About Me

My photo
Saya seorang guru ICT di Putrajaya sejak tahun 2002.

Wednesday, July 2, 2008

Pelajar Sekarang Kurang Hormat Guru?

Beberapa tahun lepas, semasa saya baru mengajar di sekolah ini lebih kurang 2 tahun, berlaku satu eksiden di mana sorang student melanggar saya dari tepi, mungkin kerana hendak cepat ke kelas atau ke toilet, taktaulah.... sebenarnya saya tidaklah sampai terjatuh cuma ke depan skit akibat bebanan membawa buku rekod mengajar dan bahan untuk P&P.

Apa yg nak saya cerita kat sini, student tersebut langsung tidak memandang muka saya apatah lagi memohon maaf kerana melanggar cikgu walaupun tidak sengaja. Terdetik juga di hati saya, "kurang ajarnya budak ni". Malu mempunyai pelajar yg tidak tau hormat pada guru seperti itu. Pernah saya menceritakan kisah ini di kelas2 yg saya ajar... ada pelajar yg menjawab, "sesetengah cikgu pun tak hormat kt pelajar"... belum pun kenal asam garam dunia dah berani mengatakan begitu begini kepada guru.

Macam mana agaknya guru hendak menghormati pelajar yg bercakap biadap dan kurang ajar seperti itu? Guru di sekolah ni, umpama pengasuh dia je... langsung takde kesedaran sivik.. nilai etika semua hilang entah ke mana... adakah pelajar sekarang langsung tidak hormat pada guru? Masih ramai lagi pelajar yg baik2... cuma segelintir yg bermasalah menjadikan keadaan ini agak buruk.

Saya pernah membuat praktikum di sebuah daerah di terengganu yg kemajuannya 60% kurang dari Putrajaya yg serba canggih ini... pelajar2 di sekolah itu amat menghormati saya walaupun saya cuma guru praktikum... tunduk dengan sopan dan salam yg penuh lemah lembut menjadi trend mereka di sana... Pelajar yg dikatakan bermasalah pun masih ada nilai kesopanan untuk memberi salam pada cikgu...

Agak berbeza keadaanya dgn di sini.. KENAPAKAH???

No comments: