About Me

My photo
Saya seorang guru ICT di Putrajaya sejak tahun 2002.

Tuesday, October 28, 2008

Sayang Sekolah



Wayar elektrik yg telah ditutup sepenuhnya kat depan pintu gate utama sekolah..
Actually, dulu pagar tu bleh auto bukak.. once dah tak diguna,wayar dia ditinggal macam tu(walaupun sebenarnya dan diplaster dgn baik)...
so saya yg dilantik sbg guru pendawaian elektrik utk 3K secara rasminya bertanggungjawab utk menutup wayar tersebut sbg langkah keselamatan!


Students upper 6 menolong saya dgn tekun walaupun hujan tgh turun!... Bagus betul pelajar2 saya ni... memang bagus (ke korang nak markah exam lebih haaa??? emmmmm...)



Sempat posing lepas tolong cikgu: dari kiri munzir, yong, auzan, hafiz, farhan dan syazwan.. upper 6 2008.


Mj Anugerah Cendiakawan Educare: Persembahan Adriana!


Psembahan Adriana (berdiri barisan ke dua di tengah2) bersama rakan2 : Choral Speaking bertajuk "WELCOME"










Gambar2 Adriana bersama rakan2 dan guru di belakang pentas sebelum persembahan dimulakan.

NOTE: Majlis Penganugerahan dan Persembahan Tahunan Cendekiawan Educare 2008 telah diadakan di Dewan Serbaguna Presint 8 Putrajaya pada hari Isnin bersamaan 27 Oktober.



Mj Anugerah Cendiakawan Educare: Persembahan Haziq!


Haziq sebelum persembahan: gambar kiri dgn aina. gambar kanan dgn anis... amboi dik.... ada 2 awek ekkk!!!



Haziq dan rakan2 sebelum persembahan mereka







Gambar2 persembahan Haziq dan rakan2 dgn lagu2 English kanak2 cth: twinkle2 little star.








Sunday, October 26, 2008

Harga minyak dah banyak turun, harga barang masih sama!!

Salam....
Semalam saya ke mines ada keje skit nak diuruskan... lepas settled saya punya kerja... pusing2 kejap kot2 boleh beli something utk kakak dan adik....
Ronda2 masuk ke giant.... belek2 brg.. nmpaknya harga yg tertera masih harga lama yg dinaikkan selepas kenaikan harga minyak secara mendadak baru2 ini... terutamanya beras.. saya tgk2 kan jugk susu anak2.. adush... harga masih tak berubah.. kalau dulu bole dpt RM22.90, sekrg paling murah pun RM25.90... nasib baik anak2 masih minum susu yg paling murah... kalau harga RM50 ke atas... terjojol le biji mata... mana nak cari income byk2 klu anak2 minum susu yg 1.1 kg cuma selama 3 hari?
Rasanya harga minyak dah turun agak byk.. saya bukan lah seorg penganalisis politik cuma seorg guru biasa e.. tapi saya tau jgk sedikit sebyk ttg isu semasa.. kenapa harga brg x turun? atau once dah naik memang dah xkn turun2? siapa yg berhak mempersoalkan isu ini? bukankah kerajaan? emmmm.. entahlah.. tapi ini semua masih membebankan pengguna... rata2 pengguna yg berpendapatan rendah atau sederhana... yg kaya tu toksah cakap lah... tgh krisis ekonomi teruk pun masih boleh sakan membeli belah... manusia2... ingat dunia je...

Friday, October 24, 2008

Banyaknya 'Open House'


saja je insert gambar kakak kat sini... (tengah menunggu giliran utk persembahan di bangi sempena hari taska daerah sepang)


Salam....

Dalam kesibukan beraya masih menerima banyak jemputan ke rumah terbuka.... hari ni pun ada sambutan hari raya kat sekolah... waahhhhh meriah betul.... pelajar2 berpakaian kalahkan cikgu.. ehehe... jgn marah ye pelajar2 form 6...

Makanan mewah betul... banyak sangat... nasib baik pelajar2 tg6 ni semua terror masak jadi saya tak perlu risau memikirkan menu apa yg dibawa.... diaorng dah siap planned sendiri dah...

hari minggu ni pun byk jemputan... kt lorong rumah saya pulak ada sambutan hari raya jugak... rukun tetangga yg anjurkan... mana satu nak pergi.... kerja sekolah pun masih banyak yg perlu diurus.. menanda kertas jawapan pelajar utk final examination baru2 ni... adussshhhhh...dussshhhh...dushhhh.... banyak lagi rupanya kerja yg belum saya siapkan...

emmm... fkir2 balik.... buat skit2 la kan.... takyah nak tensionkan diri...



Tenkiu Kak Shima

Terima kasih kak shima sebab sempat melayari blog saya... ada masa nanti boleh surf lagi ekkk.. sekarang ini teknologi adalah tanpa sempadan...ehehe...

Masih terkenang-kenang

Orang kata hidup ini penuh perjuangan... kesabaran perlu amat tinggi kerana kadang2 ujian yg diterima dari Allah SWT itu benar2 menguji keimanan.....

Saya masih teringat pada kehidupan semasa arwah ayah masih ada..... sudahlah selepas 3 kali balik kg langsung tidak berkesempatan utk menziarahi pusara arwah..... di hari raya tahun ini pun kesibukan menguruskan perkahwinan wati pd hari raya ke dua menyebabkan kami sekeluarga tidak sempat mengunjungi arwah.....

Kenangan indah bersama2 arwah di pagi raya selama berpuluh tahun akan diingat sebagai kenangan yg terindah... tak mungkin kami melupakan arwah selamanya... dalam diam saya perasan emak termenung dan mengesat mata di pagi hari raya... tentunya emak amat mengingati arwah yg telah dikahwini hampir 40 tahun lamanya... di usianya yg mencecah 55 tahun... saya tahu emak amat sepi tanpa arwah ayah.... nasib baik ada beberapa orang adik yg belum berkahwin menemani emak di kampung....

Setiap kali balik, saya pasti menjengah di tempat berlakunya kemalangan motosikal arwah... tidak sampai 300 meter dari rumah... emmmmm.... masih sedih dgn peristiwa yg berlaku setelah hampir 2 thn berlalu....


Emak bersama Haziq dan Adriana di Cameron Highland hampir beberapa bulan selepas arwah ayah meninggal...

Thursday, October 23, 2008

Gambar Kahwin Wati 2 Syawal 2008







My sister Wati berkahwin pada 2 Syawal hari tu... ni gambar2nya..




Selamat Hari Raya!


Emak (tengah, duduk) bersama anak2, cucu dan saudara mara semasa hari raya.

Assalamualaikum dan selamat pagi ( cehhh... macam ngajar kt kelas pulak)

Lamanya saya tidak menulis ke blog ini... wpun saya memang suka menulis, tapi masa dan kesibukan membataskan segala2nya.

Sebulan berpuasa.. di bulan Ramadhan saya memang langsung ketiadaan masa untuk menulis dan melawat blog sendiri... sibuk sgt dgn tugasan di sekolah.. di rumah pulak internet x dapat... so, tak dapat langasung melayari ke blog ni.

Syawal menyusul... SELAMAT HARI RAYA AIDIFITRI... dah nak abis pun bulan syawal.. tapi takpelah... masih sempat untuk mohon ampun dan maaf bagi sebarang kesalahana yg sengaja atau tidak sengaja dilakukan... insan biasa seperti saya tentunya punyai banyak kelemahan...

Oklah saya akan sambung lagi nanti... d bawah ni ada gambar2 masa hari raya dan gambar kawin adik saya Wati pada hari raya yg ke dua yg lepas..



Adik beradik saya seramai 13 org dari atas kiri eji, epih, a.man, awi
Bawah, a.meran, ayu, oda, k.ani, wati, sue, saya, ima dan amat (tiada dalam gambar).