About Me

My photo
Saya seorang guru ICT di Putrajaya sejak tahun 2002.

Wednesday, May 13, 2009

Sebuah Kisah 2...

Emak (kanan) bersama Wati.
Sue dan Wati

Hari Ibu telah berlalu.... namun saya ingin menyambung satu lagi kisah seperti yg saya janjikan ahad lepas... kisah my mum selamatkan adik perempuan saya sue daripada terbakar hidup2 dalam kebakaran rumah kami pada mei 1992...

Waktu itu pertengahan mei 1992... saya di tingkatan 3 di SMK Tengku Mahmud, Besut dan bakal menduduki SRP (tahun terakhir before ditukar PMR 1993). Rumah papan yg kami duduki memang agak uzur kerana arwah ayah membelinya dari anak kpd pemilik rumah berkenaan. Byk yg telah dibaiki oleh arwah ayah termasuk bahagian dapur. Tapi oleh kerana memang kami waktu itu hidup dalam kesusahan, arwah ayah cuma mampu menggunakan atap nipah sebagai bumbung bhgn dapur.


Emak membuka gerai kecil di tepi jalan dan menjual pelbagai juadah untuk sarapan, biasanya laksam, nasi berlauk atau nasi kerabu... tiap2 malam, saya dan kakak Ani akan menolong emak memasak di dapur hinggalah lewat malam.. kami akan menggunakan dapur kayu kerana menurut emak, dapur gas hanya boleh digunakan untuk memasak di siang hari saja. Ini kerana gas memasak perlu dijimatkan kerana emak tak mampu menukarnya dgn kerap.

Biasanya kami siap memasak lebih kurang pukul 10-11 malam.. saya dan Ani akan memastikan baki2 api dan bara dari kayu api telah padam, jika tidak kami akan renjis2 kan dgn sedikit air supaya nanti ia tidak merebak ke bahagian lain.. tapi malam itu mungkin kami terlupa untuk membuat rutin kami yg biasa... lebih kurang 12 malam saya mengangkat su yg ketika itu telah tidur masuk ke bilik kami (sebenarnya bukanlah betul2 bilik, tapi satu ruangan depan dapur yg ditutup dgn almari brg yg buruk).. waktu itu su berusia lebih kurang 4 tahun. Ani tidur disebelah kanan dan sue saya letak di tengah2, waktu itu saya memang tidur dgn Sue kerana saya yg mengasuhnya setelah emak melahirkan Epih dan kemudian ayu...

Rasanya saya baru saja melelapkan mata apabila tiba2 saya mndengar jeritan emak mengejutkan kami.. saya bingkas bangun dalam keadaan mamai... ani di sebelah turut bangun, terasa bahang panas dari api yg tiba2 menjulang tinggi dari bahagian dapur rumah kami.. saya agak panik, ani menjerit supaya mengambil apa saja brg yg mampu kami capai.. saya dan ani berlari mengangkat satu2nya TV yg kami ada, yg baru saja dibeli beberapa bulan oleh arwah ayah.. tiba2 kedengaran bunyi yg amat kuat seperti letupan dari bahagian dapur... saya boleh nampak dgn jelas tong gas memasak kami melayan ke udara dan jatuh ntah di mana..

Emak berlari ke sana ke sini mengambil apa yg terdaya sambil mengarahkan adik2 kami yg masih kecil supaya keluar dari rumah dgn segera... adik saya yg kecil ketika itu ialah ayu tidur di dalam buaian kain di tengah rumah, emak mengangkat buaian tersebut dan terus melontarnya keluar dari rumah dgn ayu masih di dalamnya!! Ani berlari turun dan menarik ayu dari dalam buaian tersebut. Abg sulung saya dan sepupu yg biasanya bermalam di rumah nenek yg terletak lebih kurang 300 m dari rumah kami terus berlari pulang... arwah ayah, abg ke dua dan beberapa org kg cuba memadamkan api, tapi tidak berjaya... akhirnya mereka cuma mampu menarik keluar apa saja brg yg termampu.

Kami semua telah berada agak jauh dr rumah dan cuma mampu memandang rumah yg sedang dijilat api, apabila tiba2 saya mendengar emak menjerit, dia mengira2 beberapa kali kmudian menjerit lagi.. "Su mana??????" saya dan ani saling pandang memandang kerana sedar bahawa kami telah tertinggal sue yg tidur sebilik dgn kami... "kami lupa nak bawak su turun!!" jerit kakak saya ani sambil menangis... kotak ingatan saya tak dapat mengingati waktu itu arwah ayah di mana.. tapi saya dapat melihat emak terus bingkas bangun dari duduknya, berlari dgn kencang ke arah rumah yg telah separuh terbakar sambil diikuti oleh abang sulung saya dari belakang "Jgn pegi mak, jgn pegi, api tengah marak!!" abg sulung saya, abg man terus memeluk emak erat dari belakang.

"Jgn pegi yah, api dah banyak!!" jerit jiran kami pakcik Mail yg separuh umur turut menghalang emak.. saya tidak ingat waktu itu arwah ayah di mana... tapi emak menolak abg man sekuat hatinya sehingga dia telentang ke atas tanah.. emak berlari naik ke atas rumah dgn keadaan api yg semakin marak membakar bahagian atas bumbung rumah.. waktu itu bahagian dapur telah hangus dijilat api.. apa sedang merebak ke rumah induk melalui bumbung... tak lama kemudian emak berlari keluar selaju yg boleh sambil mendukung adik saya su yg belum terjaga dari tidurnya!!! Sebaik saja emak melangkahkan kakinya ke tangga akhir rumah kami, bhgn bumbung yg sedang terbakar terus jatuh dan menimpa tepat2 ke bilik tidur tpt saya, su dan Ani tidur!!... Emak memeluk su dgn erat sambil menangis teresak2.. saya dan ani cuma mampu menangis dan memeluk emak dari belakang... "Mak, saya terlupa nak angkat su sama" bisik saya ke telinga emak yg masih menangis kelegaan.. "kita hampir kehilangan dia" bisik emak perlahan. "kita hampir2 lagi kehilangan dia" bisik emak lagi.

Rumah papan kami yg kecil dan uzur, yg masih beratapkan separuh nipah dan separuh zink, roboh dalam masa tak sampai pun 15 minit.. bomba sampai kemudiannya cuma sempat memadamkan bara2 api dari saki baki rumah kami yg terbakar. Hanya beberapa org kg yg hadir menolong kerana kejadian berlaku lebih kurang 3.30 pagi.. waktu itu semua org tengah tidur dgn lena.. jarak rumah kami yg agak jauh mnjadikan nasib kami lebih malang kerana tak ramai org yg mendengar dan melihat kebakaran tersebut.

Apa yg ingin saya kongsikan di sini ialah, pengorbanan emak yg sanggup meredah api yg sedang marak untuk menyelamatkan anaknya yg berusia 4 tahun daripada terbakar hidup2 di dalam kebakaran rumah sendiri... emak tidak fikirkan keselamatan dirinya tapi cuma ingat yg dia tak sanggup melihat anak sendiri rentung di depan mata.. sampai hari ini saya masih menangis mengenangkan peristiwa ini kerana salah saya terlupa membawa adik saya yg tidur sebilik bersama saya. Kalaulah terjadi sesuatu yg buruk kepada emak dan su, bermakna sayalah yg bersalah.. tiap kali saya ajukan hal ini kepada emak, emak pasti berkata "takde sapa yg salah, masa tu ana kecil lagi, ana panik dan tak ingat adik tidur sekali. Benda dah nak jadi, tapi emak dan su masih panjang umur kerana masih lagi hidup sampai skrg".
Sehingga ke hari ini, saya masih ternampak2 api menjulang tinggi membakar rumah tpt kami berteduh selama bertahun2.. memusnahkan impian hidup kami bersama.. saya agak kuat kerana masih bangun dgn gagah untuk menghadapi SRP 5 bulan kemudiannya.. guru2 dan kawan2 di sekolah ramai yg membantu... terima masih kalian..:):)

Buat emak yg disayangi, SELAMAT HARI IBU.


3 comments:

NFA said...

cedihnye baca kisah ckg nyh..
rse nk nanges pown ada jgk..
sob..

Anonymous said...

Salam Zana,
Hari-hari Kak Shima datang singgah rumah cyber awak ni, tak jemput pun masuk jugak. Dua2 kisah pengorbanan ibu Zana tu, memang pengorbanan yang tak akan terbalas dunia dan akhirat. Buat Zana, sementara emak masih ada buatlah yang terbaik untuk dia tetapi dengan keizinan suami. Bagi akak yang dah yatim piatu ni, hanya doa dan Al-fatihah saja yang mampu diberi buat kedua2 Alllahyarham. Jangan segan untuk memeluk, mencium dan menunjukkan kasih sayang kita kepada emak kerana apabila dia telah tiada, saat itulah yang sangat2 kita rindukan. (pengalaman sendiri) lebih2 lagi bila kita ada masalah yang tak dapat kita luahkan kepada orang lain walaupun suami sendiri. Cintailah ibu anda semetara masih ada.


SELAMAT HARI GURU. Ikhlas, sabar dan bertanggungjawab.

kshima

MIZANA said...

Wsalam kak shima... thanks sebab sudi singgah hari2 ke rumah saya...ehehe.. takpelah.. selalu dialu2kan, jemput je masuk, tak payah tunggu tuan rumah pelawa ye... seronok bila ada org membaca dan memberi komen...

Kak shima, betul seperti kata kak shima tu.. sebenarnya saya ni seorang yg agak 'hati batu', keras hati dan sukar untuk menangis.. sukar meluahkan dan menunjukkan perasaan samada saya sedih or sayang... kadang2 begitu sukar untuk menyatakan kpd ibu kita betapa kita menyayangi dirinya, memang tak terluah dgn kata2 kerana saya bukan seorang yg suka memeluk dan mencium ibu dan ayah... pada saya cukuplah dgn kata2 lembut dan sopan melayan mereka... so, oleh sebab saya tau saya org yg 'tak terluahkan', maka saya menggunakan pendekatan lain, selalu bertanya kabar, cerita suka duka beliau kt kg, memberinya hadiah2 walaupun kecil supaya beliau rasa yg saya amat menyayangi dirinya.. hopefully emak saya akan faham...

Thanks kak shima...