About Me

My photo
Saya seorang guru ICT di Putrajaya sejak tahun 2002.

Sunday, May 25, 2008

Hepi Birthday to Me: 25 May

Selamat Hari jadi untuk diri sendiri....

Zaman belajar kt USM dulu ada la juga kawan2 nk wish hepi birthday... kadang2 ada yg bawa pegi belanja makan2.... ada juga yg menghulurkan sesuatu as a gift...

Tapi bila dah kahwin ni... my hubby cuma ingat utk ucap selamat hari jadi... itupun kalau dia ingat lah... hadiah? toksah mimpi lah... kek? dulu masa baru2 kawin ada jugaklah dia belikan kek 1/2 kg tu... tapi kebelakangan ni... cukuplah setakat dia ucap je..

don't know why.. mungkin dia bukan seorang yg romantik... kadang2 kita bukan nak hadiah besar dan mahal pun... klu ikhlas memberi, hadiah RM2 pun kita tak kisah.. agaknya memang dia jenis yg tak kisah... hari jadi ke... hari ibu ke... kita ni takde pe maknanya...

itulah yg saya rasa... sedih dan terkilan.. saban tahun... di hari istimewanya kita ingat utk menghadiahkan sesuatu.. di hari bapa kita terfikir untuk memberinya yg istimewa.. tapi di hari jadi kita? ahhhh... mimpilah selama mana pun... baginya.. cukuplah dgn ucapan 'selamat hari jadi'...

takde something special pun...every year... year after year... semakin hilang.

Thursday, May 15, 2008

Kesan Akibat Kemarahan

Cerita ini saya dapat daripada email seorang kawan, bacalah semoga menjadi pedoman kepada kita semua:

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut. "Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.

Pada hari yang Pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut.

Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya. Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal. Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakkan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.


"Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda."