About Me

My photo
Saya seorang guru ICT di Putrajaya sejak tahun 2002.

Monday, April 21, 2008

Sikap pelajar sekolah?

Saya agak terkejut mendengar berita malam kelmarin di TV3 apabila seorang pelajar perempuan yang akan menduduki exam SPM pada tahun ini meninggal dunia akibat terjatuh dari balkoni di tingkat 11 rumahnya. Bukannya mempertikaikan ajal maut kerana ianya semua kuasa Allah SWT Taala, cuma pelik apakah yang dibuat pelajar terbabit sehingga sanggup memanjat turun ke balkoni rumah kawannya di tingkat 10 pada pukul 3 pagi?
Bukan mempersoalkan sesiapa.. memang amat bersimpati dengan perasaan ibu dan bapanya.. cuma saya benar2 hairan dengan sikap remaja kita pada hari ini... semakin berani membuat sesuatu hatta yang paling merbahaya pun!
Saya ke sekolah hari ini dengan perasaan bercampur baur.. rasa macam tak cukup tidur pun ada..baru je nak mula assemby pagi isnin, hubby pulak msg amik anak bawak ke sekolah tadika... aduh.. sakit kepala saya.. apa alasan nak diberi kepada pentadbir ni? saya bukan senang2 boleh keluar sekolah macam itu je.. last2 kena saya berterus terang saja.. nasib baik ada yang memahami... Saya balik sekejap, siapkan budak2 tu ke sekolah.. then balik sekolah semula...
Setiap kelas yang saya masuk tadi, saya bincangkan tentang kisah pelajar meninggal terjatuh dari balkoni itu.. bukan apa.. sebagai pengajaran kepada budak2 sekolah ini supaya mereka tidak membuat perkara buruk sewenang-wenangnya.. kena dengar nasihat ibu, ayah dan guru2 serta orang yang lebih tua..

Saturday, April 12, 2008

Hari minggu yang biasa-biasa

Hari minggu yg memenatkan.. macam biasa after bangun tido, have to clean everything in my house.. dari atas sampai bawah.. konon2nya rajin la... saya buat apa yang saya mampu sajalah.. basuh kain, cuci pinggan mangkuk, basuh dapur, sink, mop lantai (tiba2 batang mop lak patah... iskkkk.. selamat tugas tu stop arini...hik..hik..)

Anak2 bangun and mula buat bising... nasib ada adik yang belajar kat melaka tu, boleh layan diaorang sekejap.. si kakak sibuk bertanya kenapa today don't have to go to school.. si adik ikut sekali.. pantang apa yg kakak buat dia akan ikut, dengki pun satu. Puas nak explain, actually, she still don't understnd why i must have my 'cuti' day.. ehehe... dia ingat everyday saya mesti kerja je.
Dah lama tak berjalan2 bersama family.. my hubby is so busy sampai takde masa untuk ke mana2.. kalau nak pegi juga, pegi la sendiri bersama anak-anak.. tapi tak seronok jugak.. anyway... semoga oneday nanti akan ada perubahan...

di kolam air panas Kg La, Besut

Wednesday, April 9, 2008

Taklimat..taklimat..kursus..kursus..

Assalamualaikum..

Salam sejahtera... saya baru kembali dari shah alam kerana menghadiri mesyuarat ketua panitia ict. Belum pun habis penat perjalanan, sekali lagi handset berbunyi, panggilan dari jabatan. Aduh.. berita kurang menggembirakan lagi.. minggu depan kena menghadiri taklimat berkenaan dengan pentaksiran subjek bersama dengan LPM. Bukan dekat2, ke penang pula kali ini. Claim perjalanan tak payah buat sebab orang jabatan dah sediakan tikat flight... eheheh. boleh la merasa naik flight kali ini...sebelum ini saya biasa pergi dengan bas je... kesian dekat diri sendiri.

Anyway, saya risau memikirkan kelas yang telah banyak ditinggalkan. Kelas peperiksaan pula tu.. tapi kalau saya tidak pergi, input penting yang akan diberikan oleh pihak LPM tak akan sampai ke pengetahuan saya. Biasanya kalau dah melibatkan banyak pihak, masalah kecairan maklumat akan berlaku.

