About Me

My photo
Saya seorang guru ICT di Putrajaya sejak tahun 2002.

Saturday, May 9, 2009

Sebuah Kisah

Ima dan anaknya Amir bersama Nemi


Sempena hari ibu yang akan disambut esok ni.. saya ingin juga berkongsi sebuah cerita tentang pengorbanan ibu saya yang kini telah berusia 57 tahun...

Emak saya berkahwin di usia yg muda... iaitu 14 tahun.. arwah ayah pula 17 tahun.. waktu itu emak tidak bersekolah kerana arwah atuk dan nenek saya keluarga yg susah dan mempunyai anak yg ramai.. jadi emak lah menjadi tempat bergantung harap untuk menjaga 2 orang adik nya yg masih kecil iaitu makcik2 saya. Abang2 dan kakak emak dihantar ke sekolah.

Memang emak dan ayah memulakan kehidupan dgn penuh rintangan.. selama perkongsian hidup mereka, kami 14 orang adik beradik lahir.. abang saya yg paling sulung, meninggal dunia sewaktu berusia 40 hari.. kalau arwah masih hidup mungkin usianya waktu ini sudah mencecah 40 tahun.

Sekiranya ingin ditulis, terlalu banyak pengorbanan yg emak lakukan untuk kami, mungkin boleh dibukukan dgn puluhan muka surat...

Saya cuma ambil secebis kisah yg meninggalkan kesan yg amat berbekas di hati kami.. kisah yg pertama, waktu itu saya berusia sekitar 7 tahun..

Suatu petang, ayah seperti biasa akan balik lewat dari kejenya menahan bubu untuk menangkap udang dan ketam di sungai, biasanya lewat maghrib baru sampai ke rumah... saya dan kakak, Ani sedang menolong menyusun kayu api yg sedang emak belah di laman depan rumah.. biasanya adik2 yg lain akan bermain di sekitar laman depan dan belakang rumah saja.. waktu itu, adik saya yg paling kecil ialah Ima, berusia sekitar 3 tahun..

Tiba2.. adik lelaki saya Alwi yg waktu itu berusia 5 tahun, berlari ke depan rumah menuju ke arah emak sambil menangis teresak2... "Mak, adik jatuh perigi! Adik jatuh perigi!" dengan suara pelatnya dia menangis sambil menarik tangan emak menuju ke perigi terletak di belakang rumah... perigi di belakang rumah itu adalah punca air utama kami, waktu itu tidak ada paip air langsung, perigi itu pun digali oleh arwah ayah dgn abg2 saya dan diletak pagar kayu dan dipaku papan sekelilingnya. Kebetulan pula hari itu, banyak papannya yg telah patah dan tercabut, membolehkan seorang budak berusia 3 tahun bolos melaluinya.

Kami berlari sama mengikut emak yg waktu itu terus menjerit terkejut dan panik.. kebtulan pula, abg sulung dan ke dua juga tidak ada di rumah kerana menemankan arwah ayah ke sungai. Saya dan Ani cuma mampu menangis melihat emak berlari mengelilingi perigi sambil menjerit2 meminta tolong... saya dapat melihat Ima tenggelam timbul di dalam perigi yg airnya separas kepala orang dewasa. Rumah kami agak jauh dari rumah org kg, menjadikan nasib kami lebih malang kerana tiada siapa yg mendengar jeritan emak...

Tiba2 saya lihat, emak seperti bertekad, dia kemaskan kain batik yg dipakainya dan terus "bushhh!!!" terjun ke dalam perigi tersebut. Saya lihat emak tenggelam sekejap, kemudian dia timbul kembali sambil mengangkat badan Ima setinggi yg dia boleh.

"Ani, cepat ambil adik ni, cepat! Na tolong pegang Ani kuat2, biar dia ambik Ima!" jerit emak dari dalam perigi. Kakak saya waktu itu berusia 9 tahun, terus menghulurkan ke dua belah tangannya memegang kepala dan kaki Ima yg waktu itu sudah kaku. Saya memegang hujung baju Ani dan menariknya dengan sukar ke belakang untuk memastikan dia tidak terjatuh sama ke dalam perigi.

Dengan susah payah emak berusaha keras memegang akar pokok yg berjuntaian di sekeliling perigi dan cuba untuk memanjat naik. Beberapa kali emak jatuh kembali ke dalam perigi, tapi dia berusaha juga untuk naik dan berjaya. Dengan keadaan yg basah, kusut masai dan tangan yg calar dah berdarah, emak terus mengambil Ima di atas dukungan Ani dan berlari ke rumah jiran yg terdekat sambil menangis meminta tolong.. kami berlari sama mengikut emak.. masih tergiang2 lagi jeritan emak "Maksu, tolong anak saya maksu, anak saya dah mati maksu!" berulang kali dia menjerit ayat yg sama sehingga kami sampai ke rumah maksu (yg waktu itu menjadi jiran terdekat kami)...

Maksu dan suaminya kebetulan ada di rumah terus menolong emak mengeluarkan air dari badan Ima.. waktu itu saya tidak faham apa yg mereka lakukan... cuma saya ingat, emak masih menangis, maksu dan beberapa jiran lain menggosok2 belakang Ima, paksu berkejar keluar dgn motosikal dan kembali dgn sebuah kereta buruk.. selepas itu emak mengikut Maksu membawa Ima ke hospital dgn keadaan basah kuyup... memori selepas itu terus hilang dari rakaman otak saya... yg pastinya Ima tidak meninggal dunia kerana dia masih hidup ke hari ini dan telah pun mendapat zuriat yg dua sebulan yg lepas...

Apa yg ingin saya kongsikan bersama di sini ialah, betapa besarnya pengorbanan emak mnyelamatkan nyawa Ima yg hanpir lemas terjatuh di dalam perigi.. emak sanggup bergadai nyawa melompat ke dalam perigi walau dia tahu, belum tentu dia dapat menyelamatkan Ima dan dia mungkin akan terkorban sama... betapa tingginya kasih sayang seorang ibu terhadap anak2nya... selepas itu baru saya tahu yg emak sebenarnya memang handal berenang dan arwah ayah sendiri kalah dgn emak.

Hingga ke hari ini, sekiranya emak bercerita berkenaan dgn kisah ini, air matanya mesti mengalir, kata emak "emak nyaris2 lagi kehilangan seorang lagi anak"...

Selamat Hari Ibu semua.. insyaAllah esok saya ceritakan satu lagi kisah yg hampir sama, pengorbanan ibu saya menyelamatkan nyawa anaknya daripada terbakar hidup2 dalam kejadian kebakaran rumah kami pada mei 1992.

2 comments:

NFA said...

terharunya sy bc entry ckg nyh..
ssob..sob..

MIZANA said...

org yg susah yg paling byk mengalami pengalaman hidup yg penuh rencah... bersyukurlah kerana kamu dilahirkan di dalam keluarga yg tidak perlu bersusah payah meminjam beras tiap kali keputusan makanan... setiap org ada pengalaman hidup yg berbeza, kerana itu kekuatan kita berbeza. :):)