About Me

My photo
Saya seorang guru ICT di Putrajaya sejak tahun 2002.

Thursday, September 22, 2011

Berikanlah kekuatan...

Melayari kehidupan dengan menerima tekanan dari pelbagai sudut menyebabkan saya hampir2 menjadi orang lain.. Allah itu Maha Berkuasa... setiap kali kita memohon semoga diberikan jalan, ditunjukkan kebenaran... luas terbentang di depan mata realiti yg sebenarnya... setiap kali itu juga hati menjadi remuk redam... hancur bagai dihentam batu... kemudian apabila masa beredar, ia kembali pulih.. kita boleh hidup dan menerima seadanya ketentuan Tuhan itu..... kemudian, ia kembali lagi... menoreh kembali luka yang pernah tergores.. mengalirkan airmata dan sendu kita sebagai manusia biasa... selepas itu kita kembali boleh menerimanya.. hiduplah kita di dalam sebuah kenyataan yang akan sntiasa mengguris hati dan perasaan... itulah namanya kehidupan... redha dengan perjalanan itu kerana Allah tidak menjadikan kita hidup sentiasa berbahagia....

Sejak makan ubat utk RA ni, sy dh tak ambil lg ubat tahan sakit...tapi kesannya kepada hafiy..hopefully dia tak kembung perut, cuma beraknya sentiasa cair....

oklah.. nak buat soalan final... esok ada jamuan raya kt sekolah.. tak sabar nk makn nasi dagang mak syirah...nyum..nyumm..:):)







Saturday, September 17, 2011

Rheumatoid arthritis (RA)

" RA is a tough disease and it takes a tough person to live with it.."...

Sekuat mana pun hati saya menerima perkhabaran ini.. tapi airmata tetap juga mengalir apabila saya melayari internet dan membaca statement di atas... hati terasa sebak dan tembok kukuh yg saya bina di dalam diri retak jua...

" RA is a chronic, long-term disease that occurs because the body's immune system doesn't work the way it should. ..."

Itulah rupanya penyakit yg saya hidapi setelah berbulan2 mengalami sakit sendi... Alhamdulillah kerana akhirnya saya tahu apa yg berlaku.. walaupun bukan perkhabaran gembira yg diberikan doktor pakar dari Hospital Putrajaya.. tapi sekurang2nya skrg saya tidak lagi berteka teki...

Hanya kekuatan dalam diri yg saya perlukan untuk menghadapi semua ini... sejak hari itu.. saya banyak melayari internet untuk memahami sendiri apakah penyakit RA ini...

" Rheumatoid arthritis (RA) is a long-term disease that leads to inflammation of the joints and surrounding tissues. It can also affect other organs.. "

Kalau boleh saya tidak mahu menangis.. saya mahu kuatkan semangat dan redha dengan ketentuan Tuhan.. tentulah ada hikmah tersendiri di sebalik ini semua.... cuma apabila melihat anak2.. hati terasa sebak terutama melihat se kecik Hafiy yg amat memerlukan belaian dari ibunya.. bukan saya tidak boleh menjaga Hafiy.. tapi saya memerlukan kekuatan dan tenaga untuk mengangkat dan mendukungnya.. sedangkan setiap hari Hafiy semakin berat dan tenaga tangan ini tidak cukup kuat...

".. When the immune system attacks the body like it does in RA, it leads to the symptoms that people with RA experience — from joint pain and stiffness to fatigue. Over time, the joints can become permanently damaged. Without proper treatment, this kind of damage can lead to disability. New, targeted therapies in RA provide hope for people with this condition... "

Doakan saya mampu dan tabah menghadapi semua ini... insyaAllah dengan bantuan ubatan dan terapi dari doktor.. saya berharap ia akan semakin berkurang walaupun tidak sembuh.. insyaAllah...



Sunday, September 11, 2011

Kembali bertugas

As salam.. sekejapnya masa berlalu.. sejak hari khamis lepas saya dah selamat kembali bertugas di sek.... dalam fikiran, cepatnya 3 bulan? belum puas rasanya duduk melepak kt rumah sambil menonton tv dan menjadi suri rumah sepenuh masa.. kalau lah diberi peluang dan berkemampuan, ingin rasanya saya menjadi suri rumah je...ehehe..

Kembali bekerja bermakna kembali menerima tekanan dari pelbagai sudut.. pelajar yg akan menghadapi exam, kerja yg bertimbun dan silibus yg perlu dihabiskan.. apa2 pun, itulah hakikat sebuah tugas.. mahu tak mahu, hati harus menerima dgn ikhlas kerana ini yg saya mahukan... keikhlasan sahaja yg mampu membuat kita bertahan walau sehebat mana dugaan melanda...

Ok.. habis tentang kerja..SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN untuk semua kenalan di alam maya ini.. takut terlupa sampai habis syawal....

Minggu depan saya akan mendapat keputusan ujian darah tentang penyakit yg saya hidapi skrg.. semoga bukan seperti yg saya fikirkan..insyaAllah.. walau apa pun keputusan yg diberikan doktor nnati.. saya berharap saya akan menjadi insan yg paling kuat dan tabah menerimanya.. kalau saya tidak kuat.. apatah lagi orang yg hendak memberi sokongan... doakan semoga saya tabah mengharungi segala dugaan yg Maha Esa...