About Me

My photo
Saya seorang guru ICT di Putrajaya sejak tahun 2002.

Saturday, July 26, 2008

Video di Hari Sukaneka

Ini simple video Haziq dan Adriana... tak boleh nak amik banyak... asyik menangis je si kecik ni.


Haziq yang taknak pegi perbarisan main kat taman.

kakak masa perbarisan, tapi tak jelas sebab kt tengah2.

Sukaneka di Tadika Cendiakawan Educare

Assalamualaikum..

Pada 19 julai lepas adalah hari sukaneka kat cendiakawan educare, kt tpt kakak dan adik bersekolah.

Haziq dan kawan-kawan masa hari sukaneka.

Haziq main 2 permainan-isi air dalam cawan dan baling bola dalam bakul, begitu juga kakak Adriana- lari ikat kaki dan masuk air dalam botol.. gambar kakak tak sempat dirakam sebab adik asyik menangis je... macam2 ragam betul.. budak umur 3 tahun ni...
mula2 si adik nangis taknak pakai reben kepala, nak yg macam kakak, kaler merah.. mana boleh sebab kakak rumah merah dia rumah kuning... pastu taknak masuk perbarisan.. menangis macam sakit... siap duduk atas rumput laki... tensen saya dan ayah dia. Lepas tu nak main kat taman.. langsung taknak join aturcara sukan... bila dah ok.. saya pujuk beli belon RM5 (abis baki ) duit. Bila cikgu mimi datang ajak pergi masuk acara yg dia amik, terus si haziq menonong ikut... agaknya mood dah ok... nasib baik cikgu mimi pandai memujuk..





kakak pada hari sukaneka.
Kesian si kakak... saya tak sempat pun nak rakam banyak gambar dia. Ayah dia je guna handycam.. takpelah.. next time ada peluang lagi... tapi kakak dapat juga tempat pertama dak ke-3.. adik pun dapat tempat pertama dan ke-2.. okla tu.. budak2 nyer permainan... :))

Friday, July 18, 2008

Kenangan Terindah

Salam....

Pernahkah kalian kehilangan orang yang paling rapat? kehilangan itu pula yang berlaku dalam sekelip mata... akan ada sesuatu dalam hidup kita yang turut sama pergi bersamanya....

Saya telah kehilangan ayah yang dikasihi sekelip mata dalam suatu kemalangan jalan raya yang tidak diduga... setahun yg lalu.. tanggal 9 april 2007.. ayah saya telah meninggal dunia dalam kemalangan motosikal dan sebuah kereta. Kematian yg tidak diduga, tanpa sakit atau sebagainya... di dalam senyum dan tawa..arwah telah meninggalkan kami hanya dalam tempoh 2 jam..

Rasanya sesiapa yg pernah kehilangan org yg dikasihi di dalam keadaan begini yg akan merasai betapa sedih dan rindu yg tidak akan luput selamanya... bukan tidak menerima takdir dan ketentuan Tuhan... tetapi walau kita redha macam mana pun... sedih itu masih ada... hingga kini tiap kali melihat gambar arwah...melihat rumah separuh siap yg arwah tinggalkan.. gambar2 bersamanya sewaktu arwah masih hidup.. menjadikan saya cukup pilu... 30 puluh tahun lamanya saya mengenali arwah... seorang ayah yg amat penyayang.. baik hati dgn semua orang dan cucu-cucu yg hanya akan ditemui sewaktu anak2 balik bercuti.

Terlalu banyak kenangan indah jika ingin dilakarkan sebagai pengubat rindu kepada arwah... rasanya saya ingin scan semua gambar2 arwah dan jadikan sebagai satu video... sebagai pengubat rindu emak dan adik2 serta cucu2 kepada arwah ayah...

Ayah ... pergi mu tiada galang gantinya.. kehilanganmu amat dirasai saban hari.. semoga hidupmu di sana dicucuri rahmat dari Ilahi... kami amat menyayangimu ayah.


Tuesday, July 8, 2008

Meluangkan Masa Bersama Anak-anak

Politik Makin Celaru???

Salam....

Kesibukan kebelakangan ini menyebabkan saya agak kesuntukan masa untuk membaca paper.. biasanya saya akan cuba curi masa everyday utk membaca isu2 semasa yg berlaku di dalam dan luar negara.. bukan kenapa.. my job memerlukan saya mempunyai info yg byk tentang isu yg berlaku yg terkini....

Ari minggu yg lepas sempat membelek utusan malaysia dan harian metro... ahhh... fikri saya terlalu byk isu politik dalaman yg kelihatan bercelaru dan mengelirukan... kita sebagai rakyat semakin keliru dengan keadaan ini.. sekiranya kita bijak berfikir dan banyak mengikuti perkembangan semasa, rasanya kita boleh membuat penilaian sendiri, rumusan yg lebih baik daripada info paper semata2....

Kecelaruan politik ini menyebabkan rakyat mungkin terfikir... adakah isu2 panas seperti kenaikan harga minyak dan barang yg semakin tinggi ingin ditutup? ditimbulkan pula isu2 lebih panas supaya rakyat terus lupa? ntahlah.. sebagai rakyat yg matang dalam menghadapi keadaan ini... kita boleh membuat conclusion sendiri... betul atau tidak... kita pun tentunya tidak pasti..??

Wednesday, July 2, 2008

Pelajar Sekarang Kurang Hormat Guru?

Beberapa tahun lepas, semasa saya baru mengajar di sekolah ini lebih kurang 2 tahun, berlaku satu eksiden di mana sorang student melanggar saya dari tepi, mungkin kerana hendak cepat ke kelas atau ke toilet, taktaulah.... sebenarnya saya tidaklah sampai terjatuh cuma ke depan skit akibat bebanan membawa buku rekod mengajar dan bahan untuk P&P.

Apa yg nak saya cerita kat sini, student tersebut langsung tidak memandang muka saya apatah lagi memohon maaf kerana melanggar cikgu walaupun tidak sengaja. Terdetik juga di hati saya, "kurang ajarnya budak ni". Malu mempunyai pelajar yg tidak tau hormat pada guru seperti itu. Pernah saya menceritakan kisah ini di kelas2 yg saya ajar... ada pelajar yg menjawab, "sesetengah cikgu pun tak hormat kt pelajar"... belum pun kenal asam garam dunia dah berani mengatakan begitu begini kepada guru.

Macam mana agaknya guru hendak menghormati pelajar yg bercakap biadap dan kurang ajar seperti itu? Guru di sekolah ni, umpama pengasuh dia je... langsung takde kesedaran sivik.. nilai etika semua hilang entah ke mana... adakah pelajar sekarang langsung tidak hormat pada guru? Masih ramai lagi pelajar yg baik2... cuma segelintir yg bermasalah menjadikan keadaan ini agak buruk.

Saya pernah membuat praktikum di sebuah daerah di terengganu yg kemajuannya 60% kurang dari Putrajaya yg serba canggih ini... pelajar2 di sekolah itu amat menghormati saya walaupun saya cuma guru praktikum... tunduk dengan sopan dan salam yg penuh lemah lembut menjadi trend mereka di sana... Pelajar yg dikatakan bermasalah pun masih ada nilai kesopanan untuk memberi salam pada cikgu...

Agak berbeza keadaanya dgn di sini.. KENAPAKAH???

Dah Settle Pasal Telekom


Salam and hi to everybody...

My asben dah called ke Telekom bertanya hal surat saman kononnnya ada bil tertunggak yg tidak dibayar... menurut pegawai Telekom tersebut, memang berlaku kesilapan di pihak mereka. Sepatutnya once u dah potong line tersebut, pakej yg dipilih like Lets Talks tu akan dipotong sama. Dalam kes saya, kerani kaunter yg menguruskan pemotongan line tersebut tidak potong sekali pakej.. itu yg bil sewa line terus sampai ke rumah..

Dia mintak kami ke Telekom Cyberjaya, jumpa dengan pegawai kredit kat sana untuk settlekan semua ni.. insyaAllah akan dibuat secepat yg mungkin... but i have no time to go to Cyberjaya now coz so many things to do..