Awal mei nanti, selama 4 hari saya akan mengikuti kursus dibawah kelolaan pihak IPG untuk subjek ict. Kelas akan ditinggalkan lagi. And then, pertengahan jun, ada kursus lagi untuk penataran kertas 2 selama 3 hari. Pada bulan julai pula, 3 hari lagi kursus untuk penggunaan visual basic. Banyaknya jumlah waktu kelas saya yang akan ditinggalkan. Jika dihimpunkan saya perlu mengganti kelas2 itu selama 2 minggu! Aduhai... apa yg perlu saya lakukan? i have no choice kecuali membuat kelas ganti utk waktu2 yang tertinggal itu.. silibus perlu dihabiskan, pentaksiran perlu dilakukan..so, what im going to do? penatnya memikirkan semua itu.. namun demi tugas... saya perlu mengikuti kursus2 itu untuk memantapkan penggunaan ict di kelas.. demi anak2 didik yg tercinta(walaupun ada antara mereka yg mungkin menyampah dgn saya), saya perlu mengadakan kelas ganti, kalau tidak mereka akan ketinggalan...

Ya Allah.. aku cuma memerlukan kekuatan dariMu!

Thursday, April 3, 2008

Mengimbas Kenangan Bersama Guru di Sekolah

Assalamualaikum..

Tak taulah kalau ada yang kata seorang guru tu tidak sibuk. Memanglah kalau dibandingkan dengan seorang doktor atau seorang pengarah jabatan, kerja guru mungkin agak remeh, mudah kerana client kami adalah pelajar. Don't know how to say. Mungkin itu lah yang orang nampak, dan begitulah juga yang saya nampak sewaktu saya masih bergelar pelajar sekolah.
Sewaktu saya bersekolah rendah pertengahan tahun 80-an, guru-guru yang ada mengajar saya terdiri daripada pelbagai personaliti. Ada guru yang teramat garang, sampaikan kalau sewaktu dia bercakap kita langsung tidak boleh menoleh ke kiri dan ke kanan. Nak bernafas pun ditahan-tahan. Nak tau kenapa? Emmm.. kalau kita tertangkap tidak memberi perhatian kepadanya, alamatnya, selamat la engkau hari tu, kalau tak kena pulas perut, pulas telinga, kalau tak pun paling kurang kena penampor sebijik! Setakat herdik-herdik tu perkara biasa. Kena denda naik atas kerusi dan meja, lagi biasaaaaa. Kena denda lompat katak sepanjang koridor sekolah pun cikgu kami tak heran nak denda. Walau bagaimanapun, ada guru yang amat baik.. amat berlemah lembut dan berhemah. Memuji kita apabila kita berjaya, membantu kita apabila kita susah memahami.
Bila memasuki alam sekolah menengah, lagi ramai guru yang mengajar. Lagi banyak personaliti yang saya jumpa. Ada cikgu yang mengajar memang bercakap sahaja. Ada juga yang hanya duduk di kerusi dan mengarahkan kita membuat latihan. Ada guru yang memberi kita hanya 1 soalan latihan, tapi selepas itu kita boleh menyiapkan 50 soalan latihan yang lain. Betapa bagusnya pendekatan yang diguna sehingga dengan 1 soalan sahaja, saya boleh faham apakah konsep yang hendak disampaikan. Pendekatan berbeza digunakan oleh guru yang berbeza.
Rasanya saya ingin berkongsi satu kisah yang agak menyentuh hati saya dan sehingga ke hari ini saya masih mengingati peristiwa itu. Ia benar-benar telah menginsafkan saya. Sewaktu di sekolah rendah saya merupakan antara pelajar yang pintar. Selalu memegang nombor teratas dalam peperiksaan dalaman. So, saya agak riak, rasa diri sudah pandai, semua subjek bagi saya senang sahaja, kecuali bahasa inggeris. Untuk menghadapi UPSR saya langsung tidak membuat sebarang ulangkaji. Bila tiba masa untuk ambil result betapa kecewanya saya kerana keputusan yang diperolehi tidak seperti yang dijangka. Apabila melihat keputusan seorang kawan, betapa bagusnya yang dia perolehi walaupun dia bukan pelajar terpilih. Saya rasa irihati lantas berkata, "alah, nasib baik engkau je tu dapat bagus". Kebetulan masa tu ada seorang guru lelaki sedang memerhatikan kami mengambil keputusan. Apabila mendengar kata-kata saya, beliau terus berkata, " Tidak akan terjadi nasib baik kalau kita tidak mengulangkaji. Kalau kita berusaha pasti kita berjaya, tapi kalau kita malas, semuanya akan musnah". Saya jadi malu sendiri, benar-benar malu. Selepas itu saya terus tekadkan dalam hati, saya tidak akan berjaya jika mengharapkan hanya otak pandai saya. Kalau tidak diasah, lama-lama akan berkarat juga. Terima kasih Cikgu Nik, ku ingati ia hingga sekarang.
Satu lagi peristiwa yang menjadikan saya semakin kuat untuk berusaha ialah sewaktu saya di tingkatan 2. Masa tu saya memang agak bagus, tetapi lemah dalam subjek matematik dan BI. Cikgu matematik saya Pn. Khadijah, seorang yang kecil molek, memakai tudung labuh dan berjubah. Setiap kali waktu matematik, dia tak pernah 'miss' untuk memanggil saya ke depan kelas untuk membuat latihan di papan hijau. Saya faham ke tak faham ke, dia tak kisah. Yg penting saya kena jawab dengan betul. Satu hari saya langsung tidak boleh menjawab satu soalan yang baru diberi. Dia mengarahkan saya berdiri di depan kelas dan memanggil pelajar lain yang mahu membantu saya. Kalau takde kawan yg nak tolonng, alamatnya berdirilah saya kat situ sampai masa habis. Nasib baik seorang kawan saya berbangsa Cina, Teo Huey Ing menolong menyelesaikan soalan tersebut. Sebelum beliau membenarkan saya masuk, beliau sempat menasihati saya, "awak seorang pelajar yang pandai, semua subjek awak boleh skor tinggi, tapi kenapa markah matematik awak selalu atas pagar? kalau awak nak berjaya, awak tidak boleh berjaya satu subjek sahaja, awak kena berjaya semua subjek terutamanya matematik kerana subjek ini amat penting untuk ke universiti". Saya terus mengangguk.
Saya faham kepentingan matematik selepas itu. Everyday saya buat latihan matematik di dalam kelas terutama waktu guru tiada di kelas, atau masa antara pertukaran subjek. Saya anak orang susah, tidak ada sebuah buku latihan pun untuk matematik, maka saya pinjam dari kawan baik saya Teo, buat ulangkaji hanya di sekolah kerana saya tidak boleh meminjamnya untuk dibawa balik. Saya nekadkan di dalam hati, walaupun tidak dapat A1, sekurang-kurangnya saya mesti mendapat A2 di dalam SRP apabila memasuki tingkatan 3 nanti (tahun terakhir SRP diadakan iaitu 1992).
Alamak tak sempat abis nak bercerita la..... nanti saya sambung lagi.. nak uruskan anak2 dan solat dulu..

Wednesday, April 2, 2008

Asam Garam Kehidupan

Assalamualaikum..

Hari ini saya terpaksa bercuti, bergilir dengan hubby kerana my first daughter demam + asma... kerap sangat dia sakit.. dont know why... maybe sebab pemakanan.. taktau lah.. pengalaman orang lain as a parent bagaimana pula?

Baru 3 bulan bersekolah tadika dgn umur baru 5 thn, my daughter dah berapa kali cuti sekolah, kalau demam je amik masa sampai 1-2 minggu.. ubat confirm abis punya sebab berapa kali diulang2 makan. Hidup ini kadang2 memerlukan ketabahan hati yg kuat.. kalau tak kuat, kita akan cepat membinasakan diri sendiri.

Sebenarnya banyak kerja yg perlu disiapkan di tempat kerja. Saya sangat risau kerana fail harta modal yang diamanahkan belum terisi.. not my fault because i have to wait for other person to submit to me. Bukan itu saja, buku rekod yg mesti ditulis everyday pun belum siap lagi..

oklah.. anyway.. saya akan sambung menulis kemudian, perlu tengok my daughter yg masih demam, dia perlu makan ubat..