Salam...
Lupa lak nak wish welcome to all lower 6 students.. cayalah anda semua, tahniah kerana memilih ting 6 dan tidak terpengaruh.. tidak merendah diri sewaktu rakan2 lain mengejek dan memperli kerana anda melangkah sekali lagi ke alam persekolahan yg memerlukan anda memakai seragam sekolah...
Actually, kenapa anda perlu malu? Hina ke amik form 6? Tersisih ke bila dtg ke sek? Nampak macam bodoh kah apabila anda terus belajar di sek? Adakah masuk ting 6 melayakkan anda masuk golongan - pelajar2 yg tidak pandai?
Jgn berfikiran begitu adik2 sekalian, di mana pun anda belajar, yg penting niat murni dan ikhlas hati anda... kalau belajar di uni or kolej semata2 untuk menunjukkan yg kita dapat result bagus, kita pandai compared than other person... emm... tak lama la tu.. Tuhan itu Maha Adil... org yg selalu riak dan suka menunjuk2 akan cepat mendapat balasanNya.. percayalah...
Walaupun ada di kalangan guru2 sendiri yg mempertikaikan kenapa anda masuk ke ting 6... abaikan sahaja sttments yg beliau ungkapkan... biar masuk telinga kiri, keluar balik telinga kanan... sebenarnya guru yg mempertikaikan sistem pendidikan sendiri (kerana form 6 masih lagi dalam sistem pendidikan persekolahan), dia adalah guru yg tiada kredibiliti sbg seorang guru.. sepatutnya guru tersebut harus memberikan anda semangat dan kata2 perangsang supaya anda tidak merasa satu bebanan apabila melangkah ke ting 6... sepatutnya guru tersebut menasihatkan anda secara adil dan saksama... sekiranya anda ke uni or kolej, apa yg anda akan dapat baik dan buruk.. sekiranya anda melangkah ke ting 6 apa pula yg anda akan perolehi, baik and buruknya....
Sepatutnya guru tersebut memberikan anda kata2 nasihat supaya anda tidak terus merasa rendah diri... sepatunya dia berkata... sekali melangkah kembali ke sek sbg pelajar tg 6.. belajarlah bersungguh2 supaya anda tidak mengulangi kekecewaan dalam peperiksaan yg lepas.. supaya anda tekun dan bersemangat mempelajari ilmu yg diberi di gedung pembelajaran yg baru.. dengan tekad dan azam yg baru supaya pencapaian cemerlang akan anda perolehi dalam peperiksaan STPM....
Pelajar2 sekalian, jgn dengar cakap org, even dia adalah guru anda yg cuba menjatuhkan semangat anda... biarlah anda membuat keputusan sendiri setelah anda membuat perhitungan dan keputusan yg dirasakan tepat... Adik2... anda jadilah diri sendiri.. jgn jadi diri anda seperti yg org lain inginkan...
Walau apa pun, cikgu di sini sebagai seorang guru, ikhlas membantu kamu untuk meneruskan perjuangan yg belum selesai di ruang pembelajaran yg baru iaitu PRA U.... :):)
9 comments:
cikgu zana the best la!
:)
ckgu...
ktOwg sume nak msOk u..
jOm msOk skali..
hehehe...=)..
tenkiu tnoe, br dpt pujian.. noe.. cikgu dh puas dah masuk u.. xnk masuk lg dah.. dh penat. ..bg korang peluang lak..
sayang ckg lebeyh lah..
muahhhh...!!
heee..
;D
wah HIDUP FORM 6...ANd HIDUP CIKGU ZANA...nie syg cikgu nie tp teacher's day xdpt bg adiah...huhuhuhuhu
nad, tak kira,,.. cikgu nak hadiah jugk..nak hadiah jgk..nak hadiah jgk.. (bayangkan cikgu adalah hagemaru!!!) ehehehhe
Susah nk bayang ckg tu HAGEMARU...cz hagemaru tu pdk and berjimat cermat xkire ape pown asalkn bleh jimat tp cikgu ni....owh cannot2 xsesuai lah...hagemaru ngan ckg kiah myb sesuai kot...hahahahahaha
P/s jangan sebarkn
hahahahahahahaha... sakit perut cikgu gelak... ahahaha.. yg bestnya ada jgk yg kata cikgu pjg dr hagemaru.. :):)
kesian betul sape yg kte cikgu HAGEMARU tu mesti rabun...yelah HAGEMARU kan cute...cikgu mane cute sangat....hahahahahaha
Post a Comment