About Me

My photo
Saya seorang guru ICT di Putrajaya sejak tahun 2002.

Monday, April 21, 2008

Sikap pelajar sekolah?

Saya agak terkejut mendengar berita malam kelmarin di TV3 apabila seorang pelajar perempuan yang akan menduduki exam SPM pada tahun ini meninggal dunia akibat terjatuh dari balkoni di tingkat 11 rumahnya. Bukannya mempertikaikan ajal maut kerana ianya semua kuasa Allah SWT Taala, cuma pelik apakah yang dibuat pelajar terbabit sehingga sanggup memanjat turun ke balkoni rumah kawannya di tingkat 10 pada pukul 3 pagi?
Bukan mempersoalkan sesiapa.. memang amat bersimpati dengan perasaan ibu dan bapanya.. cuma saya benar2 hairan dengan sikap remaja kita pada hari ini... semakin berani membuat sesuatu hatta yang paling merbahaya pun!
Saya ke sekolah hari ini dengan perasaan bercampur baur.. rasa macam tak cukup tidur pun ada..baru je nak mula assemby pagi isnin, hubby pulak msg amik anak bawak ke sekolah tadika... aduh.. sakit kepala saya.. apa alasan nak diberi kepada pentadbir ni? saya bukan senang2 boleh keluar sekolah macam itu je.. last2 kena saya berterus terang saja.. nasib baik ada yang memahami... Saya balik sekejap, siapkan budak2 tu ke sekolah.. then balik sekolah semula...
Setiap kelas yang saya masuk tadi, saya bincangkan tentang kisah pelajar meninggal terjatuh dari balkoni itu.. bukan apa.. sebagai pengajaran kepada budak2 sekolah ini supaya mereka tidak membuat perkara buruk sewenang-wenangnya.. kena dengar nasihat ibu, ayah dan guru2 serta orang yang lebih tua..

No comments: