About Me

My photo
Saya seorang guru ICT di Putrajaya sejak tahun 2002.

Friday, October 24, 2008

Masih terkenang-kenang

Orang kata hidup ini penuh perjuangan... kesabaran perlu amat tinggi kerana kadang2 ujian yg diterima dari Allah SWT itu benar2 menguji keimanan.....

Saya masih teringat pada kehidupan semasa arwah ayah masih ada..... sudahlah selepas 3 kali balik kg langsung tidak berkesempatan utk menziarahi pusara arwah..... di hari raya tahun ini pun kesibukan menguruskan perkahwinan wati pd hari raya ke dua menyebabkan kami sekeluarga tidak sempat mengunjungi arwah.....

Kenangan indah bersama2 arwah di pagi raya selama berpuluh tahun akan diingat sebagai kenangan yg terindah... tak mungkin kami melupakan arwah selamanya... dalam diam saya perasan emak termenung dan mengesat mata di pagi hari raya... tentunya emak amat mengingati arwah yg telah dikahwini hampir 40 tahun lamanya... di usianya yg mencecah 55 tahun... saya tahu emak amat sepi tanpa arwah ayah.... nasib baik ada beberapa orang adik yg belum berkahwin menemani emak di kampung....

Setiap kali balik, saya pasti menjengah di tempat berlakunya kemalangan motosikal arwah... tidak sampai 300 meter dari rumah... emmmmm.... masih sedih dgn peristiwa yg berlaku setelah hampir 2 thn berlalu....


Emak bersama Haziq dan Adriana di Cameron Highland hampir beberapa bulan selepas arwah ayah meninggal...

No comments: