Salam semua,
Balik dari sekolah petang tadi agak awal kerana Kursus Keprofesionalisme Keguruan telah dibatalkan. Ayah kepada Pengetua sekolah saya masuk spital kerana sakit tua....
Ingat di hati bleh la berehat skit akibat tekanan di tempat kerja... sampai je rumah ternampak ada satu surat. Rupanya surat amaran dari Telekom menyatakan saya dah banyak kali tak bayar bil tertunggak.
Menyirap rasa darah ke kepala.. kerana nombor tersebut telah saya potong pada bulan 12 tahun 2007... bengang yg teramat... kita dah potong line.. tapi bil still sampai... saya dah pernah telefon ke khidmat pelanggan telekom dan pegawai di sana menyatakan berlaku kesilapan. Sepatutnya bil dah tak perlu dihantar lagi dan dia akan kemaskini kembali akaun saya..
Jumlah tidaklah banyak kerana cuma sewa line... but the prob is why the bill is still coming sedangkan talian telah dipotong? and what happen actually? kenapa sampai ada bil tertunggak? saya terus menelefon ke nombor telefon yg tertera di surat tersebut.. dan ada beberapa alasan yg diberi yg tidak boleh diterima oleh saya...
Semasa saya memotong talian tersebut di telekom kajang, saya ingat lagi kerani kaunter yg menguruskan pemotongan tersebut menyatakan pihak telekom akan menghantar baki duit deposit saya sebanyak RM25 lagi selepas ditolak bil semasa selepas saya memotong talian tersebut... kita menunggu baki duit kita, surat mintak hutang yg kita terima....
Pastu saya terus ke telekom Cyberjaya... emmm.. tapi tau jelah... customer ramai... kaunter buka skit.. masa yg diambil untuk menyelesaikan urusan setiap customer agak lama... saya menunggu dari 3.30 ke 4.15 hanya seorang customer baru dipanggil... hubby kena masuk opis balik.. last2 kami balik dgn tangan kosong... apa kisah sebenarnya ni Telekom?