About Me

My photo
Saya seorang guru ICT di Putrajaya sejak tahun 2002.

Saturday, August 2, 2008

Menyalahgunakan salinan IC dan maklumat peribadi...

Salam....

Sejak sebulan lepas adik saya bgtau yg dia menerima surat saman dari syarikat telekomunikasi kerana kononnya tidak membayar bil... cemas jugk mendengarnya kerana melibatkan jumlah yg agak byk dan bg seorg yg gajinya cuma cukup2 makan... memang lah takut dgn ini semua...

Tapi rupanya bukan dia menggunakan nombor tersebut.. tetapi seseorg yg dikenali telah menyalahgunakan salinan ic dan maklumat peribadi adik saya utk kepentingan sendiri... dah siap daftar dan menggunakannya barulah diberitahu yg nama adik saya digunakan.... fikir adik saya... takpelah dia guna sebab dia berjanji akan membayar bil dan nama akan ditukar nanti bila ada masa... itu juga org yg dikenali.. takkan tergamak buat sesuatu yg boleh menyusahkan dia...

Tetapi rupanya dia tidak membyr sebilangan bil... agaknya dah dapat surat saman tapi tak dilayan... akhirnya pihak terbabit menggunakan alamat pada salinan ic adik saya utk menghantar surat saman seterusnya...

Manusia macam gini pun ada..... sudahlah tidak jujur... bila kita mintak bayar siap marah2... macam kita pulak yg salah.... bila adik saya pegi utk terminate no tersebut, rupanya ada satu lg bil dgn no lain masih menggunakan nama adik saya yg tidak dijelaskan... rasanya betul2 macam nak report polis saja... tapi kita fikir juga bagaimana dgn kepentingan org itu nanti.... ?

Dia pula sebaliknya, tak kisah.. kalau nama adik saya disenarai hitamkan pun... apa peduli dia kan? ada juga manusia yg bersikap begini...

No comments: