About Me

My photo
Saya seorang guru ICT di Putrajaya sejak tahun 2002.

Thursday, April 3, 2008

Mengimbas Kenangan Bersama Guru di Sekolah

Assalamualaikum..

Tak taulah kalau ada yang kata seorang guru tu tidak sibuk. Memanglah kalau dibandingkan dengan seorang doktor atau seorang pengarah jabatan, kerja guru mungkin agak remeh, mudah kerana client kami adalah pelajar. Don't know how to say. Mungkin itu lah yang orang nampak, dan begitulah juga yang saya nampak sewaktu saya masih bergelar pelajar sekolah.
Sewaktu saya bersekolah rendah pertengahan tahun 80-an, guru-guru yang ada mengajar saya terdiri daripada pelbagai personaliti. Ada guru yang teramat garang, sampaikan kalau sewaktu dia bercakap kita langsung tidak boleh menoleh ke kiri dan ke kanan. Nak bernafas pun ditahan-tahan. Nak tau kenapa? Emmm.. kalau kita tertangkap tidak memberi perhatian kepadanya, alamatnya, selamat la engkau hari tu, kalau tak kena pulas perut, pulas telinga, kalau tak pun paling kurang kena penampor sebijik! Setakat herdik-herdik tu perkara biasa. Kena denda naik atas kerusi dan meja, lagi biasaaaaa. Kena denda lompat katak sepanjang koridor sekolah pun cikgu kami tak heran nak denda. Walau bagaimanapun, ada guru yang amat baik.. amat berlemah lembut dan berhemah. Memuji kita apabila kita berjaya, membantu kita apabila kita susah memahami.
Bila memasuki alam sekolah menengah, lagi ramai guru yang mengajar. Lagi banyak personaliti yang saya jumpa. Ada cikgu yang mengajar memang bercakap sahaja. Ada juga yang hanya duduk di kerusi dan mengarahkan kita membuat latihan. Ada guru yang memberi kita hanya 1 soalan latihan, tapi selepas itu kita boleh menyiapkan 50 soalan latihan yang lain. Betapa bagusnya pendekatan yang diguna sehingga dengan 1 soalan sahaja, saya boleh faham apakah konsep yang hendak disampaikan. Pendekatan berbeza digunakan oleh guru yang berbeza.
Rasanya saya ingin berkongsi satu kisah yang agak menyentuh hati saya dan sehingga ke hari ini saya masih mengingati peristiwa itu. Ia benar-benar telah menginsafkan saya. Sewaktu di sekolah rendah saya merupakan antara pelajar yang pintar. Selalu memegang nombor teratas dalam peperiksaan dalaman. So, saya agak riak, rasa diri sudah pandai, semua subjek bagi saya senang sahaja, kecuali bahasa inggeris. Untuk menghadapi UPSR saya langsung tidak membuat sebarang ulangkaji. Bila tiba masa untuk ambil result betapa kecewanya saya kerana keputusan yang diperolehi tidak seperti yang dijangka. Apabila melihat keputusan seorang kawan, betapa bagusnya yang dia perolehi walaupun dia bukan pelajar terpilih. Saya rasa irihati lantas berkata, "alah, nasib baik engkau je tu dapat bagus". Kebetulan masa tu ada seorang guru lelaki sedang memerhatikan kami mengambil keputusan. Apabila mendengar kata-kata saya, beliau terus berkata, " Tidak akan terjadi nasib baik kalau kita tidak mengulangkaji. Kalau kita berusaha pasti kita berjaya, tapi kalau kita malas, semuanya akan musnah". Saya jadi malu sendiri, benar-benar malu. Selepas itu saya terus tekadkan dalam hati, saya tidak akan berjaya jika mengharapkan hanya otak pandai saya. Kalau tidak diasah, lama-lama akan berkarat juga. Terima kasih Cikgu Nik, ku ingati ia hingga sekarang.
Satu lagi peristiwa yang menjadikan saya semakin kuat untuk berusaha ialah sewaktu saya di tingkatan 2. Masa tu saya memang agak bagus, tetapi lemah dalam subjek matematik dan BI. Cikgu matematik saya Pn. Khadijah, seorang yang kecil molek, memakai tudung labuh dan berjubah. Setiap kali waktu matematik, dia tak pernah 'miss' untuk memanggil saya ke depan kelas untuk membuat latihan di papan hijau. Saya faham ke tak faham ke, dia tak kisah. Yg penting saya kena jawab dengan betul. Satu hari saya langsung tidak boleh menjawab satu soalan yang baru diberi. Dia mengarahkan saya berdiri di depan kelas dan memanggil pelajar lain yang mahu membantu saya. Kalau takde kawan yg nak tolonng, alamatnya berdirilah saya kat situ sampai masa habis. Nasib baik seorang kawan saya berbangsa Cina, Teo Huey Ing menolong menyelesaikan soalan tersebut. Sebelum beliau membenarkan saya masuk, beliau sempat menasihati saya, "awak seorang pelajar yang pandai, semua subjek awak boleh skor tinggi, tapi kenapa markah matematik awak selalu atas pagar? kalau awak nak berjaya, awak tidak boleh berjaya satu subjek sahaja, awak kena berjaya semua subjek terutamanya matematik kerana subjek ini amat penting untuk ke universiti". Saya terus mengangguk.
Saya faham kepentingan matematik selepas itu. Everyday saya buat latihan matematik di dalam kelas terutama waktu guru tiada di kelas, atau masa antara pertukaran subjek. Saya anak orang susah, tidak ada sebuah buku latihan pun untuk matematik, maka saya pinjam dari kawan baik saya Teo, buat ulangkaji hanya di sekolah kerana saya tidak boleh meminjamnya untuk dibawa balik. Saya nekadkan di dalam hati, walaupun tidak dapat A1, sekurang-kurangnya saya mesti mendapat A2 di dalam SRP apabila memasuki tingkatan 3 nanti (tahun terakhir SRP diadakan iaitu 1992).
Alamak tak sempat abis nak bercerita la..... nanti saya sambung lagi.. nak uruskan anak2 dan solat dulu..

No comments: