About Me

My photo
Saya seorang guru ICT di Putrajaya sejak tahun 2002.

Friday, May 29, 2009

Sambutan hari guru peringkat smk p8(1)


persembahan guru; en. Rosmizi


persembahan guru dan pelajar


persembahan staff sokongan


persembahan guru, En. Mohamad


persembahan kumpulan nasyid pelajar


persembahan dikir barat pelajar


persembahan permulaan pelajar 6b dan guru


menanti majlis bermula


ucapan aluan dari ketua pelajar, mohd afiq raship.



Salam...

pada hari yg aman damai dan tenteram ini walau byk keje kena buat, tapi smkp8(1) telah membuat majlis sambutan sempena hari guru.... walaupun agak sederhana tetapi meriah.. thanks a lot untuk pelajar2 yg memberikan cikgu hadiah... thun depan bleh kasi lagi ye?
ehheeh.. kt sini saya letakkan gambar pagi tadi...


Alamak, takleh tulis byk laa... ngantuk giler ni...nak kena tido jap la..nanti sy edit balik post ni...adushhh..mata asyik terpejam je walau tgn tgh menaip ni...




DAH EDIT at 31 mei.

Wednesday, May 27, 2009

sukaneka hari guru

walaupun pagi tadi saya keluar mentaksir ke smk p16-1 dan smk p9-1, dan esok pulak ke smk p11-1, tapi itu tidak menjadi halangan untuk saya sertai sukaneka sempena hari guru di sek...

mula2.. telematch, partner dgn stud upper 6, kalah le, antara yg terakhir lak tu, sebab apa? sebab perut saya dah kenyang baru lepas makan, itu yg x abis makan sehiris buah tembikai tu... dapat pulak hirisan yg tebal.. pahtu kontrol ayu sekali... cehhhhhh.. hamapagasss betuiiii kalah... eheheh...

pahtu main futsal and netbal... cikgu lelaki main netball dgn bdk lelaki.. cikgu perempuan main futsal dgn bdk ppuan.. saya la tu antara pemainnya... seronok jg.. saja suka2 sempena hari guru... untuk meraikan hari untuk diri sendiri...ehehe.. sendiri la seronok... tapi kalah lagi.. xpelah.. suka2 je... dapat hadiah gak... (aiman tak heran!!!!!)

walau apa pun, apa yg penting??? BAKAR KALORI!!!! eheheh...

Mula mentaksir courseworks ICT

2 hari berturut2 dalam minggu ni saya tidak ada di sek... sekrang musim pentaksiran kerja kursus, so, sbg KPN, saya harus memantau sek2 dalam putrajaya yg menawarkan subjek ict.. lihat fail cikgunya, fail budaknya, evidencenya, susun aturnya, masalahnya... semua kena lihat, perhati dan rekod, last sekali laporan mesti dihantar ke ketua pntaksir kebangsaan....

oleh kerana saya sudah menjalankan tanggungjawab ini selama 2 tahun dan ini thn yg ke 3, so, x byk masalah sgt, saya rasa saya sudah mula memahami flow pentaksiran ni... cikgu2 di sek2 tersebut pun byk membantu dan memberikan kerjasama yg baik....Alhamdulillah...

walau apa pun, apa yg penting?? KERJASAMA!!!!

Monday, May 25, 2009

today is my birthday!!

today is my birthday yg ke....???? tut...tut.... rahsia... awal 30 an laaa.. tua dah..
macam tak percaya ramai pulak di kalangan kawan2 guru yg ucap slmt hari jadi... conpius gak kjap... mcm mn diaorg tau.. bila ditanya, rupanya diaorg dpt dr facebook..lupa lak bila saya letak my real date of birth dlm facebook tu... pepe pun, thnx a lot kengkwn..

and as usual.. my bos, pn. roslina mior adhlan give me a gift...thnx a lot k ina.. kak ina memang pemurah... itu yg menjadikan kami2 semua segan kt dia....

sampai ptg td, tertunggu2 gak, kot2 my hubby this year bermimpi to give me something... bukanla mengharap tp kengkdg, terasa jeles org lain ada yg dilayan spt puteri di hari jadinya, asben menghantar kek dan hadiah smpai ke opis... but inilah realiti... mimpi tidak selalu menjadi kenyataan, and mungkin sudah sampai masanya utk saya tidak bermimpi lg kerana my hubby itulah sikapnya-tidak suka menghadiahkan!.

terfikir juga, setiap thn saya memberikn dia hadiah bday, kot2 this year, dia terfikir and teringim membalasnya...tapi itulah org kata... sewaktu memberi kita sepatutnya sembunyikan tangan, jgn mengharapkn sebrg balasan.... ikhlas memang la ihklas, tapi jauh di sudut hati, saya teringin menerima satu kotak berbalut kertas bunga2 dgn kad mesej romantik walaupun di dalamnya cuma hadiah sebatang berus gigi!!!

usahlah melayan perasaan... cukuplah dgn ucapan dan sebiji kek pd ptg td yg telah dibocorkan oleh haziq... thank u hubby.

lepas tu agak pelik pula bila my brother wish me hepi bday sebab selama 30 thn hidup saya ni dia tak pernah ingat my birthday!!.. eheh... whteverpun, tq.

Wednesday, May 20, 2009

welcome to lower 6 studs!!!

Salam...

Lupa lak nak wish welcome to all lower 6 students.. cayalah anda semua, tahniah kerana memilih ting 6 dan tidak terpengaruh.. tidak merendah diri sewaktu rakan2 lain mengejek dan memperli kerana anda melangkah sekali lagi ke alam persekolahan yg memerlukan anda memakai seragam sekolah...

Actually, kenapa anda perlu malu? Hina ke amik form 6? Tersisih ke bila dtg ke sek? Nampak macam bodoh kah apabila anda terus belajar di sek? Adakah masuk ting 6 melayakkan anda masuk golongan - pelajar2 yg tidak pandai?

Jgn berfikiran begitu adik2 sekalian, di mana pun anda belajar, yg penting niat murni dan ikhlas hati anda... kalau belajar di uni or kolej semata2 untuk menunjukkan yg kita dapat result bagus, kita pandai compared than other person... emm... tak lama la tu.. Tuhan itu Maha Adil... org yg selalu riak dan suka menunjuk2 akan cepat mendapat balasanNya.. percayalah...

Walaupun ada di kalangan guru2 sendiri yg mempertikaikan kenapa anda masuk ke ting 6... abaikan sahaja sttments yg beliau ungkapkan... biar masuk telinga kiri, keluar balik telinga kanan... sebenarnya guru yg mempertikaikan sistem pendidikan sendiri (kerana form 6 masih lagi dalam sistem pendidikan persekolahan), dia adalah guru yg tiada kredibiliti sbg seorang guru.. sepatutnya guru tersebut harus memberikan anda semangat dan kata2 perangsang supaya anda tidak merasa satu bebanan apabila melangkah ke ting 6... sepatutnya guru tersebut menasihatkan anda secara adil dan saksama... sekiranya anda ke uni or kolej, apa yg anda akan dapat baik dan buruk.. sekiranya anda melangkah ke ting 6 apa pula yg anda akan perolehi, baik and buruknya....

Sepatutnya guru tersebut memberikan anda kata2 nasihat supaya anda tidak terus merasa rendah diri... sepatunya dia berkata... sekali melangkah kembali ke sek sbg pelajar tg 6.. belajarlah bersungguh2 supaya anda tidak mengulangi kekecewaan dalam peperiksaan yg lepas.. supaya anda tekun dan bersemangat mempelajari ilmu yg diberi di gedung pembelajaran yg baru.. dengan tekad dan azam yg baru supaya pencapaian cemerlang akan anda perolehi dalam peperiksaan STPM....

Pelajar2 sekalian, jgn dengar cakap org, even dia adalah guru anda yg cuba menjatuhkan semangat anda... biarlah anda membuat keputusan sendiri setelah anda membuat perhitungan dan keputusan yg dirasakan tepat... Adik2... anda jadilah diri sendiri.. jgn jadi diri anda seperti yg org lain inginkan...

Walau apa pun, cikgu di sini sebagai seorang guru, ikhlas membantu kamu untuk meneruskan perjuangan yg belum selesai di ruang pembelajaran yg baru iaitu PRA U.... :):)

Mid Term Exam masih berjalan

Peperiksaan pertengahan tahun untuk semua form kecuali lower 6 tengah berjalan sehinggalah 27 mei nanti... waduh....sebenarnya relax skit masa exam, after settled down our questions paper.. relaxla cikgu2.. tunggu students dah jawab, bizi balik sebab kena mark pulak...

Selamat menjawab ye pelajar2 sekalian...

Saturday, May 16, 2009

SELAMAT HARI GURU

Salam

Kepada semua guru-guru di seluruh Malaysia, saya ucapkan SELAMAT HARI GURU... berbanggalah kerana kita ada hari untuk diingatkan... ada hari untuk menerima ucapan.. ada hari untuk menanam azam menjadi seorang guru yang lebih dedikasi dan cemerlang...

Kepada semua guru-guru di Malaysia, walau apa halangan yg mendatang, walau kita dihina dan diperkotakkatikkan, walau kita disaman di mahkamah kerana sedikit kesilapan, buktikan yang kita menjadi guru dengan penuh ikhlas dan keazaman, membawa anak bangsa ke mercu kejayaan, mendidik tanpa jemu walau pelajar terdiri daripada pelbagai perwatakan... mereka ada kita.. mereka ada guru yang tidak pernah jemu memberikan ilmu,.... saban hari, saban minggu dan tahun berganti tahun...

SELAMAT HARI GURU!!!


Friday, May 15, 2009

Indahnya malam pertama kita

Salam...

Bacalah sebagai renungan kita bersama.. saya dapatkan ini dari portal SMKTM tempat saya bersekolah dahulu;


Ditulis oleh meezzy
Saturday, 10 January 2009

Satu hal sebagai bahan renungan Kita...Untuk merenungkan indahnya malam pertama
Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata
Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam dan Hawa

Justeru malam pertama perkahwinan kita dengan Sang Maut

Sebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudara
Hari itu...mempelai sangat dimanjakan
Mandipun...harus dimandikan
Seluruh badan Kita terbuka....
Tak ada sehelai benangpun menutupinya. .
Tak ada sedikitpun rasa malu...
Seluruh badan digosok dan dibersihkan
Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan
Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih...
Itulah sosok Kita....
Itulah jasad Kita waktu itu

Setelah dimandikan..
Kitapun dipakaikan gaun cantik berwarna putih
Kain itu ...jarang orang memakainya..
Kerana sangat terkenal bernama Kafan
Wewangian ditaburkan kebaju Kita...
Bagian kepala..,badan. .., dan kaki diikatkan
Tataplah.... tataplah. ..itulah wajah Kita
Keranda pelaminan... langsung disiapkan
Pengantin bersanding sendirian...
Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga
Menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul
Kita diiringi langkah gontai seluruh keluarga
Serta rasa haru para handai taulan
Gamelan syahdu bersyairkan adzan dan kalimah Dzikir
Akad nikahnya bacaan talkin....Berwalikan liang lahat..
Saksi-saksinya nisan-nisan. . yang telah tiba duluan
Siraman air mawar.. pengantar akhir kerinduan

Dan akhirnya.... tiba masa pengantin..
Menunggu dan ditinggal sendirian,
Tuk mempertanggungjawab kan seluruh langkah kehidupan
Malam pertama yang indah atau meresahkan..
Ditemani rayap-rayap dan cacing tanah
Di kamar bertilamkan tanah..
Dan ketika 7 langkah telah pergi......
Sang Malaikat lalu bertanya.
Kita tak tahu apakah akan memperoleh Nikmat Kubur...
Ataukah Kita kan memperoleh Siksa Kubur.....
Kita tak tahu...
Dan tak seorangpun yang tahu....



Sek Cluster: 1 anugerah???

Saya tak pasti apa perasaan saya apabila mendapat tahu yg SMK P8(1) mendapat anugerah sek cluster.. gembira kah? banggakah? teruja? atau ???

Di dalam fikiran saya, byk yg tergambar.. adakah sek cluster bermakna bertambah lagi tugasan seorang guru seperti saya ini? saya tak dapat mengolah panjang..nanti saya cuba dapatkan fakta dan huraian yg berkaitan, pastu saya pastekan kt sini...

Pendaftaran dan orientasi 6B

Salam

Alhamdulillah.. walaupun jumlah pelajar yg mendaftar untk 6 bawah tahun ini menurun berbanding tahun2 sebelumnya.. namun segalanya berjalan lancar.. orientasi pun ok.. tadi pagi pelajar2 yg mendapat cemerlang dalam STPM 2008 datang untuk memberi sedikit motivasi dan semangat kepada pelajar2 baru ini...

Thanks Apis, Leesyafiqah and Nad.. korang ni memang bagus betul lah... eheh.. lepas kuar nanti jadi pakar motivasi pun ok jg...

hari ni saya x dapat bersama Kak Ani sepenuhnya kerana full dgn kelas and skrg tengah mid term lak tu... kesian kak ani..

Kepada pelajar2 6B.. selamat datang ke alam pra U... banyak perkara yg perlu kamu pelajari nanti... insyaAllah, kami yg ada di sini akan membantu sedaya yg mampu supaya kamu semua mampu menggapai kegemilangan berkat usaha dan tawakal kpdNya..

Olahlah langkah, aturkan kaki dengan cara yg betul, tanamkan azam dan tekad bahawa STPM nanti untuk menebus kekurangan dalam SPM.. buktikan yg anda mampu ke menara gading sama spt orang lain..

Wednesday, May 13, 2009

Sebuah Kisah 2...

Emak (kanan) bersama Wati.
Sue dan Wati

Hari Ibu telah berlalu.... namun saya ingin menyambung satu lagi kisah seperti yg saya janjikan ahad lepas... kisah my mum selamatkan adik perempuan saya sue daripada terbakar hidup2 dalam kebakaran rumah kami pada mei 1992...

Waktu itu pertengahan mei 1992... saya di tingkatan 3 di SMK Tengku Mahmud, Besut dan bakal menduduki SRP (tahun terakhir before ditukar PMR 1993). Rumah papan yg kami duduki memang agak uzur kerana arwah ayah membelinya dari anak kpd pemilik rumah berkenaan. Byk yg telah dibaiki oleh arwah ayah termasuk bahagian dapur. Tapi oleh kerana memang kami waktu itu hidup dalam kesusahan, arwah ayah cuma mampu menggunakan atap nipah sebagai bumbung bhgn dapur.


Emak membuka gerai kecil di tepi jalan dan menjual pelbagai juadah untuk sarapan, biasanya laksam, nasi berlauk atau nasi kerabu... tiap2 malam, saya dan kakak Ani akan menolong emak memasak di dapur hinggalah lewat malam.. kami akan menggunakan dapur kayu kerana menurut emak, dapur gas hanya boleh digunakan untuk memasak di siang hari saja. Ini kerana gas memasak perlu dijimatkan kerana emak tak mampu menukarnya dgn kerap.

Biasanya kami siap memasak lebih kurang pukul 10-11 malam.. saya dan Ani akan memastikan baki2 api dan bara dari kayu api telah padam, jika tidak kami akan renjis2 kan dgn sedikit air supaya nanti ia tidak merebak ke bahagian lain.. tapi malam itu mungkin kami terlupa untuk membuat rutin kami yg biasa... lebih kurang 12 malam saya mengangkat su yg ketika itu telah tidur masuk ke bilik kami (sebenarnya bukanlah betul2 bilik, tapi satu ruangan depan dapur yg ditutup dgn almari brg yg buruk).. waktu itu su berusia lebih kurang 4 tahun. Ani tidur disebelah kanan dan sue saya letak di tengah2, waktu itu saya memang tidur dgn Sue kerana saya yg mengasuhnya setelah emak melahirkan Epih dan kemudian ayu...

Rasanya saya baru saja melelapkan mata apabila tiba2 saya mndengar jeritan emak mengejutkan kami.. saya bingkas bangun dalam keadaan mamai... ani di sebelah turut bangun, terasa bahang panas dari api yg tiba2 menjulang tinggi dari bahagian dapur rumah kami.. saya agak panik, ani menjerit supaya mengambil apa saja brg yg mampu kami capai.. saya dan ani berlari mengangkat satu2nya TV yg kami ada, yg baru saja dibeli beberapa bulan oleh arwah ayah.. tiba2 kedengaran bunyi yg amat kuat seperti letupan dari bahagian dapur... saya boleh nampak dgn jelas tong gas memasak kami melayan ke udara dan jatuh ntah di mana..

Emak berlari ke sana ke sini mengambil apa yg terdaya sambil mengarahkan adik2 kami yg masih kecil supaya keluar dari rumah dgn segera... adik saya yg kecil ketika itu ialah ayu tidur di dalam buaian kain di tengah rumah, emak mengangkat buaian tersebut dan terus melontarnya keluar dari rumah dgn ayu masih di dalamnya!! Ani berlari turun dan menarik ayu dari dalam buaian tersebut. Abg sulung saya dan sepupu yg biasanya bermalam di rumah nenek yg terletak lebih kurang 300 m dari rumah kami terus berlari pulang... arwah ayah, abg ke dua dan beberapa org kg cuba memadamkan api, tapi tidak berjaya... akhirnya mereka cuma mampu menarik keluar apa saja brg yg termampu.

Kami semua telah berada agak jauh dr rumah dan cuma mampu memandang rumah yg sedang dijilat api, apabila tiba2 saya mendengar emak menjerit, dia mengira2 beberapa kali kmudian menjerit lagi.. "Su mana??????" saya dan ani saling pandang memandang kerana sedar bahawa kami telah tertinggal sue yg tidur sebilik dgn kami... "kami lupa nak bawak su turun!!" jerit kakak saya ani sambil menangis... kotak ingatan saya tak dapat mengingati waktu itu arwah ayah di mana.. tapi saya dapat melihat emak terus bingkas bangun dari duduknya, berlari dgn kencang ke arah rumah yg telah separuh terbakar sambil diikuti oleh abang sulung saya dari belakang "Jgn pegi mak, jgn pegi, api tengah marak!!" abg sulung saya, abg man terus memeluk emak erat dari belakang.

"Jgn pegi yah, api dah banyak!!" jerit jiran kami pakcik Mail yg separuh umur turut menghalang emak.. saya tidak ingat waktu itu arwah ayah di mana... tapi emak menolak abg man sekuat hatinya sehingga dia telentang ke atas tanah.. emak berlari naik ke atas rumah dgn keadaan api yg semakin marak membakar bahagian atas bumbung rumah.. waktu itu bahagian dapur telah hangus dijilat api.. apa sedang merebak ke rumah induk melalui bumbung... tak lama kemudian emak berlari keluar selaju yg boleh sambil mendukung adik saya su yg belum terjaga dari tidurnya!!! Sebaik saja emak melangkahkan kakinya ke tangga akhir rumah kami, bhgn bumbung yg sedang terbakar terus jatuh dan menimpa tepat2 ke bilik tidur tpt saya, su dan Ani tidur!!... Emak memeluk su dgn erat sambil menangis teresak2.. saya dan ani cuma mampu menangis dan memeluk emak dari belakang... "Mak, saya terlupa nak angkat su sama" bisik saya ke telinga emak yg masih menangis kelegaan.. "kita hampir kehilangan dia" bisik emak perlahan. "kita hampir2 lagi kehilangan dia" bisik emak lagi.

Rumah papan kami yg kecil dan uzur, yg masih beratapkan separuh nipah dan separuh zink, roboh dalam masa tak sampai pun 15 minit.. bomba sampai kemudiannya cuma sempat memadamkan bara2 api dari saki baki rumah kami yg terbakar. Hanya beberapa org kg yg hadir menolong kerana kejadian berlaku lebih kurang 3.30 pagi.. waktu itu semua org tengah tidur dgn lena.. jarak rumah kami yg agak jauh mnjadikan nasib kami lebih malang kerana tak ramai org yg mendengar dan melihat kebakaran tersebut.

Apa yg ingin saya kongsikan di sini ialah, pengorbanan emak yg sanggup meredah api yg sedang marak untuk menyelamatkan anaknya yg berusia 4 tahun daripada terbakar hidup2 di dalam kebakaran rumah sendiri... emak tidak fikirkan keselamatan dirinya tapi cuma ingat yg dia tak sanggup melihat anak sendiri rentung di depan mata.. sampai hari ini saya masih menangis mengenangkan peristiwa ini kerana salah saya terlupa membawa adik saya yg tidur sebilik bersama saya. Kalaulah terjadi sesuatu yg buruk kepada emak dan su, bermakna sayalah yg bersalah.. tiap kali saya ajukan hal ini kepada emak, emak pasti berkata "takde sapa yg salah, masa tu ana kecil lagi, ana panik dan tak ingat adik tidur sekali. Benda dah nak jadi, tapi emak dan su masih panjang umur kerana masih lagi hidup sampai skrg".
Sehingga ke hari ini, saya masih ternampak2 api menjulang tinggi membakar rumah tpt kami berteduh selama bertahun2.. memusnahkan impian hidup kami bersama.. saya agak kuat kerana masih bangun dgn gagah untuk menghadapi SRP 5 bulan kemudiannya.. guru2 dan kawan2 di sekolah ramai yg membantu... terima masih kalian..:):)

Buat emak yg disayangi, SELAMAT HARI IBU.


Alahai 6AW1....

"Masihkah kau ingat
Sekuntum bunga itu
Mekar di taman ini
Ia menjadi layu.."

Apa kena mengena lagu di atas dgn my title yek? emmm... takde pun sebenarnya.. saja je nak nyanyi.. lama dah tak test suara yg serak2 kering ni...

Agak sedih dan kesal kerana tadi menunggu kelas 6AW1 naik ke makmal komputer sampai pukul 2 tapi mereka tak naik2 hingga abis waktu... saya agak letih untuk mencari bdk2 ni sebab hari ini kelas full dan saya baru saja beredar dr bilik AV... ingatkan info yg saya beri kat shuhana sampai.. tapi tidak.. mungkin dia lupa.. itu jelah sttment yg bleh dibuat.. .tapi dada agak panas jgklah sebab semalam pun dah ckp dgn monitor kelas agar ke makmal and kelas PAM on... mereka juga yg mintak sebab kononnya nak mengulangkaji subjek pam.. kt bilik muzik tu panas... so... atas dasar kasihan dan syangkan pelajar, saya nak bwk lah ke lab 4.. boleh ulangkaji skit and bagi tips utnk menjawab K1... pepe pun, nasi sudah menjadi hangit.. diaorg tak naik.. saya dah jenguk byk kali ke bawah, tapi x nampak sesapa and saya x mahu lagi dah cari diaorg sebab tiap kali masa pam dan mereka masuk lambat dgn alasan salah tgk jadual waktu, saya yg turun cari mereka kt kelas.. so, kali ini, saya biar je lah... never mind... mereka dah besar, fikir lah sendiri.

Pepe pun, panas hati juga bila kita menjenguk, bukan sibuk dgn keje tapi sibuk mendengar lagu... emmmm...

Takpelah, cikgu maafkan korang, tapi cikgu pasti next time korang buat lagi.... takpelah.. kamu dah besar, fikirlah yg mana baik, demi mid term yg akan kamu amik esok, cikgu maafkan kerana taknak kerana secuit rasa tergelincir di hati cikgu menyebabkan kamu 'tercuai'.... - Cikgu bukanlah sekejam yg dilihat...

Saturday, May 9, 2009

Sebuah Kisah

Ima dan anaknya Amir bersama Nemi


Sempena hari ibu yang akan disambut esok ni.. saya ingin juga berkongsi sebuah cerita tentang pengorbanan ibu saya yang kini telah berusia 57 tahun...

Emak saya berkahwin di usia yg muda... iaitu 14 tahun.. arwah ayah pula 17 tahun.. waktu itu emak tidak bersekolah kerana arwah atuk dan nenek saya keluarga yg susah dan mempunyai anak yg ramai.. jadi emak lah menjadi tempat bergantung harap untuk menjaga 2 orang adik nya yg masih kecil iaitu makcik2 saya. Abang2 dan kakak emak dihantar ke sekolah.

Memang emak dan ayah memulakan kehidupan dgn penuh rintangan.. selama perkongsian hidup mereka, kami 14 orang adik beradik lahir.. abang saya yg paling sulung, meninggal dunia sewaktu berusia 40 hari.. kalau arwah masih hidup mungkin usianya waktu ini sudah mencecah 40 tahun.

Sekiranya ingin ditulis, terlalu banyak pengorbanan yg emak lakukan untuk kami, mungkin boleh dibukukan dgn puluhan muka surat...

Saya cuma ambil secebis kisah yg meninggalkan kesan yg amat berbekas di hati kami.. kisah yg pertama, waktu itu saya berusia sekitar 7 tahun..

Suatu petang, ayah seperti biasa akan balik lewat dari kejenya menahan bubu untuk menangkap udang dan ketam di sungai, biasanya lewat maghrib baru sampai ke rumah... saya dan kakak, Ani sedang menolong menyusun kayu api yg sedang emak belah di laman depan rumah.. biasanya adik2 yg lain akan bermain di sekitar laman depan dan belakang rumah saja.. waktu itu, adik saya yg paling kecil ialah Ima, berusia sekitar 3 tahun..

Tiba2.. adik lelaki saya Alwi yg waktu itu berusia 5 tahun, berlari ke depan rumah menuju ke arah emak sambil menangis teresak2... "Mak, adik jatuh perigi! Adik jatuh perigi!" dengan suara pelatnya dia menangis sambil menarik tangan emak menuju ke perigi terletak di belakang rumah... perigi di belakang rumah itu adalah punca air utama kami, waktu itu tidak ada paip air langsung, perigi itu pun digali oleh arwah ayah dgn abg2 saya dan diletak pagar kayu dan dipaku papan sekelilingnya. Kebetulan pula hari itu, banyak papannya yg telah patah dan tercabut, membolehkan seorang budak berusia 3 tahun bolos melaluinya.

Kami berlari sama mengikut emak yg waktu itu terus menjerit terkejut dan panik.. kebtulan pula, abg sulung dan ke dua juga tidak ada di rumah kerana menemankan arwah ayah ke sungai. Saya dan Ani cuma mampu menangis melihat emak berlari mengelilingi perigi sambil menjerit2 meminta tolong... saya dapat melihat Ima tenggelam timbul di dalam perigi yg airnya separas kepala orang dewasa. Rumah kami agak jauh dari rumah org kg, menjadikan nasib kami lebih malang kerana tiada siapa yg mendengar jeritan emak...

Tiba2 saya lihat, emak seperti bertekad, dia kemaskan kain batik yg dipakainya dan terus "bushhh!!!" terjun ke dalam perigi tersebut. Saya lihat emak tenggelam sekejap, kemudian dia timbul kembali sambil mengangkat badan Ima setinggi yg dia boleh.

"Ani, cepat ambil adik ni, cepat! Na tolong pegang Ani kuat2, biar dia ambik Ima!" jerit emak dari dalam perigi. Kakak saya waktu itu berusia 9 tahun, terus menghulurkan ke dua belah tangannya memegang kepala dan kaki Ima yg waktu itu sudah kaku. Saya memegang hujung baju Ani dan menariknya dengan sukar ke belakang untuk memastikan dia tidak terjatuh sama ke dalam perigi.

Dengan susah payah emak berusaha keras memegang akar pokok yg berjuntaian di sekeliling perigi dan cuba untuk memanjat naik. Beberapa kali emak jatuh kembali ke dalam perigi, tapi dia berusaha juga untuk naik dan berjaya. Dengan keadaan yg basah, kusut masai dan tangan yg calar dah berdarah, emak terus mengambil Ima di atas dukungan Ani dan berlari ke rumah jiran yg terdekat sambil menangis meminta tolong.. kami berlari sama mengikut emak.. masih tergiang2 lagi jeritan emak "Maksu, tolong anak saya maksu, anak saya dah mati maksu!" berulang kali dia menjerit ayat yg sama sehingga kami sampai ke rumah maksu (yg waktu itu menjadi jiran terdekat kami)...

Maksu dan suaminya kebetulan ada di rumah terus menolong emak mengeluarkan air dari badan Ima.. waktu itu saya tidak faham apa yg mereka lakukan... cuma saya ingat, emak masih menangis, maksu dan beberapa jiran lain menggosok2 belakang Ima, paksu berkejar keluar dgn motosikal dan kembali dgn sebuah kereta buruk.. selepas itu emak mengikut Maksu membawa Ima ke hospital dgn keadaan basah kuyup... memori selepas itu terus hilang dari rakaman otak saya... yg pastinya Ima tidak meninggal dunia kerana dia masih hidup ke hari ini dan telah pun mendapat zuriat yg dua sebulan yg lepas...

Apa yg ingin saya kongsikan bersama di sini ialah, betapa besarnya pengorbanan emak mnyelamatkan nyawa Ima yg hanpir lemas terjatuh di dalam perigi.. emak sanggup bergadai nyawa melompat ke dalam perigi walau dia tahu, belum tentu dia dapat menyelamatkan Ima dan dia mungkin akan terkorban sama... betapa tingginya kasih sayang seorang ibu terhadap anak2nya... selepas itu baru saya tahu yg emak sebenarnya memang handal berenang dan arwah ayah sendiri kalah dgn emak.

Hingga ke hari ini, sekiranya emak bercerita berkenaan dgn kisah ini, air matanya mesti mengalir, kata emak "emak nyaris2 lagi kehilangan seorang lagi anak"...

Selamat Hari Ibu semua.. insyaAllah esok saya ceritakan satu lagi kisah yg hampir sama, pengorbanan ibu saya menyelamatkan nyawa anaknya daripada terbakar hidup2 dalam kejadian kebakaran rumah kami pada mei 1992.

Selamat Hari Ibu

Salam... kepada sesiapa yg sudah bergelar ibu, Selamat Hari Ibu saya ucapkan... sebenarnya saya sendiri pun tak pernah menyambut hari ibu ni... sekarang ni nak ucap la juga kt kawan2 yg dah jadi ibu, semoga setiap tahun menjadi seorang ibu yg makin tabah melayani kerenah anak2 dan keluarga...

Adriana dah siapkan satu replika itik untuk saya di sekolah semalam... ditepi kiri dan kanan itik tersebut, ditulis dgn perkataan Selamat Hari Ibu dan Hafizah Nur Adriana... terfikir saya, betapa bagus tadika zaman sekrang kerana telah mengajar anak sekecil itu untuk memahami dan mengenang ibunya... zaman saya tadika dulu, hari2 nyanyi je.. pastu baca huruf, pastu nyanyi, baca lagi, nyanyi lagi... diulang2..ehehe..

Friday, May 8, 2009

Akhirnya Adriana terpaksa pakai cermin mata



Salam... hari isnin saya, hubby dan anak2 pergi ke satu lagi klinik swasta iaitu acs eyes specialist utk check mata adriana... ntah yg ke berapa kali dan rasanya ini dah hospital yg ke 6 kami masuk... klinik swasta biasa, hosp pakar putrajaya, hosp pakar annur, alzahrah baru sempat wat appointment... kami ke acs dlu... walaupun penat dan letih dgn kerenah doc and nurse tapi demi anak yg masih kecil, kami berusaha juga mencari punca kenapa gelembung spt ketumbit kt mata kanan adriana tidak mahu surut walaupun dah pelbagai ubat yg doc syorkan kami guna...

Finally, di acs, kami benar2 berpuas hati dgn layanan doc, layanan nurse.. walaupun adriana menangis dan merengek tidak mahu matanya diperiksa... akhirnya... doc berjaya juga mengambil power matanya utk rekod... ketumbit itu masih ada.. doc cuma dapat bagi tisu utk sapu dan gosok selama sebulan... semoga ia akan hilang sebaik saja kami habis guna tisu tu.. sy sgt berharap semoga keajaiban berlaku....

Berita pahitnya satu, mata adriana mengalami rabun silau yg agak tinggi... kiri dan kanan, 250 dan 175... kata doc, bukan banyak tgk tv or selalu bermain komputer punca rabun silau itu, tetapi kerana bentuk anak matanya yg tidak bulat seperti anak mata normal.... nasihat doc, kami harus memastikan adriana menggunakan kaca mata supaya dia dapat membaca dan melihat dgn lebih jelas... kalau tidak, ia akan menjadi punca dia lambat membaca kerana adriana keliru untuk mengenalpasti huruf or nombor yg seakan sama.. contohnya, dia akan keliru dgn huruf O dan D.., 8 dan 6... dll...

So, finally, si kakak, adriana yg baru berusia 6 thn itu memakai cermin mata utk menahan rabun silaunya... tak dapat saya gambar kan 20 tahun akan datang, gi mana ye? saya yg dah hampir 20 tahun lebih memakai cermin rabun jauh ni pun, powernya tak pernah turun.. emmm.. hopefully, miracle will be come...

Pendaftaran Lower 6 2009 - 11 Mei ini!

Pendaftaran pelajar2 baru untuk 6b pada ari senin depan... start balik la kesibukan saya ni... malas lak nak citer kt sini... asyik citer sal bz je.. macam org lain tak sibuk...kita je yg sibuk!!! ye tak? anyway... memang tensen ler...

Tadi mintak tolong afiq, tabliq and nizam siapkan buku program utk hari orientasi dgn pelajar lower 6... setakat ni feed back yg saya dpt dari x-studs p8(1), ramai juga yg berminat untuk sambung ke tg 6 bawah.. Alhamdulillah...

Adik2 sekalian, ke mana pun kaki anda melangkah, ke ipta, ipts, poli, kolej or tg 6... yg penting hati dan tekad anda... anda yg tahu apa sebenarnya yg anda mahukan... jgn ikut kawan, kerana kawan tidak akan menjadi penentu nasib dan rezeki anda... rezeki ada di mana2... ikhlaskan hati kita apabila kita mahu menuntut ilmu... tanamkan azam, kuatkan semangat, di mana pun anda berada selepas ini... itu lah diri anda yg anda usahakan.. 100% ke? 80% ke? 50% ke? Pastikan anda tahu apa yg anda mahukan... jadilah diri anda sendiri... tak perlu ikut perasaan, nanti mati... ikutlah kata hati yg positif kerana di situlah nanti permulaan hidup anda ke arah yg lebih sempurna....

Lawan Netball for Sambutan Hari Guru

Salam...

Dah 2 minggu lebih kurang berlatih untuk perlawanan bola jaring sempena sambutan hari guru peringkat putrajaya.... semua akak2 and yg muda skit macam aku ni pun semput aje tak sampai 5 minit main.. bak kata kak nor, dia yg 4 series (40 an) sure le lagi teruk semputnya berbanding kami2 yg 3 series or 2 series ni... ehehehe.. lawak le kak nor ni.

Semalam dah lawan dgn smk p9(1), menang ler skit dgn 7 gol berbalas 0... hari ni lawan pulak dgn sk p9(1).. nasib badan ler lawan dgn cikgu2 sek rendah ni... semua pandai main... agaknya biasa lawan masa kt maktab (maklumla, cikgu2 kdpm dulu wajib masuk acara gerko ni selama 3 thn berturut2...) ..huisshhhh... teruk cikgu2 kami dibelasah dgn cikgu2 diaorg... ehehe...

Takpelah... main untuk suka2 je.. kalau menang bangga juga.. tapi kalau kalah xpelah....nak buat macam mana.. adat permainan kan.. yg penting boleh mengeratkan silaturrahim sesama guru di putrajaya ni... emmmm.. cuma perasan juga ada cikgu2 yg terlebih emosional... beria2 sgt nak menang sampai muka masa main pun, mencuka lain macam tiap kali bola terlepas ke tangan lawan... tapi iskkk bila dia dapat jaringkan gol, bukan main lagi eksyennya... emmm.. ntahlah... macam ni punya guru pun ada... sombong lak tu... dik nooon oiiii... terover confident pun tak bleh juga... jgn ler beranggapan semua yg kita buat itu baik dan disukai oleh semua orang.... emmm.. ntahle.... ikut suka ko le... janji ko tak kacau hidup kami sudah....

Sayang pulak takde gambar kenangan untuk perlawanan ini... saya dah charged bateri digital camera, tapi terlupa nak bawak... its ok... pepe pun, seronok juga main macam ni sekali sekala... banyak kalori terbakar... burned so more fat.. but after arrived at home... no more works for me plsss!!! ehehe... letih woooo... nasib baik my hubby faham.. order kt food court belakang rumah je sepanjang minggu ni... :) :)

Saturday, May 2, 2009

Bersalah kah anda kalau....

Salam...

Sejak 2-3 hari ni.. ada je kenduri sekitar lorong rumah saya ni... abg supian depan rumah dah 2 kali wat minum2 petang ajak jiran2 tetangga bertandang... kali pertama memang saya tidak tau menahu, kebetulan haritu ada kenduri tahlil umah adik hubby lak kat kajang.

Kali ke 2 pulak, petang semalam, pun saya tidak tahu, tgk2 dah ada khemah kecil kt depan umah dia, bila saya tanya barulah hubby bgtau abg supian ajak minum2 ptg.. alahai hubby ni pun satu.. selalu terlupa nak cakap jemputan org... saya dah merancang nak pergi... semntara tunggu hubby balik dari hantar pc kawan, saya tertidur dgn anak2 kt ruang tamu, boleh tahan kepenatan sebab pagi tu dah ke hypermarket cari barang dapur.. jaga dah hampir maghrib, jenguk2 kt depan masih ada org bertnadang... tapi segan la pulak nk pegi sengsorang.... ingat nak singgah malam tu sebelum pegi ke pasar, alahai x singgah jugak, sebabnya segan pulak bila ramai org lelaki yg berkumpul depan rumah abg supian tu... saya ni maklum la pemalu pulak dgn org2 berlawanan jantina ni...

2-3 minggu lepas ada maj bacaan yassin utk kaum hawa saja, saya taktau pun sehinggalah malam tu baru terperasan ada surat jemputan melekat kt peti ais... kebetulannya bercuti saya yg tak ready apa2 ni, pun tak pegi jg...

Arini tgh ready nk ke kenduri kawin cousin hubby pulak... kul 12 ada mj bacaan yassin kt rumah hujung... saya tak pegi jg sibuk dok urus anak2 bersiap.. hubby yg pegi sorang.. kira wakil satu rumah la tu...

Aduhai... bersalah kah kita kalau kurang bekerjasama dgn jiran tetangga dlm bab kenduri kendara ni ye? memang le salah.. tapi ada je perkara yg berlaku... segan pun ada... jika ditimbang tara, segan itu lagi berat dari hal2 yg bertindih...

Bukannya tak penah pegi... ada kenduri yg saya pegi, cuma tak kerap hadir sekerap kenduri diadakan... ntahlah.. susah juga klau duduk di kejiranan yg aktif dan byk projek ni... kejiranan yg xde pepe lagi la susah, jiran sebelah rumah pun x kenal... emmm.. so, biarlah saya bersederhana, dok di tengah2.. ada kelapangan waktu, saya cuba la menghadirkan diri... kalau tak, saya berharap sgt, jiran2 saya faham... tapi faham ke mereka ek?