About Me

My photo
Saya seorang guru ICT di Putrajaya sejak tahun 2002.

Monday, June 30, 2008

Bil Telekom dah potong tapi bil sewa terus dihantar

Salam semua,
Balik dari sekolah petang tadi agak awal kerana Kursus Keprofesionalisme Keguruan telah dibatalkan. Ayah kepada Pengetua sekolah saya masuk spital kerana sakit tua....
Ingat di hati bleh la berehat skit akibat tekanan di tempat kerja... sampai je rumah ternampak ada satu surat. Rupanya surat amaran dari Telekom menyatakan saya dah banyak kali tak bayar bil tertunggak.
Menyirap rasa darah ke kepala.. kerana nombor tersebut telah saya potong pada bulan 12 tahun 2007... bengang yg teramat... kita dah potong line.. tapi bil still sampai... saya dah pernah telefon ke khidmat pelanggan telekom dan pegawai di sana menyatakan berlaku kesilapan. Sepatutnya bil dah tak perlu dihantar lagi dan dia akan kemaskini kembali akaun saya..
Jumlah tidaklah banyak kerana cuma sewa line... but the prob is why the bill is still coming sedangkan talian telah dipotong? and what happen actually? kenapa sampai ada bil tertunggak? saya terus menelefon ke nombor telefon yg tertera di surat tersebut.. dan ada beberapa alasan yg diberi yg tidak boleh diterima oleh saya...
Semasa saya memotong talian tersebut di telekom kajang, saya ingat lagi kerani kaunter yg menguruskan pemotongan tersebut menyatakan pihak telekom akan menghantar baki duit deposit saya sebanyak RM25 lagi selepas ditolak bil semasa selepas saya memotong talian tersebut... kita menunggu baki duit kita, surat mintak hutang yg kita terima....
Pastu saya terus ke telekom Cyberjaya... emmm.. tapi tau jelah... customer ramai... kaunter buka skit.. masa yg diambil untuk menyelesaikan urusan setiap customer agak lama... saya menunggu dari 3.30 ke 4.15 hanya seorang customer baru dipanggil... hubby kena masuk opis balik.. last2 kami balik dgn tangan kosong... apa kisah sebenarnya ni Telekom?

2 comments:

Mohd Sham Zurinda said...

saya pun hadapi masalah yang sama ni. minggu lepas terima bil sampai 500 lebih. saya dah potong talian tuh. sekali bila pegi check tak tm point, mereka kata ada masalah billing. say akena bayar gak tapi diat kata nanti cuit saya yang balance tu akan dikembalikan balik.

bill tunggak streamyx tertunggak tahun 2007 sampai gak. ada RM888 saya tak bayar mereka kata. hah? gile apo nih? setahu saya bil2 saya ok jer sejak awal tahun.

hari ni terima lagi surat makamah kata saya tak bayar bil telefon sebanyk Rm93.75. apa ni? nama dan no ic memang saya punya tapi no akaun tu tak pasti sebab no telefon tu tak disertakan... hujung2 tahu beginila mereka nak korek duit orang... kat dah hantar notis tapi tak ada pun. yg sampai surat saman ada la... gile la telekom nih.......

MIZANA said...

baru terbaca komen dari en. sham zurinda.. so mcm mana skrg? dah settle ke belum kisah kononnya bil tertunggak kita tak bayar sedangkan every month ok je..

Saya dah settle dah selepas naik turun byk kali ke telekom kajang.. Alhamdulillah, akhirnya settled jugak