Hari ni masuk ke kelas 6 atas dengan rasa takut dan gementar bila melihat jumlah hari STPM dan SPM yg akan muncul hanya dlm tempoh sebulan lebih je lg....
Melihat wajah anak2 didik di dalam kelas... saya terfikir sudah cukup bersediakah mereka untuk menghadapi peperiksaan besar itu? Hopefully mereka sudah bersedia or sedang bersedia kerana masa akan berlalu dengan pantas tanpa disedari...
Selepas mencetak marksheet utk peperiksaan trial stpm utk ke dua2 kelas, hati agak berbunga2 melihat result yg melonjak naik walaupun ada beberapa org pelajar yg masih mendapat pngk di bawah 2.00... semoga mereka sempat membuat anjakan paradigma dan menghasilkan keputusan yg akan memuaskan hati mereka sendiri.. saya sebagai guru, apatah lagi.. kita yg melompat gembira apabila ramai pelajar mendapat keputusan cemerlang...
Tak sabar rasanya menunggu waktu itu datang... cuma agak risau dgn ICT kerana latih tubi yg diberi dirasakan belum cukup buat pelajar2 form 5 tersebut.. saya akan cuba sedaya upaya before SPM datang.. insyaAllah...