About Me

My photo
Saya seorang guru ICT di Putrajaya sejak tahun 2002.

Tuesday, August 23, 2011

Raya tidak lagi meriah...

As salam...


Semasa menaip entry ni, saya sedang menonton iklan raya... dulu waktu kecil2 dan remaja, menonton iklan raya pun sudah menaikkan semangat berkobar2 utk menyambut raya.. sekarang sejak berkahwin dan berkeluarga, mempunyai anak2 yg semakin membesar dan kehilangan ahli keluarga yg terapat menjadikan sambutan raya tidak lagi meriah...


Sudah berpuluh tahun sambut raya, tentulah lama2 bosan, kata kawan saya sengaja berlawak... saya cuma ketawa saja mendengarnya hujah2nya pasal smbutan raya yg dirasakan tidak lagi meriah ini.. bagi kawan saya, dia masih merasa kemeriahannya kerana katanya inilah waktu untuk semua ahli keluarga berkumpul dan bertemu setelah penat bekerja setiap tahun....


Bagi saya pula.. memang meriah rumah emak di kg tiap kali tibanya raya kerana semua adik beradik seramai 13 org akan berkumpul bersama ahli keluarga masing2... cuma apabila berkumpul begini, akan terasa ada seseorang yg tiada.. iaitu arwah AYAH dan arwah LUQMAN (anak kakak ke 2).... waktu inilah kami akan duduk bersama2.. menceritakan saat manis dan indah sewaktu ke dua arwah masih ada.. kalau menyambut raya apa yg mereka sukai...


Biasanya emak yg paling ba nyak bercerita kerana beliau paling rapat dgn arwah ayah.. setiap ingatan yg emak melontarkan menggambarkan betapa beliau menyayangi arwah selamanya...


Tahun ini saya akan beraya di kampung suami dulu sebelum balik ke rumah emak.. walaupun saya tidak ada di pagi raya, tapi saya tahu masih ramai lagi yg akan memenuhi ruang tamu rumah emak.... insyaAllah kami akan berjumpa di hari raya ke 2 atau k 3... :):)


Thursday, August 11, 2011

Hafiy pula sakit...

Saya tidak sempat memasukkan entry ni seawal kisahnya kerana letih dan tertekan dengan tak cukup tidur dan sakit kepala.... minggu lepas, 2-3 hari sebelum sabtu 6 ogos.. hafiy sekecik yang baru berusia 55 hari tu menangis meraung setiap kali hendak membuang air besar.. hampir 3 malam berturut2 saya tidak dapat tidur kerana hafiy menangis.. saya dan suami mati2 ingatkan dia kembung perut... berapa banyak kami letak minyak yuyi cap limau... bila dah kepenatan barulah si kecik tu tidur....


Malam ke 4.. barulah saya perasan muncul satu ketulan di buntut si hafiy yg rupa2nya menjadi penyebab kenapa hafiy sakit apabila nak buang air... benjolan tu hampir menyerupai bisul.. saya bawak 2-3 kali ke klinik Lita Alis presint 9, kemudian doktor terus rujuk ke kecemasan hosp putrajaya kerana kata doktor bahaya sebab yang mendapatnya ialah baby yg belum pun cukup 2 bulan...


Di kecemasan doktor kt sana tak terus buat operation.. masuk wad dulu satu malam yg menambahkan lg bilangan malam saya tidak boleh tidur.. si hafiy meraung2 sampai ke pagi mungkin terlalu sakit.... Hanya Tuhan yang tahu betapa letih dan penatnya badan ini....


Hari Sabtu tengahari.. 4 orang doktor muda datang untuk buat minor operation membuang bisul tersebut.. nurse injek ubat tidur kt Hafiy.. lepas Hafiy lena.. saya dihalau keluar dari blik tersebut, doktor kata kalu saya tunggu pun saya tak sanggup tengok, nanti saya yg menangis.. so saya keluar dan menunggu di bilik TV... dalam setengah jam kemudian baru siap selepas penat saya mendengar raungan si Hafiy... Alhamdulillah.. pepe pun, yg penting bengkak nya sudah tiada lagi.. nanah dan darah doktor dah keluarkan jadi Hafiy tidak sakit lgi tiap kali mahu membuang air...


Terima kasih untuk semua doktor2 di wad kecemasan dan wad 2C yg merawat Hafiy pada hari tersebut... kalau tidak dibedah, sampai bila pun saya taktau bila bengkak bisul tu akan surut sendiri....


Hari ini Hafiy dah ok cuma saya kena ke klnik kesihatan everyday untuk cuci luka tersebut... 12 Ogos ke hosp pjaya pula untuk doktor check... hari ni kami ada appointment kt klinik utk monthly checkup Hafiy.. so, seminggu ni penuh aktiviti ke klinik yg menambahkan hari2 penat saya.... Tapi Alhamdulillah.. segalanya selamat...


Tuesday, August 2, 2011

Selamat Menyambut Ramadhan!

As'salam.... salam Ramadhan.. selamat berpuasa kepada semua umat Islam... Alhamdulillah sekali lagi kita diberi kekuatan dariNya untuk menyambung lagi ibadah puasa pada tahun ini...


Semalam berbukak puasa dgn ayam golek dgn kuih bom je... asben pegi ke pasar ramadhan Putrajaya..katanya tak banyak gerai mcm thn 2 lepas.... itu je lauk yg sempat dibeli...emm..


Akhirnya juga Klinik Pakar Putrajaya menghubungi saya untuk temujanji bgi mengesan penyakit sendi yg saya hidap ni.. 24 Ogos temujanji utk ambik darah dan 14 September berjumpa dgn doktor.. walaupun lmbat sekurang2nya rasa ada harapan.. tidak lagi saya berharap dan menunggu sesuatu yg tak pasti.. apa saja keputusan hasil ujian darah itu nanti akan saya terima dgn redha.. yg penting saya boleh mendapat ubat mengurangkan kesakitan yg saya hadapi skrg...