About Me

My photo
Saya seorang guru ICT di Putrajaya sejak tahun 2002.

Thursday, March 17, 2011

happy birthday kakak ke 8

As salam..

Kakak sambut birthday ke 8 tahun pada 4 mac lepas... saya baru ada kesempatan untuk menulisnya di blog ini... happy birthday kakak.. semoga kakak menjadi orang yang berguna dunia dan akhirat ye...

Wednesday, March 2, 2011

pemergian seorang pakcik

Assalamualaikum...

Hari ahad lepas, saya mendapat khabar sedih lagi apabila dimaklumkan akan pemergian abang sulung kepada emak saya yg saya panggil arwah dgn panggilan 'ayah long' akibat penyakit jantung... sebenarnya beliau telah berada di ICU hospital KT selama beberapa hari.. menurut emak, keadaan arwah sudah tenat dan beliau koma masa di ICU tersebut..... saya tidak dapat balik menjenguk kerana masa yg suntuk serta tidak boleh memohon cuti lama.. walau apa pun, dari kejauhan ini saya tidak lupa mendoakan kesejahteraan arwah di alam sana.... saya kerap melawat arwah kalau balik ke kg emak di kg Lepan Kejor, Besut.... kadang2 kalau waktu itu musim buah2an seperti durian, arwah tidak pernah lokek menyimpannya utk kami sekiranya tahu kami akan singgah... semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.. Alfatihah...
Hari ini pula, pakcik kepada suami, meninggal dunia di Banting Selangor... emm.. ajal maut akan menjemput kita tidak mengira masa.. semoga Allah mencucuri rahmat juga utk arwah...Amin.