About Me

My photo
Saya seorang guru ICT di Putrajaya sejak tahun 2002.

Friday, January 30, 2009

Masih merindu

Saya ada letakkan gambar arwah ayah di column sebelah kanan blog.. sebagai kenangan terhadap arwah ayah...

Ada org kata, semakin kita menatap wajahnya, semakin rindu kita pd yg telah tiada... semakin sedih terkenang2 pd yg telah pergi...

Pada saya, memang betul.. tetapi dgn adanya gambar arwah... selalu ditatap.. menjadikan rindu yg semakin menebal ini penuh dgn kenangan2 indah... biarkan ia rimbun... supaya saya dan sesiapa yg mengenali arwah selalu mengingati... kami tau siapa arwah ayah... berpuluh tahun kami hidup bersamanya.. dia disayangi oleh semua orang kerana beliau baik dan sopan melayani sesiapa sahaja biarpun org yg baru dikenali...

Saya juga berharap saya tidak terlupa untuk menghadiahkan arwah doa dan AlFatihah kerana tiap kali melayari blog ini...arwah ada...

Semoga saya akan terus menjadi anak yg mengenang budi, yg tidak lupa pd jasa ayah dan ibunya yg membanting tulang empat kerat untuk membesarkan dia dan adik2nya... semoga saya terus menjadi anak yg solehah yg terus membuat amal jariah untuk org tuanya... semoga Tuhan berikan saya tubuh badan yg sihat untuk bekerja mencari rezeki yg halal supaya saya dpt membalas kembali setiap keringat arwah ayah dan emak... semoga Tuhan terus memberikan saya rezeki untuk menolong adik2 yg masih memerlukan bantuan kerana kami tiada lagi tempat bergantung kecuali emak selepas arwah meninggal....

Lama kami hidup menderita di alam kemiskinan yg tidak dapat digambarkan dengan kata2... kami biasa makan nasi berlauk air garam, tidur diterangi pelita minyak tanah, kadang2 berlangitkan air hujan kerana bumbung rumah yg dibuat dari atap nipah bocor... saya juga sempat merasa berjalan kaki sejauh lebih kurang 4 batu untuk ke sekolah rendah di SK Tembila kerana motor arwah bocor dan tidak dapat digunakan.... saya sudah biasa digelakkan org kerana memakai kasut sekolah yg putus dua tetapi dijahit kembali dgn tali rafia... saya tidak heran apabila kawan2 mengejek saya menggunakan beg sekolah koyak atau baju tidak bergosok kerana memang kami tidak ada penggosok baju.... saya tidak salahkan sesiapa dan mencari punca kenapa kami hidup miskin... kami memang tidak cukup makanan berzat, tapi kami mewah dgn kasih syg....setiap manusia di atas dunia ini diberikan Tuhan dugaan yg berlainan.. dugaan ini diberikan pada kami kerana kami mampu mengharunginya... saya juga sudah biasa balik dari sekolah pada jam 3.30 ptg dan terus ke ladang tembakau arwah ayah yg terletak jauh dan hampir dgn sungai... kami akan menolong arwah sehingga cahaya jingga di ufuk langit kembali dengan megahnya.......

Begitulah hidup kami sekeluarga saban hari... makan pakai setakat apa yg ada.... saya tidak pandai bermewah2 sampai skrg kerana saya biasa dgn kesusahan...... abang saya yg sulung keluar bekerja ke KL selepas STPM kerana ingin mengubah kehidupan kami yg miskin itu.... kalau mampu mungkin dia boleh sambung belajar, tapi keluarga kami tidak mampu kerana masih ada 12 orang di bawah abang yg perlu ditanggung oleh arwah ayah...

Kakak saya berkahwin pada usia muda, bukan kerana tidak pandai belajar sedangkan keputusan SPMnya hampir sama dengan saya cuma beliau di aliran sains sosial... tapi kerana kemiskinan, tekanan demi tekanan, dugaan yg dihadapi makin memuncak apabila rumah kecil tempat berteduh kami hangus dijilat api pada mei 1992 sewaktu saya di ting 3 dan kakak di ting 5. Beliau amat trauma sehinggalah mengambil SPM dan berkahwin selepas itu....

Bagi emak dan arwah ayah.... apa2 yg berlaku adalah dugaan Allah SWT untuk kami sekeluarga... mana2 anak yg boleh bangkit, kuat dan meneruskan perjuangan dalam akademik, bangkitlah semoga suatu hari nanti dapat menggantikan mereka berdua membantu adik2.... bagi sesiapa yg lemah dan memerlukan tangan dari org lain untuk berdiri, teruskanlah.... ada rahmat Tuhan di sebalik semua ini...

Sehingga saya berjaya ke universiti, masih ada adik2 yg kecil di bawah saya yg sedang meneruskan persekolahan...saya anak ke 4, kakak ke 2 yg paling tua dalam keluarga ini... so, saya menjadi tunjang, nadi kepada emak untuk membantu meringankan bebanan keluarga....

Sekarang...apabila masa berlalu... masih ada adik yg bersekolah dan belajar di universiti... ada adik2 yg juga berkahwin pada usia muda dan bekerja biasa2... Tuhan telah tentukan rezeki mereka.... ada juga yg bekerja agak ok dan boleh menolong sy membantu emak sejak arwah ayah meninggal.....

Pertolongan yg diberikan kepada keluarga di kg untuk membantu mereka meneruskan kehidupan, bukannya mengajar mereka bermewah2 kerana mereka juga seperti saya, tidak pandai bermewah..... bantuan yg dihulurkan sebagai tanda terima kasih yg tidak terhingga kepada ibu yg melahirkan saya ke dunia dan arwah ayah yg membesarkan saya hingga menjadi manusia yg berguna bukan untuk melebihkan mereka dari sapa2.... bantuan untuk adik2 dilakukan sebagai tanda yg saya ada mereka sebagai saudara sedarah sedaging yg tidak akan putus walau dicincang... mana tau selepas ini saya pula melalui kesusahan dan mereka akan membantu...? InsyaAllah... Kalau tidak pun, saya bukanlah org yg membantu org lain dgn niat untuk mendapatkan balasan balik... hanya Allah SWT yg Maha Mengetahui segalanya...

Cuma hingga kini... apabila cahaya indah perlahan2 memasuki pintu keluarga kami.... apabila kami mula merasai kesenangan hidup seperti org lain walaupun tidaklah kaya... arwah ayah pergi dulu dijemput Ilahi....... hanya air mata yg mampu mengiringi... Tuhan lebih menyayangi beliau.....

Selamat tahun baru Cina

Salam....

Saya memang sibuk sungguh sejak kebelakangan ini. Tak sempat langsung untuk kemaskini blog yg tidak seberapa ini... lama dah rasanya tak baca paper tentang isu2 semasa especially isu global yg melibatkan hidup dan mati manusia...

Cuti tahun baru cina saya pulang ke kampung di besut... sepanjang perjalanan cuaca redup dan sesekali hujan turun agak lebat. Perjalanan memakan masa hampir 12 jam kerana kami bertolak tengah malam and my hubby berhenti tidur agak kerap. Its ok, yg penting selamat tiba.

Saja je balik ke kg.... bukan ada kenduri kendara pun, cuma mengingatkan emak yg selalu sakit dan masih belum pulih sepenuhnya dari sakit beliau hari tu, tak salah rasanya kalau saya balik menjenguk bila ada kelapangan.

Kadang2 org tak nampak kenapa kita kerap blk ke kg kita... kadang2 org cuma tau mengata, membuat andaian dan mendengar dari sebelah pihak... tidak pula cuba meletakkan diri pada org yg melaluinya... entah la... manusia ini susah untuk diduga... rambut sama hitam tapi hati masing2 yg tentukan....

Oklah... saya ingat nak komen pasal isu Palestin lagi.. tapi agak sibuk la ari ini... so, sampai jumpa lagi.

Monday, January 19, 2009

Semoga Palestin kembali tenang!!

Hamas setuju gencatan senjata - Dipetik dari Utusan Online

GAZA 18 Jan. – Hamas hari ini turut mengumumkan gencatan senjata membabitkan pejuang mereka dan kumpulan sekutunya di Tebing Gaza.

Pemimpin kanan Hamas, Ayman Taha turut memberi masa seminggu kepada Israel untuk mengundurkan tentera mereka.

“Pergerakan Hamas dan sekutu kami mengumumkan gencatan senjata berkuat kuasa serta merta dan memberikan masa selama seminggu untuk tentera Israel berundur dari negara kami.

“ Kami juga menggesa Israel membuka semula pintu sempadan bagi membenarkan penghantaran bantuan yang sangat diperlukan penduduk kami,” kata Ayman.

Israel sebelum ini tidak mengumumkan tarikh khusus bila mereka akan berundur dari Gaza melainkan Hamas segera menghentikan serangan ke wilayah mereka.

Dalam pada itu Amerika Syarikat (AS) mengalu-alukan gencatan senjata yang dilakukan kedua-dua pihak dan berharap ia akan berterusan.

“Kedua-dua pihak perlu menghormati gencatan senjata ini bagi mengembalikan kestabilan dan kedamaian di Gaza.

“AS menghargai usaha gencatan ini yang dimulakan oleh Mesir namun kami masih bimbang dengan kesengsaraan yang dialami oleh penduduk di Gaza,” kata Setiausaha Negara AS, Condoleezza Rice.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon turut menyatakan sokongan ke atas gencatan senjata ini dan meminta Israel segera mengundurkan tenteranya.

“Saya berasa lega dengan gencatan senjata ini dan ia merupakan langkah awal kepada pengunduran semua tentera Israel dari Gaza,” kata Ki-moon. – Agensi


Alhamdulillah sekiranya ini benar2 berlaku walau dikatakan seolah2 cuma gencatan senjata sebelah pihak sahaja... sekurang2 nya ia menampakkan sinar kepada anak2 Palestin yg memerlukan bantuan secepat mungkin... semoga Allah SWT memberikan balasan yg setimpal kepada mereka yg membunuh orang2 yg tidak berdosa.. Amin.


Taufan "Sibuk" Mula Melanda!!!

Salam....

Agak ngeri untuk menulis tajuk di atas, macam kena landa dgn taufan Katrina di US saja... ehehe.. but itulah realiti yg dihadapi oleh saya dan kebanyakan guru2 yg telah memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran sepenuhnya mulai awal januari...

Sebagai guru tingkatan 4, saya mempunyai banyak tugas untuk diselesaikan dalam tempoh terdekat... sementelah lagi pelajar2 form 4 ini asyik keluar masuk saja.. register hanya secara informal kerana terlalu banyak kerumitan akan berlaku sekiranya nama2 mereka terus dimasukkan ke dalam register kekal... borang SBPT lum dilengkapkan sepenuhnya.. dgn jumlah pelajar seramai 34 org untuk kelas saya, memang agak memakan masa... pelajar2 ni pula nak kena selalu diingatkan.. borang2 daftar nom perolehan untuk buku teks pun perlu diminta secara keras barulah semua org boleh menghantarnya kepada guru...

Itulah hakikat, rutin hidup seorang guru.. setiap hari... disamping kesibukan itu, bisnes utama tak bleh ditinggalkan.. apa lagi.. mengajar le... masa inila kita mula mengira langkah, mencongak masa, sempat ke silibus dihabiskan sebelum peperiksaan trial SPM and STPM dimulakan? Sempat ke pelajar2 saya menyiapkan courseworks diaorg sebelum Ketua Pentaksir datang untuk menyemak markah and evidences..

Seperti taufan yg melanda, hari2 kita berlari2 mengejar masa yg dirasakan amat suntuk... pejam celik sudah pukul 3... masa untuk bersedia ke padang bagi menguruskan sukan tahunan yg akan dimulakan tidak lama lagi... itu tidak termasuk lagi kerja2 panitia yg perlu diuruskan apabila anda menjadi seorang Ketua Panitia MP dan Guru Kelas serentak! Belum lagi dikira kerja2 menguruskan pendaftaran pelajar untuk peperiksaan STPM kerana tahun ini saya diangkat pula menjadi SU Pep STPM... Adussshhh.. banyaknye kerja seorang guru ni... tak tercapai akal anda!!

Start saja januari... papan putih di opis sekolah mula dipenuhi dgn nama2 guru yg akan keluar untuk mesyuarat, kursus, bengkel dan sebagainya... sekiranya nama anda di antara yg tersenarai? Di masa yg sama anda perlu membawa pelajar keluar untuk program sekolah or di masa yg sama juga anda perlu berada di sekolah kerana terlibat dalam aktiviti penting yg tidak boleh ditinggalkan? Apa yg perlu anda lakukan.. keputusan yg bijak akan dibuat oleh otak yg cepat berfikir.. Carilah guru ganti.. mintalah tolong kpd sesiapa yg mungkin boleh menggantikan anda sekiranya ia tidak melibatkan panitia mp. Keadaan ini memang agak mencemaskan kerana dalam masa yg sama kita juga perlu memikirkan bagaimana caranya untuk menguruskan keluarga yg mungkin bakal ditinggalkan 2-3 hari atau mungkin seminggu...

Emmm.. walau apa pun, itulah sebahagian daripada rentetan tugas seorang guru yg dulunya amat dipandang mulia.. namun sekrang tugas ini agak dipandang dingin oleh masyarakat.

Petang ini saya mendapat sedikit ruang untuk balik awal ke rumah, namun tugas tidak berhenti setakat itu sahaja. Selepas menulis di blog ini saya perlu menyambung kerja menyiapkan borang SBPT pelajar2 4STK...

Monday, January 12, 2009

Kekejaman di bumi Palestin


SEORANG lelaki melihat empat ahli keluarganya maut dibedil roket Israel di Gaza semalam.
(Dipetik dari KOSMO Online)


Salam...

Hampir 2 minggu saya tidak berkesempatan menulis ke blog ini kerana kesibukan dgn tugas2 guru di awal tahun.. seperti biasa untuk menguruskan pelajar2 sebelum permulaan sesi pembelajaran yg sebenar.

Seperti biasa juga saya sedaya upaya memperuntukkan waktu walau pun setengah jam untuk membaca isu2 semasa di dalam dan luar negara dari bahan2 bacaan terutama media masa... biasanya bahan2 ini saya akan gunakan apabila memulakan sesi P&P di dalam kelas.. emm..banyak sekali cerita dipaparkan.. dan tentunya kisah yg paling menyayat hati ialah isu peperangan di Palestin yg belum bernoktah.

Di dalam paper hari ini presiden Israel menyatakan bahawa matlamat mereka semakin hampir iaitu kononnya untuk mendapatkan keselamatan kpd rakyat Yahudi laknat itu di Genting Gaza... semakin mereka menghampiri matlamat mereka, semakin bertambah jumlah kematian di kalangan rakyat Palestin yg tidak berdosa, terutama wanita, kanak2 dan warga tua....

Air mata saya mengalir setiap hari, setiap kali saya membaca di akhbar tentang kekejaman Zionis yg membunuh ratusan nyawa org awam yg tidak berdoa... kesedihan, kekecewaan dan simpati yg tidak terkata... sedih kerana menatap wajah2 kanak2 yg belum pun kenal erti kehidupan yg dikambus hidup2 di kediaman sendiri, ditembak dan dilukai sedangkan mereka sedikitpun tidak mampu melawan. Kecewa kerana sebagai seorang manusia dan seorang muslim yg seagama dgn mereka, saya tidak mampu berbuat apa2... apalah yg mampu saya lakukan sementelah pemimpin2 besar dunia pun tidak dapat berbuat apa2 untuk melawan kekejaman manusia Zionis ini yg berwajah binatang.

Kita tak mampu berbuat apa2.. itulah yg saya bisikkan ke dalam hati setiap kali air mata mengalir mengenangkan penderitaan rakyat Palestin yg dibunuh di tanah air sendiri... kita cuma mampu berdoa, bersolat hajat dan memohon kepada Allah SWT semoga Tuhan turunkan pembalasan yg setimpal ke atas kekejaman yg dilakukan ke atas org yg tidak berdosa.. Allah itu Maha Adil dan Maha Mendengar.. Allah akan mendengar doa orang2 yg beriman kepadaNya.

Sebagai saudara semuslim itu lah yg mampu kita lakukan kerana sudah tentunya untuk menggerakkan jasad pergi berjuang sekali melawan rejim Zionis kita tidak mampu. Kita boleh menyalurkan bantuan kewangan kepada pertubuhan2 diktiraf yg menganjurkan dana bantuan untuk rakyat Palestin, sekurang2nya kita dapat membantu mereka untuk meneruskan kehidupan dalam keadaan perang yg membataskan setiap keperluan asas mereka.

Kepada saudara2 Muslim or non-muslim yg mempunyai rasa peri kemanusiaan (rasanya kalau takde perasaan ini dia bukan manusia kot), bantulah penduduk Palestin melalui dana2 yg boleh disalurkan melalui iklan media2 masa... kalau Muslim bantulah mereka kerana perkemanusiaan dan mereka seagama dgn anda (setiap orang muslim adalah bersaudara), kepada non-muslim pula bantulah mereka kerana dasar perikemanusiaan anda. Mana2 agama pun di atas dunia ini sudah tentunya tiada yg menghalalkan cara kekejaman ke atas orang lain untuk memastikan keselamatan negara sendiri... tiada satu pun...

Ya Allah, ku mohon padaMu semoga darah saudara seagamaku di bumi Palestin berhenti mengalir.. Ya Allah, selamatkan mereka.. Ya Allah, bantulah mereka menentang kekejaman Yahudi..Ya Allah hanya Engkau yg Maha mengetahui...