitri sudah seminggu berlalu.. namun saya ingin mengambil kesempatan di sini, memohon maaf kepada semua pembaca blog saya di atas keterlanjuran kata, kepetahan bicara yang mungkin kadang2 menyakiti hati anda.. maaf yang sejujurnya dari hujung rambut ke hujung kaki.. saya pasrah kerana saya cuma manusia biasa yg tidak sempurna kadang2 terlepas kata yang mengguris hati dan perasaan orang lain..

Walau apa pun, kemeriahan di aidilfitri masih menggamit hati.. seronok beraya di kg suami dan juga kg sendiri... namun saya tidak sempat melawat ke pusara arwah ayah kerana agak sibuk ke sana sini apabila bapa saudara saya meninggal dunia pada hari raya ke tiga (abang kepada emak)... kemeriahan raya pudar seketika kerana mengenangkan arwah yang selalu berseloroh dengan saya dan suami setiap kali kami singgah ke rumah arwah yg betul2 terletak di hujung jambatan kg gong duek, besut tiap kali sebelum or selepas berkelah di kolam air panas kg La.

Alfatihah kepada yang telah pergi.. kita pun menghitung hari juga.. tidak tau bila akan menyusul giliran kita pula sebagai hambaNya.. banyak lagi rasanya dosa yg tidak terhapus... kerap pula kita dengar berkenaan dgn kemalangan jalan raya yg meragut banyak nyawa.. ramai pula tu mangsa pada tahun ini.. mencecah hingga 200 orang lebih... saya cuma mampu mengeleng kepala.. bukan silap siapa2.. tapi diri sendiri sebagai pengguna... tiap kali perayaan, pemandu yg memandu macam org gila ada di mana2 lebuh raya... bila jalan sesak... sure banyak kereta yg potong Q dan memotong di lorong kecemasan.. langsung tidak endah dgn orang lain.. buat muka bodoh sombong.. buat muka toyeee je bila ada memandu lain menegur.. bukan itu saja.. memotong sewaktu jalan tidak selamat pun ramai.. itu lah penyebab terjadinya kemalangan secara berdepan.. kalau bukan silap kita.. silap or kecuaian pemandu lain pula yg menjadi penyebab kita kemalangan..

Entahlah, pemandu malaysia.. anda sahaja yg tahu bagaimana anda di jalan raya.. walau berjuta duit kerajaan dilaburkan untuk melaksanakan pelbagai ops sikap... tapi statistik kemalangan dan kematian meningkat saban tahun.. hukuman perlu ditambah, pastikan tidak ada budaya rasuah supaya lesen terbang tidak boleh didapati sewenang2nya.. ramai yg terbang sebab mereka pun dapat lesen terbang... emmm..

oklah.. sampai jumpa lagi.

Walau apa pun, Selamat Hari Raya kepada semua, maaf zahir dan batin...


4 comments:

fafaz said...

takziah kpd ckg.
selamat hari raya.
;DD

Anonymous said...

TQVM FAZREEN :):)

NaD said...

sorry for the lose...
owh SELAMAT ARI RAYA CIKGU...
pasal reunion tu kieorg xdecide ag nnt ble dah decide saya msg cikgu ye...

fafaz said...

sama sama.
huhu.
;))