About Me

My photo
Saya seorang guru ICT di Putrajaya sejak tahun 2002.

Thursday, January 28, 2010

Gambo kenangan sek ren


Gambar kenangan masa di SK Tembila Besut Terengganu semasa belajar di sekolah rendah..
rindunya nak kembali ke sek rendah.. main dgn kawan2... belajar dgn cikgu Nik and cikgu MatNoor (dalam gambar).. mana la dah pegi sume kawan2 saya ini? Rindu kt cikgu2 ni.. diaorg sume guru yg best....
klau anda terror, cuba teka yg mana satu saya?? eheheh....

Wednesday, January 20, 2010

Ubahsuai rumah di Desa Bestari..


pintu dapur asal.. diubah jadi ruang antara dapur baru ke tpt mkn..


dapur lama diubah jadi ruang makan


ada lebihan tanah kt belakang, tmbah 10 kaki utk dapur baru..


proses2 ubahsuaian sedang dilakukan..


Salam... ini gambar2 rumah yg dalam proses ubahsuaian.. boleh tahan jugak kos ubahsuai ni.. terkejut seluruh urat saraf..ehehe..tapi ada yg lagi dahsyat.. smpai dah jadi lain dari rumah asal dh.. cantik la.. cuma kos nya taktau la cecah berapa puluh ribu.. ntah2 sama dgn kos beli rumah tu..ehehe. tapi kami cuma mampu buat macam ni je.. :):)






Tuesday, January 19, 2010

Terima kasih

Tenkiu Farhan, Fazreen and yg tidak bernama... memang terasa kehilangan apabila ia mati kerana kita menyayangi binatang peliharaan kita seperti keluarga sendiri..
Mungkin boleh mengambil/membeli kucing yg lain.. tapi asben kata, tak payah lah dulu... masa jaga Mickey dulu.. sudah puas mengajar dia buang air, makan, minum dan tidur di tempat yang disediakan... nak bela kucing baru.. makan masa pula kata asben.. saya dan anak2 diam jerlah... lagipun masih teringat2 pd Mickey lagi...
Tiap2 hari ada je perkara yg ingin my husband ceritakan pasal Mickey.. dia kata ingat tak macam mana Mickey setia menanti tiap kali kami balik kerja. Nampak je kereta masuk parking.. Mickey terus meluru datang.. menggesel2 kan badan pd kaki kakak dan berebut2 dengan Haziq untuk masuk ke dalam rumah.. ini kerana kami memang tak benarkan dia berada di dalam rumah sewaktu seharian kami takde.. takut dia berak or kencing dalam rumah... so kelaparan la Mickey menanti kami balik..
Bila berehat2 kt ruang tamu.. laju je Mickey baring dan tidur di atas riba tiap kali kita memanggil namanya... lepas tu tergolek kt atas kerusi sambil menggoyang2kan ekornya yg panjang... selalu kena marah dgn kakak katanya Mickey ni pemalas betul.. asyik nak baring je....
Bila mengenangkan keletah Mickey yg manja, yg faham apabila namanya dipanggil dan bagaimana keadaan dia sewaktu jatuh sakit... saya memang amat sedih...kakak pun sedih.. Haziq pun sama dan ayah mereka juga.....
Oklah.. nanti saya sambung lagi...

Sunday, January 17, 2010

Mickey telah pergi

Salam...
Semalam doc dari Klinik Mesra telah memaklumkan Mickey kesayangan kami telah pergi buat selama2nya lebih kurang 4.15 ptg.... sebak rasa dihati.. kasihannya Mickey.. mereka tak mampu menyelamatkannya kerana banyak organ dalamannya yang telah rosak...
Saya akan sambung nanti cerita ini.. bagaimanapun, kehilangan Mickey amat besar buat kami....:(

Friday, January 15, 2010

2010


Salam...

Januari 2010 disambut dgn pelbagai perkara yg banyak jg menyesakkan hati dan perasaan... tapi saya harus menempuh hari-hari yg berlalu ini dgn penuh semangat...

2 minggu lepas. kucing kesayangan kami sekeluarga, Mickey telah keluar dari rumah dan tidak balik seminggu lamanya... sebelum itu dia seperti sakit kerana kerap kencing merata dan langsung tidak mahu makan... selepas ikhtiar mencari menemui jalan buntu, kami cuma mampu menunggu Mickey balik sendiri sekiranya umurnya masih panjang.. pagi Isnin yg lpas.. lebih kurang 5.30 am sewaktu saya sibuk di dapur membuat persediaan utk anak2 ke sekolah, Mickey balik dgn rasa tidak bersalah, merenung saya dgn matanya yg kuyu... dia terlalu lemah.. tubuhnya terlalu kurus.. 2 kali ganda berat badannya menurun berbanding dgn gambar yg ada saya attachkan sebelum ini....

Entah kenapa, sayu benar hati saya melihat keadaan Mickey... ... tiba2 dia bergerak utk makan.. tapi selepas agak lama termenung di tepi bekas makanannya, dia cuma duduk memerhati... mengalir air mata ini kerana kasihan dgn tubuhnya yg kurus kering serta kelihatan amat tidak bermaya... pernahkah anda berjumpa dgn seekor kucing di luar sana yg tidak bertuan, kelaparan dan kurus kering kerana tidak mendapat makanan secukupnya? Kemudian menggesel2 kaki anda meminta simpati? Seperti itulah Mickey selepas dia kembali dari hilangnya yg agak lama...

Malam tadi saya dan asben mengambil keputusan utk membawa Mickey ke klinik haiwan.. tidak boleh ditangguh lagi kerana ia melibatkan nyawa Mickey... kalau sesuatu berlaku kepadanya, bukan Adriana sahaja yg akan menangis tapi sudah tentu saya juga.. sayang kami pada Mickey sudah seperti keluarga sendiri...

Kami ke Klinik Mesra Bangi.. selepas dirawat oleh doc beliau mengesyorkan supaya Mickey dimasukkan ke wad... kena tahan 2-3 hari sebab badan dia dan terhidrat.. kurang makan dan kurang air.. puncanya belum pasti tapi mungkin dari makanannya... apa pun, yg penting saya amat lega kerana sekurang2nya Mickey terjaga....

So... sekrang tunggu je call dari Klinik tersebut.. semoga Mickey akan sembuh...