About Me

My photo
Saya seorang guru ICT di Putrajaya sejak tahun 2002.

Friday, April 24, 2009

Kemalangan lagi!!

Salam...

Agak mengejutkan kelmarin apabila saya menerima call dari Ima adik saya yg tinggal di kg menyatakan dua org lagi adik perempuan saya, Oda dan Ayu kemalangan motosikal di pekan Kg Raja. Dengarnya eksiden dgn sebuah kereta lain.

Saya terpaku sekejap, tidak terkata.... dan terus teringat bagaimana pada petang sabtu 9 April 2007, lebih kurang masa yg sama, pukul 4.30 - 5.00 ptg, saya menerima panggilan yg ayah saya kemalangan buat kali ke 2.... tiba2 jantung saya berdegup dgn kencang sehingga dada saya terasa sakit...

Saya masih ingat sewaktu kakak ipar saya menelefon ayat pertama yg dia katakan "Na, ayah Pak Lah kemalangan motor!!!!" Saya jadi keliru dan seperti org sasau bertanya dia balik, " Ini siapa ni? Ayah Pak Lah mana ni?" Ayah Pak Lah = ialah gelaran yg dipanggil ipar saya kepada arwah ayah untuk ganti nama di depan anak2nya. "Na, aku ni, kak nor, ayah Pak Lah la, ayah!!! Ayah!!! Baik balik secepat mungkin, dia nazak!!!" Saya masih macam org bodoh "Kak nor mana ni?" agak lama saya mendengar suara di hujung talian seperti menangis teresak2, "Na, balik la cepat, ayah nazak eksiden motor dgn kereta!!!" Saya terus seperti tersedar dari mimpi....

Sebenarnya waktu itu, saya masih tidak percaya berlaku peristiwa yg sama kerana arwah ayah baru sahaja mengalami kemalangan motor yg dahsyat setahun sebelum itu yg hampir meragut nyawanya, di mana dia ditahan di Wad ICU selama sebulan tanpa sedar... setahun lepas dia telah koma selama sebulan!!! Dan tiba2 hari itu saya menerima panggilan menyatakan yg dia mengalami kemalangan yg sama, masih dgn motor yg sama dan dilanggar juga oleh sebuah kereta!!!

Ya Tuhan!!!! Saya masih teringat2 kejadian itu menjadikan saya panik sewaktu diberitahu adik saya pula yg kemalangan.... Sewaktu Ima, adik saya, menerangkan serba ringkas kronologi kejadian yg menimpa Oda dan Ayu, fikiran saya menerawang jauh, teringat bagaimana pd ptg 9 April 2007 itu, saya bergegas mengambil apa yg patut dan bergerak meninggalkan rumah untuk mengambil adik2 saya, seorang di Shah Alam dan seorang lagi di UniKL, KL. Dalam perjalanan, tak henti2 saya mengharapkan ayah tidak apa2... saya berharap ayah boleh survive walaupun saya tau kesan kemalangan kali pertama belum sembuh sepenuhnya... arwah belum dapat berjalan dgn sempurna pun lagi!

Perjalanan ke S.Alam pada petang sabtu itu saya rasakan amat lambat, hubby tak henti2 merungut bila jalan dipenuhi kereta yg bersimpang siur... hampir 5.15 ptg... kami juga hampir sampai ke S. Alam untuk mengambil Oda (waktu itu Oda bekerja di kilang Panasonic S. Alam), tiba2 saya menerima panggilan daripada abang ipar, abang Di, dia hampir tidak terkata kerana sedang menangis, saya masih ingat esakannya di hujung talian telefon... " Na, dah balik ke?" dia menyoal saya apabila dia dapat mengawal emosi... "Dah, on d way amik Oda dgn Eji. Kenapa abang di? Ayah tak apa2 kan?" Saya menyoal dengan rasa was2......degupan jantung saya makin pantas... di dalam hati, Ya Allah! Selamatkanlah ayahku! "Balik cepatlah Na, takpelah kalau dah bergerak... ayah sedang nazak... abang Di tak sanggup dah masuk tengok!!!!!" sebaik selesai mengucapkan ayat itu, abang Di sekali lagi menangis... saya kuatkan semangat untuk tidak menangis sama.. "Ok abg Di, kita balik ni" saya terus meletakkan telefon...

Hampir 5.30 ptg... sekali lagi telefon berdering.. saya sudah hampir sampai ke rumah sewa Oda... di hujung talian saya mendengar dgn jelas esakan tangis Fatin, anak abang saya yg ke dua.. dia hampir tidak terkata.. saya menyoalnya bertalu2.. "kenapa Fatin? Kenapa? Bagitau CikNa, kenapa? " "Cik Naaaaaa.... ayah Pak Lah dah meninggal!!!! Ayah Pak Lah dah tak ada... dia dah meninggal..dia dah pergi tinggalkan kita!!! " waktu itu saya tidak menangis mendengar jawapan Fatin.. saya seperti tidak percaya, saya masih terasa seperti Fatin bergurau dan bukan bercakap benar .........

"Betul Cik Na,.... abah baru telefon bgtau ayah Pak Lah dah tak ada" Saya terasa langit kelam.... pandangan saya kabur seketika, soalan dari hubby bertanyakan apa, saya dengar sayup2 di cuping telinga... "Ayah dah tiada....." saya bersuara dengan perlahan... hubby seperti tidak percaya dan memecut kereta dgn lebih laju... saya mendengar esakan Wati dari belakang.. Adriana melihat dengan keliru... Haziq yg saya pangku diam tidak menangis atau merengek sewaktu air mata saya mengalir dgn laju tanpa dapat ditahan lagi dan jatuh ke mukanya...

Kami stop kt S.Alam mengambil Oda yg waktu itu menangis hampir bengkak matanya... kemudian singgah di KL mengambil eji... perjalanan terasa amat lambat, biasanya hubby cuma mengambil masa 8-9 jam untuk sampai ke besut, tetapi malam itu saya terasa kereta bergerak amat perlahan... tiada siapa yg bersuara sepanjang 8 jam perjalanan itu... hubby berhenti di hentian LPT, tiada siapa yg turun.. hubby bertanya ada yg nak makan atau tidak... semua org mengeleng kepala.. tiada suara yg keluar... hanya air mata yg mengalir tanpa henti sepanjang perjalanan itu... saya masih tidak percaya yg bila saya sampai ke rumah nanti, tiada lagi senyum ayah di muka pintu menyambut kepulangan kami! saya masih tidak percaya waktu itu yg dia telah tinggalkan kami untuk selama-lamanya.

Kami hanya smpai pd jam 1.00 pagi... org masih ramai di rumah... emak, adik2, abang, kakak dan saudara mara saya, ramai yg masih belum tidur... semuanya menanti saya, Wati, Oda, Eji dan abang sulung sampai dari KL. Saya sudah tidak mampu menangis lagi waktu itu, 8 jam airmata mengalir sepanjang perjalanan, agaknya sudah kering... saya cuma mampu memandang, jasad ayah terbujur kaku... saya selak kain yg menutup muka arwah... wajah yg saya sayangi kaku dibalut kain putih dari hospital... kain putih itu sudah bertukar warna menjadi merah kerana darah mengalir tidak henti dari kepala arwah yg terhentak sewaktu kemalangan... abang ke dua saya membuka kain yg menutup kaki arwah.. Ya Allah! tidak sanggup saya melihat, sebelah kaki arwah remuk mungkin akibat hentakan yg kuat pada kereta yg melanggarnya... ditakdirkan arwah hidup pun, kaki itu mungkin tidak dapat diguna lagi... saya lihat tangan arwah ada luka2 kecil... dahi, dagu pun ada luka2 yg masih merah... perlahan2 air mata saya kembali bergenang, tidak mampu saya fikirkan bagaimanakh rasa sakit yg arwah alami sewaktu kemalangan itu berlaku... kepalanya terhentak pd cermin kereta, darah mengalir keluar dari retakan kepalanya tanpa henti.. masih ada darah yg keluar dari telinganya... tak sampai hati saya mengingatkan kesakitan itu... di dalam hati, saya amat merasai keperitan arwah, simpati saya pada arwah melimpah2.... betapa sakitnya arwah sebelum ajalnya dijemput....

Apa2 bila sudah sampai masa, akan pergi jua.... Semoga arwah Ayah aman di sana... Alfatihah.... kembali kpd kisah kemalangan adik2 saya tadi... nasib baik kecederaan tidak teruk.. doktor kata takde patah apa2 cuma ibu jari kaki Ayu remuk mungkin tertindih dengan motor.. Alhamdulilllah....

Oklah, saya nak amik anak kt taska... nanti saya sambung lagi....

No comments: