About Me

My photo
Saya seorang guru ICT di Putrajaya sejak tahun 2002.

Sunday, April 5, 2009

Lama tak update blog!!

Salam...

Minggu lepas ada kursus Ketua Pentaksir Negeri untuk subjek teknikal seluruh Malaysia kat Dynasty Hotel KL... masa selama 2 hari tidak berapa mencukupi untuk subjek ICT.... maklumlah, borang PBS banyak sgt nak dikemaskini.. ehehe...

Sebenarnya ada sebab juga saya lama tidak menulis ke blog... 2 minggu sebelum keluar berkursus, sek saya didatangi nazir2 persekutuan... kadang2 saya pun taktau apa bezanya jawatan2 nazir... banyak peringkat sangat.. dengar cerita untuk rutin biasa... mencerap guru2 dan melihat pengurusan and pentadbiran sek adakah dijalankan dengan cara yang betul or sebaliknya... ada banyak perkara baik yg ditegur memang untuk penambahbaikkan guru2.. tapi kadang2 perkara yang sepatutnya remeh menjadi begitu 'complicated' sedangkan hakikat sebenarnya kita ingin memastikan studs kita menguasai topics or subtopik yang diajar... apakah dengan melihat kegelisahan guru, ketidakselesaan pelajar dan ketidakyakinan guru semasa dicerap boleh menjadi kayu ukur yang seseorang guru itu tahu mengajar atau tidak? Tidak cukupkah dengan keputusan peperiksaan pelajar yang mampu dinaikkan sehingga mencapai gred A or B?

Jika seorang pelajar itu biasanya cuma mampu mencapai C, tetapi dengan pembelajaran beliau dengan guru tersebut dia mampu mencapai A? Apakah seseorang guru perlu berlakon dengan menyediakan pelbagai bahan untuk pengajaran sewaktu dicerap? Sebenarnya kalau tidak dicerap pun bahan akan digunakan juga, cuma mungkin tidaklah secantik or sebaik sewaktu dicerap. Semuanya untuk kelihatan begitu sempurna di mata seorang nazir..supaya nanti apabila mereka membuat laporan, cuma laporan yang indah2 sahaja.... salahkah jika guru menggunakan kreativiti mereka sendiri? atau cara mereka sendiri yang mungkin tidak boleh diterima pakai kalau mengikut teori2 dalam P&P...tetapi si guru tersebut dapat menghasilkan pelajar yang benar2 berkualiti? Kemudian hasil yang terbaik apabila pelajar itu dtg mendapatkan keputusan, keputusan yang terbaik diperolehi....

Tidak salah memberikan idea, memberikan komen, jika salah masih banyak perkara yg boleh diperbaiki... tetapi teguran mestilah dalam nada membina, bukan nada yg mencemuh or menjatuhkan maruah seseorang guru.. lagi pula sebenarnya siapalah nazir ini jika mereka mahu berkata mereka yg tahu segalanya? Tiada seorang pun manusia yg sempurna... walaupun nazir itu mungkin bekas seorang guru.. tetapi teknik pengajaran, peredaran masa, nilai dan keadaan pelajar berubah dari masa ke semasa... bagilah idea, cara dan teguran yang bernas yang kedengaran benar pada logik akal, jgn mempersoalkan perkara yg sebenarnya betul tetapi tidak benar di mata nazir kerana apabila banyak sek yg dipantau, pelbagai kelainan yg dilihat... maka mulalah itu salah dan ini tak kena...

Sebagai manusia biasa, seorang guru juga ada perasaan gemuruh, takut dan gelisah sewaktu dipantau or dicerap walau oleh sesiapapun... even GKMP yg dijumpai setiap hari, yg boleh dibawa bergurau, tetapi apabila beliau mencerap kita akan takut. Inikan pula oleh seorang nazir yg memang kita tidak kenal langsung... jgn salah kan guru jika beliau asyik gemuruh or menggigil sewaktu mengajar... bukan semua orang mempunyai kelebihan mempunyai KEYAKINAN TINGGI sewaktu bercakap or berucap di khalayak.. jadi kena faham lah guru juga ada yg tidak berkeyakinan tinggi untuk berucap or bercakap di depan orang asing... kalau tidak, agaknya semua guru boleh menjadi PENGERUSI MAJLIS sebab ada sesetengah pandangan merasakan semua guru boleh bercakap dgn penuh yakin... cuma satu sahaja yg penting dan kita perlu akur, guru juga manusia biasa yg mempunyai kelebihan dan kekurangan.. jika dirasakan yg guru tersebut tidak pandai mengajar, lihatlah dari sudut lain... betulkah apa yg dilihat sewaktu dicerap? Lihatlah pada sejarah keputusan exam pelajar2nya? adakah amat teruk kerana dilihat guru tersebut terlalu tidak pandai mengajar? Imbaslah ke belakang, jangan tahu bercakap dan memberikan idea yg kadang2 tidak sesuai untuk digunapakai di sek... imbaslah, rujuklah... adakah guru itu langsung tidak pandai mengajar jika every year result pelajar semakin baik dan meningkat? Adakah guru itu tidak pandai mengajar kalau tidak seorangpun daripada pelajar2nya yg pernah gagal? Sedangkan pelajar yg dibentuk, dicanai dan diadun merupakan pelajar2 pertengahan yg bukan terdiri dari pelajar cemerlang akademiknya? Tetapi mereka boleh memberi keputusan yg terbaik kerana mereka faham dan mereka suka kepada teknik dan cara guru mereka mengajar..

Hmmmm.. itu jelah sedikit komen daripada saya... kadang2 bukan kita tidak boleh menerima teguran, tetapi kalau teguran tersebut melampaui batas logik akal, kita pun perlu mempertahankan yg kita betul... bagi saya TIDAK SALAH kerana kita yg mempraktikkannya,... bukannya nazir2 tersebut...

Anyway, terima kasih byk2 atas segala teguran yg membina, yg boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan lain2 pengurusan seperti fail panitia and sebagainya... sebab itu lah kita perlukan ungkapanseperti ini tiap kali kita bercakap, memberi ceramah or memantau; YANG BAIK ITU DATANGNYA DARIPADA ALLAH, YANG BURUK DATANG DARIPADA SAYA... atau pun sekurang2nya cakaplah sebegini, YANG BURUK DIJADIKAN SEMPADAN, YANG BAIK DIJADIKAN TELADAN.

No comments: