About Me

My photo
Saya seorang guru ICT di Putrajaya sejak tahun 2002.

Friday, May 8, 2009

Akhirnya Adriana terpaksa pakai cermin mata



Salam... hari isnin saya, hubby dan anak2 pergi ke satu lagi klinik swasta iaitu acs eyes specialist utk check mata adriana... ntah yg ke berapa kali dan rasanya ini dah hospital yg ke 6 kami masuk... klinik swasta biasa, hosp pakar putrajaya, hosp pakar annur, alzahrah baru sempat wat appointment... kami ke acs dlu... walaupun penat dan letih dgn kerenah doc and nurse tapi demi anak yg masih kecil, kami berusaha juga mencari punca kenapa gelembung spt ketumbit kt mata kanan adriana tidak mahu surut walaupun dah pelbagai ubat yg doc syorkan kami guna...

Finally, di acs, kami benar2 berpuas hati dgn layanan doc, layanan nurse.. walaupun adriana menangis dan merengek tidak mahu matanya diperiksa... akhirnya... doc berjaya juga mengambil power matanya utk rekod... ketumbit itu masih ada.. doc cuma dapat bagi tisu utk sapu dan gosok selama sebulan... semoga ia akan hilang sebaik saja kami habis guna tisu tu.. sy sgt berharap semoga keajaiban berlaku....

Berita pahitnya satu, mata adriana mengalami rabun silau yg agak tinggi... kiri dan kanan, 250 dan 175... kata doc, bukan banyak tgk tv or selalu bermain komputer punca rabun silau itu, tetapi kerana bentuk anak matanya yg tidak bulat seperti anak mata normal.... nasihat doc, kami harus memastikan adriana menggunakan kaca mata supaya dia dapat membaca dan melihat dgn lebih jelas... kalau tidak, ia akan menjadi punca dia lambat membaca kerana adriana keliru untuk mengenalpasti huruf or nombor yg seakan sama.. contohnya, dia akan keliru dgn huruf O dan D.., 8 dan 6... dll...

So, finally, si kakak, adriana yg baru berusia 6 thn itu memakai cermin mata utk menahan rabun silaunya... tak dapat saya gambar kan 20 tahun akan datang, gi mana ye? saya yg dah hampir 20 tahun lebih memakai cermin rabun jauh ni pun, powernya tak pernah turun.. emmm.. hopefully, miracle will be come...

2 comments:

fafaz said...

alahai..
ciannyer ank ckg tuh..
tp,chomel lah dia pkai crmin mata..
huhuhu..

MIZANA said...

eheeheh.. ada x rupa mak dia? ada kan? eheh.. tapi sian bila kecik2 dah kena pakai spek.. kemek hidung...:):)