About Me

My photo
Saya seorang guru ICT di Putrajaya sejak tahun 2002.

Thursday, August 28, 2008

Syukur Alhamdulillah!!!

Salam

Syukur Alhamdulillah.. di sebalik kesibukan menanda kertas2 jawapan trial SPM, STPM dan ujian ogos.. di sebalik kepenatan menguruskan perpindahan rumah ke presint 9 (walaupun di hati agak keberatan kerana kenangan di rumah lama presint 8 masih terasa), tetapi saya masih ada masa untuk balik kg kerana emak yg sakit agak tenat....

Aduh... masa tu risau betul... nak balik kerja banyak perlu diselesaikan... soalan trial ICT SPM dan trial STPM... penat betul... lepas tu nak edit soalan lagi, edit pages, edit nombor, edit rajah... salah skit nanti kena bambu.. nak kemas rumah untuk pindah lagi...saya siapkan soalan sebaik dan secepat mungkin... berkejar balik ke kg pd malam khamis sebelum cuti sekolah... sampai esok pagi hari jumaat lebih kurang pukul 11 pagi... my hubby banyak kali berhenti sebab mengantuk...

Alhamdulillah emak saya sekarang dah ok skit.. walaupun kaki dan tangan kiri beliau masih kebas dan sukar bergerak. Doktor kata... emak saya ni jenis yang kerja kuat... dari muda sampai ke tua.. (emak kata dah 40 tahun dia bekerja tanpa henti- bawak pucuk nipah dari sungai- junjung atas kepala)... sekarang ni bila dia jatuh sakit tiba2.. badan jadi kebiruan dan timbul kudis2 kecil serta tangan dan kaki kiri lumpuh tiba2 bermakna tenaga emak sudah habis langsung... xde apa2 dah... boleh diumpamakan bateri weak, bukan setakat weak kata doktor tu, 'kong' abis dah... harap2 kalau charge balik boleh guna.... cuma dah tak boleh kerja berat lagi lah...
Malam ni kalau jadi saya nak balik kg melawat emak lagi... adik saya kebetulan pandai mengurut... nak balik urut tangan dan kaki emak yg masih kebas... moga2 emak makin pulih dan sihat seperti biasa.. walaupun begitu.. kami adik beradik akan melarang keras emak dari kembali bekerja seperti dulu.. walau pun sumbangan bulanan yang kami beri tidaklah sebanyak mana.. sekurang2nya emak dah boleh berehat... berpuluh tahun lamanya emak mengabdikan dirinya kepada kami.. bekerja siang dan malam bersama arwah ayah... membesarkan kami seramai 13 orang adik beradik...
Bukan sedikit pengorbanan emak lakukan utk kami semua... kemiskinan hidup menjadikan emak seorang yg kuat bekerja... apa2 saja kerja kg yg boleh dilakukan asalkan mulut kami dapat disuap makanan...
Baiklah.. sampai di sini dulu.. ada kerja kena disiapkan sikit..

1 comment:

Anonymous said...

Assalamualaikum,

mula2 jalan2, lepas tu melompat2 terus termasuk dalam blog ni. tak sangka jumpa blog smkp 1. Selamat Hari raya Maaf Zahir dan Batin

Kak shima. (kenal ke? ingat lagi ke?)