About Me

My photo
Saya seorang guru ICT di Putrajaya sejak tahun 2002.

Wednesday, October 20, 2010

masa semakin suntuk...

Hari ni masuk ke kelas 6 atas dengan rasa takut dan gementar bila melihat jumlah hari STPM dan SPM yg akan muncul hanya dlm tempoh sebulan lebih je lg....
Melihat wajah anak2 didik di dalam kelas... saya terfikir sudah cukup bersediakah mereka untuk menghadapi peperiksaan besar itu? Hopefully mereka sudah bersedia or sedang bersedia kerana masa akan berlalu dengan pantas tanpa disedari...
Selepas mencetak marksheet utk peperiksaan trial stpm utk ke dua2 kelas, hati agak berbunga2 melihat result yg melonjak naik walaupun ada beberapa org pelajar yg masih mendapat pngk di bawah 2.00... semoga mereka sempat membuat anjakan paradigma dan menghasilkan keputusan yg akan memuaskan hati mereka sendiri.. saya sebagai guru, apatah lagi.. kita yg melompat gembira apabila ramai pelajar mendapat keputusan cemerlang...
Tak sabar rasanya menunggu waktu itu datang... cuma agak risau dgn ICT kerana latih tubi yg diberi dirasakan belum cukup buat pelajar2 form 5 tersebut.. saya akan cuba sedaya upaya before SPM datang.. insyaAllah...

Tuesday, October 19, 2010

Lamanya membiarkan blog ini sepi..

Salam... lama betul saya membiarkan blog ini tidak diedit.. tiada entry sehinggakan ia telah dilupakan oleh pengnjung2.. dan yg paling sedih, saya sndiri terlupa password utk masuk... teruk sangatkah kesibukan saya di tempat kerja dan rutin harian?
Sebenarnya, tidaklah melampau sehingga tiada masa utk berehat dan menguruskan diri.. cuma sejak akhir2 ini saya agak malas membuka komputer... balik ajer rumah, saya dah kepenatan.. saya cuma nak lelapkan mata kalau tidak ada kerja sekolah yg dibawa balik... ada hari2 tertentu saya akan membuka facebook melihat2 kalau2 ada pos baru dr teman2... apakah facebook telah mencuri masa saya drp membuka blog ini? benarkah? ooohhhh... sudah tentu tidak sama sekali... saya cuma membuka facebook sekali sekala, mgkin 2 kali seminggu itupun dlm masa beberapa minit je... kenapa saya boleh membuka facebook tp tidak boleh memasukkan entry ke blog ini? sebab facebook lebih mudah.. taip satu ayat yg simple and kita dah bleh send... kt sini kena pjg skit, baru la sesuai...ehehe..
Oklah, kita berjumpa lg kalau saya ada masa.. byk benda nk dikongsi bersama... selamat menyambut final exam utk semua pelajar SMKPP8(1)... especially 6B ...

Friday, June 4, 2010

Selamat bercuti kepada semua warga sekolah!!!

Salam...
Kepada semua warga sekolah SMKPP8(1) selamat bercuti sekolah saya ucapkan.. semoga di hari percutian yang indah ini, anda akan menikmati hari-hari yang membahagiakan... kepada guru2 yang baru mendapat skrip pep pertengahan tahun, mulakan langkah anda di hari pertama percutian untuk menandakan skrip yg pertama.. hahahahah.. itulah tugas murni guru2.. tak pernah habis walaupun kedengarannya sedang bercuti...
Bukan setakat menanda jawapan peperiksaan ini.. cuti sekolah juga dihidupkan dengan kelas tambahan sepanjang cuti minggu pertama.. bertugas harian untuk guru2 yang telah mendapat kenaikan pangkat beserta dengan urusan2 lain yang sewaktu dengannya yang menyebabkan nanti berduyun2 lah guru2 dtg ke sekolah siap bawa semua anak2.. berpikniklah mereka kt sek sambil buat kerja..
Walau apa pun, semoga anda semua berbahagia dengan apa yg anda lakukan sepanjang cuti sekolah yg tak berapa nak panjang ini ye....:):)

Tuesday, June 1, 2010

Terbinakah bahagia....

Salam...
Minggu ni agak bizi dengan persediaan mengumpul bahan untuk video korporat sekolah yang akan dibuat oleh Uni LimKokWing.. Alhamdulillah ada yg membantu.. bukan apa.. saya dan Aishah memang bukannya pandai sgt menggunakan pelbagai software multimedia tu.. skit2 boleh lah.. tapi kalau nak cantik untuk tatapan PM lak tu.. emm memang susah lah... walau apa pun.. kami dah lega.. kerja kami sekarang cuma mendapatkan seberapa byk gambar yg ok utk dimasukkan dalam video tersebut.
Sambil2 buat kerja tadi.. saya terbaca paper tentang isu seorang isteri ditinggalkan suaminya kerana jatuh cinta kepada wanita lain yang baginya lebih serasi dan mampu membahagiakan dirinya.. emm.. kisah begini lagi.. saban hari di dada akhbar atau yang tidak dipaparkan di akhbar pun, byk isu2 begini di seluruh negara... kadang2 saya terfikir.... mampu bahagiakah seseorang itu jika membinasakan hati seorang insan yg lain? Pelik dengan sikap manusia ni...
Letakkan diri anda di tempat yang menjadi mangsa.. apakah perasaan yg anda rasa? Cuba letakkan pula diri anda pada si pemangsa (maksud saya yang meninggalkan isteri or yang bakal menjadi isteri baru).. apakah anda rasa akan terbina bahagia yg anda cari? Kita semua tahu, Tuhan itu Maha Adil dan Maha Mengetahui.. insyaAllah Allah akan membantu hambaNya yang dianiaya... sebak hati saya membaca kisah begini.. isteri yang ditinggalkan pula biasanya jenis yang amat setia demi anak dan rumahtangga yang dibina bertahun2 lamanya.. kadang2 demi sayang kepada keluarga juga isteri sanggup menelan semua kepahitan yang dilemparkan...
Saya rasa walau isu ini dikupas setiap hari pun, ia sukar dijelaskan mengapa terjadi.. saya pun tak pandai untuk mengupas lebih kerana saya bukanlah pakar di dalam bidang ini.. di dalam akhbar pun selalu ada.. majalah2 wanita apatah lagi....emmm.. takpelah, nanti sya sambung lagi...

Friday, May 28, 2010

biarlah ego itu pergi...

Saya suka membaca majalah Wanita, Mingguan Wanita atau apa2 majalah serta surat khabar berkenaan isu-isu semasa tentang ekonomi dan sosial.. semua itu saya lakukan demi untuk mengajar subjek Pengajian Am Kertas 1 di sekolah. Saya juga memang berminat mengetahui tentang isu2 rumahtangga yang kadang2 kesannya sampai ke hati... jantung berdegup kencang membaca kisah isteri didera, suami didera, isteri curang, suami berbuat maksiat di luar dan macam2 lagi.... emmm.. takut pun ada.. bukannya kita mahu perkara itu terjadi.. tetapi takdir Tuhan tiada siapa yang tahu....

Jika pergaduhan melibatkan suami dan isteri sebenarnya perlu ada pihak yang mengalah... tetapi kadang2 ego itu terlalu tinggi sehingga sanggup menggadaikan rumahtangga yg dibina atas dasar cinta semata2 untuk menjaga ego.. lelaki or perempuan sama saja... bila ego diletakkan paling tinggi di hati.. maka susahlah utk mengakui kesilapan apabila berlaku sebarang pertengkaran dengan pasangan....

Biarlah ego itu pergi.. saya pernah nasihatkan hati sendiri demi menjaga hati suami dan perhubungan yang telah lama dibina.... saya juga pernah nasihatkan seorang kawan dengan ayat yang sama kerana ego itu tidak ke mana... semakin dijaga ego itu semakin memudaratkan.. ia perlu ada untuk mengawal keadaan... tetapi kalau perlu biarlah ia dibuang untuk menjernihkan suasana....

lawatan ke zoo negara bersama cendiakawan

adik dan kakak di dalam bas dgn kawan2 dan guru pengiring


adik dan kakak dalam bas.

Salam.....

Baru2 ni, 22 mei bersamaan hari sabtu, haziq dan kakak telah menyertai rombongan lawatan ke zoo negara yang dianjurkan oleh Cendiakawan Educare.. lama dah takde aktiviti tahun ni... si kakak pun nak join sama.. maklumlah dia dah biasa dgn sekolah ni... emmm...

tidak disangka...

Alhamdulillah.. tahun ni apabila genapnya menginjak satu angka lagi umur saya asben telah membuat parti kejutan bersama beberapa orang ex studs ICT.... memang tak disangka kerana tidak tau mimpi apa dia terfikir nak wat makan2 tu.. selama 8 tahun perkawinan kami, ini la first time.. biasanya ucapan dgn sebiji kek je..
emmm.. bila dia buat perkara yg melangkaui biasa, saya terfikir pulak yg bukan2.. pesal ni? ada pepe ke nanti? emmm.. tak baik btul.. Alhamdulillah tahun ini dia teringat nak buat... mungkin tahun depan kalau umur panjang ada lagi.. kalau takde pun takpelah.. ikut kemampuan dan masa...
Thanks a lot hubby.. I Love U....